Wednesday, March 31, 2010

Kemalangan di Stesen Petrol BHP Taman Midah, Cheras

Aku tak tahu lah korang dah tengok video CCTV ni ke belom, tapi aku nak share jugak...

Accident ni berlaku lebih kurang pukul 10.45pm, 29 Mac (Isnin) dekat stesen petrol BHP, Taman Midah, Cheras. Seorang lelaki maut daripada accident ni, 2 injured dan pemandu yang merempoh kereta mereka difahamkan mungkin adalah seorang perempuan cina berumur 23 tahun yang sedang mabuk.

VIDEO TELAH DIALIHKAN BAGI MENGHORMATI PERMINTAAN KELUARGA MANGSA.

0.12: Lelaki tersebut berada di pintu kereta sambil menunggu wife atau anaknye masuk ke dalam kereta.

0:15: Lelaki tersebut tidak sempat memasuki kenderaan namun wife atau anaknye telah berada di dalam kereta sebelum dirempuh kereta putih.

0:22: Orang ramai bertempiaran lari kerana terkejut dan panic.

0:37: Wife berlari keluar dari kereta dan pergi ke bahagian hadapan kereta untuk mendapatkan husbandnya.

0:45: Baby keluar dari kereta tersebut dalam keadaan merangkak dan di selamatkan orang ramai.

Wife yang cedera dan berada di hadapan kereta dipercayai memberikan CPR kepada suaminya dan membantu suaminya mengucap dua kalimah syahadah sebelum suaminya meninggal di tempat kejadian dan wife tersebut pengsan.

Menyayat hati betul.....

Post ini dah di schedulekan untuk autopost terlebih dahulu. Mungkin Yob sekarang berada di Johor Bahru atau Singapore. Doakan lah agar perjalanan kami sekeluarga selamat, maut tak mengira masa dan tempat sekrang.

Aku cadangkan lepasni, sapa nak isi minyak, dia seorang je isi, yang lain semua duduk dalam kedai Mesra macamtu. seram seram.

Pada yang beragama Islam, sedekahkanlah Al-Fatihah buat si suami, Mohd Yusri Abd Wahab, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

Tuesday, March 30, 2010

Kawin Lombok atau Buang Anak?

Ada dua isu hangat sekarang "gadis kawin dengan jejaka Lombok" atau "buang anak yang tak berdosa".

Tak cukup macho ke lelaki Malaysia? kenapa Lombok jugak yang dicari? Bau badan mereka wangi? 
Lelaki Malaysia pakai deodorant, perfume tak kepoh pun.

Takda pulak lelaki Malaysia tergila gilakan gadis Lombok, kami masih memilih warganegara Malaysia...

Nak kata dari Lombok tu jutawan tak jugak, buruh kebanyakannya.

Nak kata dari Lombok tu romantik, tu gua memang tak pasti gila lah.

Aku dengar kalau jejaka Lombok tu berjaya bawak gadis dari luar especially gadis Melayu ke kampung halaman mereka untuk dinikahi, mereka akan kelihatan seperti HERO dan disanjung tinggi.

Aku ada idea, mungkin lepasni jejaka Malaysia perlu mula ke Lombok, cari gadis di sana dan bawa balik ke sini supaya kita boleh jadi HERO di Malaysia pula, AMACAM?

Gadis setuju?

Uncle google cakap ini "gadis Lombok", WOW CUN SIOT!

Untuk pengetahuan semua aku juga google image "lelaki Lombok", namun demi tidak merosakkan reputasi gambar di blog ini, gambar tersebut tak dapat disiarkan.

Tapi kalau minta dipilih, aku lebih sanggup melihat Gadis Malaysia dilarikan ke Lombok dengan rela hati dan dinikahi di sana secara sah daripada melihat baby2, janin, yang tak berdosa dibakar, dibuang, digonggong anjing di Malaysia. Ohh... aku tak boleh sentuh bab2 bayi kena buang ni lebih2 sangat nanti touching. Nak tengok gambar2 dalam newspaper pun dah tak sanggup. Entahlah apa yang mereka fikirkan. Takda keperimanusiaan langsung.


p/s: aku ingat cuti semester seminggu ni aku boleh jadi blogger tegar kembali dan meningkatkan nuffnang earning aku, tapi nampaknya esok aku akan pergi suatu tempat yang jauh.... mungkin ahad baru kembali. Selamat tinggal semua.

