Saturday, July 17, 2010

Kenapa aku update?

Sebelom aku jawab soalan kenapa aku update blog harini, biar aku jawab soalan kenapa aku tak update blog.

Aku bukan nak berlagak PM, tapi aku memang busy. Kalau difokuskan, aku cuma busy dengan semua yang berkaitan dengan U aku, Management & Science University. Takde kena mengena soal kecewa dalam percintaan, masalah keluarga, kehamilan anak di perot seorang lelaki, mahukan tekanan akibat pencairan ais akibat pemanasan global. Takda langsung. Jangan salah faham.

Sebelum korang terus baca, kalau ada pemikiran negatif yg memikirkan aku hanya nak bermegah megah jangan teroskan baca sbb aku tulis apa yang benar benar belaka sahaja.

Kenapa lah aku busy sgt?
Semenjak aku jadi President Club, tanggungjawab aku besar. Dah la time aku dapat club ni keadaannya mati segan hidup tak mahu. Aku tak suka lah dapat jadi President tapi hampeh, orang maki hamun kat belakang. Aku taknak rosakkan KEPERCAYAAN dan RESPECT orang kat aku, sebab itu adalah benda penting dalam hidup aku. So aku cuba yang terbaik nak naikkan club ni balik.

Nak bukti aku busy?

Semenjak aku jadi President Club, activity yg aku dah organize:
Community Service, Pantai Morib
Club's Dinner, Hotel Impian Morib
Visit to Malaysia International Halal Showcase (MIHAS)
Ice Breaking Program, Bukit Cahaya, Shah Alam
Club's booth for MSU Club Carnival 2010
Club's AGM 2010
Food Fair 2010 (in progress)
Educational Visit to Bandung, Indonesia (in progress)

Itu yang aku organize, yang aku kepala, tapi kalau yang aku jadi COMMITTEE pun byk:
Community Service at Zoo Negara
Industrial Visit to Malaysia Milk, Petaling Jaya
Industrial Visit to SkyChef, MAS (in progress)
Gala Night 2010 (in progress)

Hari rabu lepas baru dapat jawatan baru, Co-Director untuk Faculty Annual Dinner. Kena pegang 3 Exco.

Yang itu semua aktiviti yang aku buat. Kalau dari sudut pelajaran pulak tak boleh terabai...

August ni aku akan ke Vietnam untuk Final Project/Thesis aku. Aku akan buat topic HALAL Malaysia-Vietnam. Semua ditanggung MSU. Pergi pulak dengan Dean dan Head of Department  aku, tension tension. Ini jugak pertama kali aku akan berpuasa hari pertama dekat negara orang.

Ok dah habis aku memberi kebenaran dan keterangan kenapa aku tak update blog sampai bersawang sawang.

Sekarang, KENAPA AKU UPDATE BLOG?

Pertama, aku akan lepaskan jawatan President aku akhir bulan ni, so aku harap akan ada masa lepasni dan aku nak update balik blog aku mcm biasa.

Kedua, follower aku bertambah walaupun berbulan aku tak update. Tacing pulak tetiba.

Ketiga, prestasi blog aku di mata Nuffnang dah terlampau buruk. Sampai ke tahap metered earning aku 0.00 sen, memang dah kes parah. Karang lepasni Nuffnang merajok taknak kasi Buffered ad dah camna?

Keempat sebab aku rasa macam aku handsome

Kelima sebab aku memang suka BLOG!


entri ni entri tanpa gamba. rare gila untuk blog YOBsumo ini...