Monday, March 29, 2010

Siti Jantung Hatiku

Terlebih dahulu aku nak menjelaskan tentang entri date aku haritu, ia adalah rekaan semata mata. Part aku masuk PLKN je betul, yang lain temberang gadang. hehe.

Harini aku nak cerita tentang artis Malaysia yang paling aku minat dari kecik lagi. Kalau korang benci tak suka kat dia aku tak kisah, tapi jangan nak kutuk2 dia kat sini. Deal?

Lepas aku baca blogger Solehah dan blogger Jalak bercerita tentang minat mereka kepada artis tersebut suatu ketika dahulu, aku pun tertarik untuk bercerita tentang dia.

Siapakah dia?

DATO' SITI NURHALIZA

Aku pun tak tahu macam mana aku terminat Tok Ti ni, nak cakap aku tengok bintang RTM memang taklah, baik tengok Dragonball, Tomatoman, Sailoormoon lagi best. Aku rasa influence terbesar adalah dari Cik Puan Besar kot. Kalau ada ape2 show kat TV dan Siti perform baru dia nak tonton, kalau yang baik semua Siti, kalau yang paling merdu pun Siti, orang lain takda dah. Kalau rancangan tu takda Siti memang hilang seri. hehe.
Ini sebahagian kaset, banyak lagi tapi tak tahu taruk mana.

Dulu dulu pakai keset, sekarang dah CD. Masa aku kecik, selain dari Siti punya kaset, aku hanya ada kaset Raihan dengan Senario je. Kalau sekarang CD yang ada Siti punya je, artis lain jangan haraplah. Keluar je album baru, adalah Cik Puan Besar kat Speedy belek belek CD Siti.

Ini antara CD. Ada lagi merata rata dalam kereta, bilik...

Nak cakap kami sekeluarga minat tak bersebab tak jugak. Tengok je lah suara dia powerful macam mana. Kalau korang tak minat dia pun, kenyataan tu tak boleh nak tukar. Paling last aku paling puas hati tengok dia bawak Lagu Untukmu dengan Lan time opening Juara Lagu haritu. Memang terbaik wok!

Zaman adik beradik kami muda2, zaman2 sekolah, zaman2 kad raya, Siti pun kasi!

Pakaian dia pun taklah terdedah macam artis tutttttt dan tutttttt (bukan nama sebenar). Aku bukan lah cakap aku baik sangat tak suka tengok terdedah terdedah ni, tapi kalau aku nak jadikan seseorang sebagai Isteri suatu hari nanti mesti lah aku nak yang elok elok punya perempuan kan. Pakaian tu mencerminkan personaliti dalaman seseorang tu jugak. Kalau setakat nak dedahkan kulit belakang kau yang berdaki atau separuh lurah dendam kau yang kecik tu tak payahlah ok.

Tak ke ayu ni kawan kawan?

Tapi aku ada pengakuan. Aku tak pernah beli tiket mana mana konsert Siti lagi. Aku pernah tengok dia live depan mata pun time Opening Sukan Komanwel 1998. Dah berapa  belas tahun tu? Cik Puan Besar, SyidaDida dengan Ira penahlah tengok dia Live time Olay punya Private Showcase apetah haritu. Aku dengan Bossumo tak boleh pergi sebab takda ticket ke atau untuk perempuan saje, aku pun tak ingat. So lepasni kalau ade konsert dia besar besar, gerenti aku pergi. Sape nak follow?

aku rasa ni lah gamba dia time Sukan Komanwel 1998 tu...

Last sekali, aku nak pesan sikit ahhh... sape nak kutuk2 dia selendang separuh free hair separuh  ke, pipi tembam ke, cover cun ke, kawin sebab duit ke, Aku cuma nak korang sahut cabaran aku. Tulis 10 nama artis yang korang rasa lagi bagus dari Siti dan kenapa korang cakap macamtu. Mampu? Nak lagi susah dari segi personaliti dan peribadi. 

Kalau rasa tak mampu, terimalah kenyataan yang kita semua punyai kelemahan dan  kekurangan. Jangan pandang yang buruk pada diri seseorang tu lebih2 sangat, lihat jugak kebaikan dia ok!


Oh ye, jeling2 kat sidebar tu, blog ni dah ada fanpage. Sudi sudikanlah diri jadi fan okeh! Senang sikit lepasni nak plan ape2 ngan korang :)

I Wanna Be a Project Alpha TV Star!

How you can have a shot to be featured on Project Alpha by submitting an audition entry?
Ehem... interesting!

U wanna be famous in this blogging world?
Ehem... interesting!

But first, what is project Alpha?

Project Alpha is the country's first online reality TV series that gives viewers a look into the lives of Malaysia’s top bloggers and see firsthand, what makes them tick.

This project was inspired to give recognition to the growing influence and prominence that bloggers are to our daily lives. From candid and insightful opinions right down to the latest fashion and celebrity news, blogs are fast becoming a staple in our Internet diet.



You can check out Project Alpha Facebook Fan Page for more details,


So, how would you like to be featured as a guest blogger in Project Alpha Season 3?

Like all golden opportunities, you have to audition for it!





Present to them a video (60 seconds or less), in your own creative way on why you should be on Project Alpha!

To submit your audition, follow the simple steps below:

Step 1: Join ruumz or login to your account

Step 2: Join the Project Alpha ruumz group! (You're looking at it!)
*The option to join is located on the top left hand side of your screen.

Step 3: Upload your video into the 'Auditions' Album below

Step 4: Insert a title and a short description about your audition.
* Tip: You can also tag yourself to your video so that it will appear on your ruumz profile page

Step 5: To increase your chances of being selected, get your friends and family to "Like" your video

View the T&C here
 
The Top 3 winners will be featured as guests bloggers in the next season of Project Alpha
and will also walk away with:

1st Prize
- 3 days 2 nights stay at 360Kuching Hotel, Kuching in a Deluxe Room with breakfast for 2 pax
- Adidas ACTION 3 hamper worth RM100 (Includes a South Africa 2010 mini ball)
- P1 W1GGY Prepaid worth RM199

2nd & 3rd Prize
- Adidas ACTION 3 hamper worth RM100 (Includes a South Africa 2010 mini ball)
- P1 W1GGY Prepaid worth RM199


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions or projectalpha.ruumz.com/groups

Contest EsokSemalam


abang: Adik ooooohhh adik, Cik Kah dah nak tinggal kan kita...

adik: TUNGGUUUU. Dia nak meninggalkan kita sebab dia sakit ke? I mean, dah hujung hujung nyawa...

abang: Sangatlah tidak adik, dia nak pergi naik aeroplane tinggalkan kita lahh...

adik: TUNGGUUU. Kenapa kita tak ikut? ingat adik tak mampu nak beli ticket ke? Ape guna duit mak bapak kita berjuta juta kat bank tu?

abang: Entahlah adik, abang pun tak pasti... yang abang tahu abang sedih sangat.

adik: Adik tak mengerti kenapa dia nak tinggalkan kita? Tak comelkah kita untuk berada di hati dia? Mata adik bulat, senyuman abang manis. Apelagi yang dia mahukan?!

abang: Adik, kenapa ayat kau macam Sinetron ni?

adik: Maaf bang, adik terlanjur berbicara... tapi adik pun sedih sangat Cik Kah nak pergi.

abang: Samalah kita. Abang sedih sebab hadiah besday kita tahun ni kurang 1.

adik: Tahu takpa.

adik & abang: Harap2 dia pos hadiah kat rumah kita.

YobSumo: Kalau tersalah alamat, hantar rumah aku pun bollleehhhh!

adik: TUNGGUUUU! YobSumo kau nak kena LEMPANG?

"PEREMPUAN itu tak patot berada ditengah-tengah abang dan adik kerana, pertama sekali dia tak secomel mereka tapi dia cun dan patut berada dalam kelompok stewardess, kedua sekali dia tak pakai baju oren seakan akan tak cukup hot dan berapi, dan yang ketiga sekali, dia sepatutnya sudah berada dalam aeroplane ketika ini, LU NAK KENA TINGGAL KE LUMUT?!"

Oh lupa, lokasi yang dituju PEREMPUAN itu adalah ke LOMBOK, untuk mencari pacar baru bagi mengubat hati yang lara.

Sape lagi yang nak join contest sesenang mengorek hidung ni? Cepat cepat ke SINI, tarikh tutup dah hampir hampir!

Sunday, March 28, 2010

"My Date Night"


I still remember my most unforgettable date. It feels like yesterday when all those things happened. It started way back in 2007 during my training at Nasional Service. We're having a 3 days 2 nights camping at a nearby virgin forest.

I had a crush with one of my teammates, but she never knew about it. I keep it secret from anyone and everyone. I'm fat, ugly, and nobody. For sure she'll reject me if she knew my feeling towards her. I always struggling to find a chance to tell her the truth but I'm not brave enough to do that.

We're in team Bravo and Bravo team were headed to the forest together, men and women. As one of the team members, I just walk through the flow without arguing why we're headed north and not south. Obviously I'm not good with compass or any jungle’s skill.

But then, after 20 minutes walking, something happened. One of our teammates named Suraya, drawn into the flow of the river while we’re trying to cross it. She was in front of me when she looses her grip on the rope. Looking that things happen in front of me, spontaneously I swam to save her. Lucky me, the current didn't push her too far and I had my chance to save her.

At that moment, everyone was looking at me as a hero. Not only Bravo team, but others team too. From nobody, I became somebody. I heard my name all over the place. Everyone seems impress with my braveness especially girls. I can see them approaching me with a smile and lovable words. But I don't give a shit to all that, because that "girl" still in my heart.

My glory that night was bungled a little bit because I'm having a fever. My "brave spontaneous activities" that evening probably made me ended that way. But I have no problem with that because someone was taking care of me at the nursing tent. That someone was the "girl" that I had crush for a long time. She treated me very well. We get to know each other, chatting about our future plan and other stuff that people would do so during a date. Sure you know it better, my dearest reader. 

Maybe some of you may think how boring I am to have a date inside the nursing tent, but trust me, I had no regret at all. For me, that night is the best date I’ve ever had. We're alone, without any distraction, accompanied by the cold night wind, dim light, and the singing of crickets. Just imagine that. Since that night, we’re becoming closer than before, and everything is fine until now.

So that is my most memorable date so far.


I would like to have another memorable date if Nuffnang can give me the ticket to,
poster

Friday, March 26, 2010

Berjalan suka ria melawat bloggers di Restaurant City

Exam dah habis, tapi hidup masih tak tenang. Cuti semester seminggu je wok, camne nak bertenang? Mengenangkan jawab exam macam cibai lagi. I really need a break. The good good one. That's why lah I pergi berjalan jalan ke restoran2 blogger harini, release tension.

Harini kita ber "I" "you" sikit sikit, nak feeling London.

Dalam list restaurant city I, ade 111 owners. Restaurant I dekat ranking 21. Kira macam power lah jugak lah I ni. takdalah looser sangat. Target I sekarang nak kumpul duit sampai $100K, then I buat full renovation kat restaurant tu. Nak tengok tak restaurant I yang macam lakhnat buat masa sekarang? Usha bawah.

overall view of FATTY BOM BOM restaurant

outdoor seating

 main indoor seating, waiting area

private indoor seating, interactive area, toilet

Jadi inilah sebahagian restaurant ku yang sedia ada sekarang. Nanti dah makeover restaurant ni, aku kasi tunjuk perubahan drastiknya. Jangan tak menjadi sudah.

Dalam list aku, bloggers yang ranking depan aku ade 2 orang je. Kalau yang belakang aku atau kata lainnya looser, BELAMBAK. Ni aku kasi sedikit gamba2 restaurant pesaing terdekat aku.

Ranking 18 -  blogger Ijau
(Kedai Makan Mei)
Komen aku: 
Kemas dan teratur, tapi kenapa toilet hang luas benar. 
Kenapa meja ngan kerusi kayu je? tak mampu eh ;P

Ranking 20 - blogger Huda Luna
(Luna's Paradise)

persaing paling dekat sengit bingit aku ni,
Komen aku:
Garden yang kosong dan boring
Apakah design wall partition kat toilet macam tu? ingat tempat parking keta ka? ;)
maaf kau pesaing terdekat aku, tak boleh puji2. hehe.

Ranking 27 - blogger Siggplus
(Salad Salad Please)
Komen aku:
Kemas lah jugak, teratur, tapi biasa je lahhh.
Kenapa kau punya toilet takde dinding? lucah dan selekeh!

Ranking 30 - blogger Shax
(Burger Queen)
Komen aku:
Kalau yang boleh menarik perhatian sikit bahagian garden je.
Pada aku ni lah restoran paling aku tak nampak konsep dia. haish!

Ranking 33 - Blogger Nuar
(d'Corner)
Komen aku:
Perlu ke wall kau boria dengan tile kau? pening lah mat.
Walaupun kecik je restoran ni, aku rasa masih ok lah.

Haha aku harap blogger2 kat atas ni jangan lah bengang sangat ngan aku kutuk2 restoran korang, chill beb chill! Kalau lepas ni restaurant aku kena bomoh, kena santau ke, hangus terbakar, aku dah bleh agak lah siapa yang buat. hehe.

Eh siapa yang dah jadi friend aku kat FB, tolonglah main Restaurant City ni sebab aku nak free ingredient dari restaurant korang. Tolong eh! Mekasih....

Aku tak sangka 2 blogger dekat atas dah private kan blog. Betapa lamanye aku tak update, dah ketinggalan zaman. Nnt nak temuramah mereka dkt fb kenapa private kn, tak syiiokkk ah gini.

Saturday, March 20, 2010

I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair

On 17th April 2010, from 10am till 5pm, I'm going to enjoy myself to the fullest lah!

How about you, you and you? Wanna join me?

Come on, let's have some fun. Just get yourself to Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

So, what we gonna do?

We're going to become a SUMO WRESTLER on that day baybeh!


My name is YobSUMO and this is my time, to shine, to be who i supposed to be, this is it. This is the moment that I waiting for the rest of my life, to show the world that I'm the most real, authenthic, original, genuine, pure SUMO Wrestler with extravaganza skill!

Don't worry, If u're not into this sumo thingy, there are going to be lucky draws and various cool gadgets worth up to RM15,000 up for grabs! Besides that, there will be exciting fun-fair games on that day  - Sumo Wrestling (in air bag suits!), gladiator battles and other amusing and addictive games you would expect at a fun-fair!

For further information or any enquiries, you can visit http://www.gatsby.com.my/streetfair

See you there!



Dah lama tak update, final exam. Nnt2 aku serang blog korang.

Aku update jugak sebab, "P.S. If you have received this email before, this is because the deadline for submission has been extended just for you!" Ye ye oh je demi aku. Belah! Afterall, no harm trying :)

Thursday, March 11, 2010

Puteri Bongsu Bossumo dapat 10A wok!

anak anak penghasilan Bossumo dan Cik puan besar

Siapa sangka budak kecik yang tersengih sengih memakai pampers tu boleh dapat 10A SPM.


Nasib baik kau dapat straight A's, kalau kau ikut jejak langkah aku mmg nak kena lempang.

Aku rasa orang yang paling patut diberi setinggi tinggi perhargaan Bossumo dan Cik puan besar lah.

Lepas adik aku selesai SPM ni, aku rasa tanggungjawab Bossumo dan Cik puan besar semakin berkurang. Cukuplah berpuluh puluh tahun mereka berpenat lelah memberikan pendidikan yang terbaik buat kami bertiga semasa sekolah. Bila dah masuk Universiti pandai2 lah masing2 berusaha untuk masa depan.

Diorang belajar tak tinggi mana, tak kaya raya, tapi soal pendidikan anak2, tiada apa yang kurang, semuanya yang terbaik. Kau nak tuition mahal macam mana, kau nak tuition jauh macam mana, mereka akan ikhtiarkan.

Nak wish tahniah ke ape ke, kat sini tak payah, pergi blog adik aku lagi bagus, click SINI

Sunday, March 7, 2010

Walk For School

Pagi tadi aku bangun pukul 5.45am beb. Satu hari dalam sejarah. Last aku buat benda2 pelik camni time dekat PLKN beberapa tahun yang lepas.

Kenapa bangun awal?
Semangat kesukanan aku tinggi wei. Aku pergi Tesco Walk of School harini. 

YobSumo si penipu?
Memang aku tipu pun... Aku memang pergi, tapi bukan sebab semangat kesukanan. Aku nak menyepot sepupu aku yang berpenat lelah buat program tu. Kena lah sepot kan, keluarga sendiri. Tapi aku walk tadi ikhlas, walaupun kalau diberi pilihan aku lebih rela tidur. haha!

Ape kebendenye benda ni Yob?
Tesco Walk For School ni macam program giving back to the community lah. Dia nak kutip derma, target RM100K, then donate dekat 100 schools kat Klang Valley.

Pergi dengan siapa?
SyidaDida, Irawww (dari rumah) Makcik, Pakcik, Sepupu sepapat, anak anak sepupu (dekat lokasi).

Macam ne Yob, berpeluh?
Banyak pulak lah soalan aku tanya, aku jawab, tak syiok betol. weirdo.

So untuk mengelakkan takde parking, dan dekat Dataran Merdeka pun ade Le Tour De Langkawi harini, kami naik LRT dari Sungai Besi turun Masjid Jamek. Ingat nak breakfast pancake kejap kat McD sebelum lari, lepastu insap kejap, kami orang Melayu tak kacak makan pancake, terus tak jadi singgah.

Sampai Dataran, dah ramai budak2. Nama pun Walk For School kan, mestilah ramai yang ketot dari yang tinggi ye tak? Kami pun apelagi, line depan tu beb, punyalah teruja excited gila nak berlari. Lagipun kalau start depan takdelah kami kalah corot kan. hahaha.

Seperti biasa, semangat kesukanan berkadar teros dengan semangat bergambar.

Bila bunyi BUIEBBPPP! (aku tak reti buat bunyi sebenar)
Kami pun berlari lari. Tapi sebenarnye konpius. Kata "Walk" For School, apekehal semua LARI?

pergerakan "konon berlari" mesti ada walaupun kenyataannya kami tak bergerak. hehe.

Aku pun tak tahu ape masalah kakak ngan adik aku ni, bila nampak cameraman, dorang teros lari ke arah cameraman dan buat2 peace. Aku pun join lah sekali. Kalau kitorang bernasib baik, adelah terpampang kehandalan kami di local newspaper. Gila femes, pathetic pulak rasanye.


gamba atas: keterujaan menamatkan larian sambil berjalan sejauh 4.5km
gamba bawah: sijil membuktikan kami berlari ye. Lepasni nak beli frame besar, nak letak cert ni dalam bilik air.


Dah penat berlari ape lagi, bergurau senda dengan anak sepupu yang tak reti duduk diam.
Kalau aku tak umpan dia dengan Coco Crunch jangan harap dia nak pandang muka aku yang tak semenggah berpeloh peloh ni. hehe.

warga Tesco Kajang dengan piala kemenangan sebagai penganjur. Yang menjulang piala tu kezen aku, mummy kepada budak cumel kat atas tu.

Macam mana dengan pagi hari Ahad anda? saya pasti TIDAK MENYIHATKAN. Ambillah saya sebagai role model, tiada bayaran... silalah, sila sila.

Saturday, March 6, 2010

Kisah kapel - mahu continue?

Entri lepas adalah entri pertama yang saya betul betul tulis tentang diri saya. Ye tentang saya, bukan keluarga saya, bukan kawan2 saya mahupun tentang pemanasan global. Saya memang jenis tanggung-sendiri-semua-beban punya orang. Kawan rapat pelok pelok saya pun belum tentu saya akan cerita masalah peribadi, keluarga lagilah.

Membaca komen dalam entri yang lepas membuatkan saya rasa tak tentu hala melihat reaksi pembaca tentang diri sebenar saya. Sungguh saya tak tipu. Ada pulak blogger yang terus call, mungkin mahu membincangkan isu ini. MUNGKIN. Saya sengaja tak angkat, sorry ye, saya segan kalau betul itu niat anda. Tapi kalau sms, saya reply :)

komen iyllienaz ini sangat kena dengan alasan untuk masa kini.

Sebenarnya isu kapel cintan cintun ni tak besar mana pun. Tapi saya ada beberapa sebab kenapa benda itu terjadi. Sebab yang mungkin, sebilangan antara anda saja alami. 

Saya tak rasa hidup single itu suatu masalah, tapi ada kekosongan di situ apabila melihat orang keliling anda bercintan cintuan. Saya pun masih muda, tak cukup umur lagi mahu mengundi memilih kerajaan untuk negara Malaysia.

Paling membuat saya tersentuh tentang isu kapeling ini adalah apabila tempoh hari saya berlepaking bersama teman2 high school saya di Sunway Pyramid. Sedang syiok2 makan kek pisang pakcik Kenny, isu kapel muncul. 

tetiba satu ayat keluar,

"kita dah ___ (merujuk pada umur kami yang masih muda, hehe) lah wei! takkan kau tak nak rasa langsung, at least rasa macam mana itu kapel! tak kisah lah kau nak cintan cintun monyet2 ke apeke, tapi rasalah!"

saya diamkan saja kerana pada masa itu, ada member lagi seorang yg juga tak pernah kapel, biar dia main perang2 dengan pengeluar ayat.

si tak berapa nak berkapel - si banyak pengalaman berkapel

Tapi sungguh saya terfikir ayat budak itu hingga ke hari ini.

Sebenarnya saya taknak jadi tukang blog yang boring menulis kisah cintan cintunnya setiap hari di sini. Orang yang baca pun boring. 
Tapi, kalau saya menulis entri selepas ini, keadaan2 yang membawa pada keadaan saya sekarang "yang tak pernah kapel" ni. Agak2 korang rasa muak tak?

Kalau tak muak saya tulis, kalau muak saya akan delete entri2 tak tentu hala saya ini.

Mungkin kau dan aku sama kan.

Friday, March 5, 2010

Kisah kapel

Saya ada pengakuan. 

Dalam hidup saya, saya tak pernah "kapel" atau "couple" dalam bahasa orang putihnya.

Kalau tak faham jugak, saya tak pernah berada dalam relationship cintan cintun.

Tipu, kalau saya tak pernah jatuh cinta, memang tipu.

Tapi kenapa saya tak pernah kapel eh?

Uhhh baiknya saya. Weeewiiiit.

Kenapa? kalau anda rasa anda tahu.

Tolonglah jangan bagi jawapan sebab saya gay. Cliche.

Kalau anda lelaki yang tak pernah kapel, penjelasan anda paling saya utamakan. Mungkin kita berkongsi rasa. Bukan rasa nasi lemak atau spaghetti karbonara, tapi berkongsi pandangan tentang rasa cintan cintun.

Wednesday, March 3, 2010

Community Service Part 2

Seperti yang diberitahu semalam, harini mahu cerita day-2 of community service. Disebabkan program kami ni, kami tentukan 100%, lecturers hanya observe sahaja, menjadikan program ni lebih happening dan muda mudi. hehe. Sapa yang tak baca entri semalam, bleh baca Community Service Part 1

So haritu dimulakan dalam pukul 7.30am, Aerobic baybeh!

video
MSU's Wondergirls :P

 Aerobic

Dah, habis Aerobic, melantaklah ape lagi. Habis breakfast, SUKANEKA!!!

 Ini team aku, KING COBRA! team ni ade masalah, asik menang No 3 je. tak boleh nak tukar takdir.



Semangat kesukanan kitorang memang tinggi. Awal2 je lah.... dah lama sikit mula mengeluh nak mandi pool lah letih la. Perempuan memang banyak complaint! erk... kenyataan ya.

 snap snap
 Sebelum berampos balik ke Shah Alam. Snap Family Potrait dulu...

Lega gila2 bila dah Community Service ni berjaya dengan jayanya!

Tapi bukan semua benda boleh jadi senang kan, dari program ni lah aku jadi benci gila dekat seorang manusia yang berperangai alien. Sebenarnya alien tu perangai dia camna eh? hahahha. Tak penting tak penting.

Bila buat program macam ni, kena ada team yang strong, gagah perkasa. Yang useless tu just talk bullshit and brainless. Ignore them, that's the best. Susah layan orang camni.

Afterall, semua nya menjadi KENYATAAN. That's enough baybeh!

Tuesday, March 2, 2010

Community Service Part 1

Dekat dalam blog, facebook ramai jugak tanya mana aku hilang. Sebulan tak update tetiba update pergi gathering blogger. Haish!

So, harini Yob share lah sikit2 apa yang membuatkan Yob tak boleh nak update dalam beberapa ketika haritu. Tak bukan, bukan, aku dah tak buat dah pertunjukan dengan dolphin, ada masalah hati ke hati sikit, dolphin2 sentap dengan aku.

Aku kena organize community service untuk budak course aku. It's a part of my mentoring activity. So, they voted me to become the leader and conducted this event. At first, this whole things seems impossible to me. Just imagine that I'm in semester 4 and all my assistant from sem 6. Something wrong somewhere right.

Sebenarnye community service punya acara tu sikit je. Budak2 course aku tak pernah lagi buat event yang gather sama2. So, sambil menyelam minum air lah kan, kitorang skalikan dinner, sukaneka dalam program ni.

Location: Hotel Impian Morib, Pantai Morib Lama
Date: 6-7th February 2010
Participant: 69 students, 3 lecturers.

So, first day sampai2 lebih kurang 2.30 pm check in hotel dulu. Dah check in gather dekat lobby hotel pukul 3.30 unruk gerak pergi pantai. 10 minit kot walking distance nak ke pantai, tapi tak ramai yang complaint sebab dah warning awal2 ;P

gamba lagi banyak dari sampah :)

Seperti biasa lah, sebagai mando, kerja aku menyibok time orang ambik gamba takpun pergi beramah mesra. Sumpah seranah pun hinggap dekat telinga aku. hahahhaha.

Community service kat pantai ni kitorang benasib baik sebab dapat deal dengan Majlis Daerah Kuala Langat. Diorang sediakan plastic sampah, lori sampah dengan photographer. Check ahh kat newspaper tengok gamba kitorang.

Ini bukti kitorang mengutip sampah, bukan lenggang kankong je.

Dekat pantai ni ade contest, bilik mana sampah dia paling berat, bilik tu dapat hadiah. Jadi ini lah pemenang dia.
Plastic sampah paling berat: Chanel and her roommates. The prize was given by Mr Ib

That night, ade dinner lah, theme dia, takda theme. hahaha. Tapi semua kena pakai RED WHITE BLACK.

 

 

Biasalah, majlis muda mudi mesti ade prank baik punya malam tu. Macam2 lah budak ni kena, tapi yang penting semua sporting gila lah, buat semua benda slumber yaya je walaupun ada yang malu2 tutup muka. Seronok ahhh malam tu... Hadiah pun belambak lambak, Hotel Impian Morib pun taja 4 hampers. Syiok2!

kiri: joget lambak, tengah: joget2 manja atas kerusi, kanan: exchange gift

Habis dinner ni awal sebab nak kasi chance tidur awal, esok aerobik pukul 7.30am. Tapi sebelum tido, snap2 ah dulu kan, bukan senang nak gather ramai2 camni.


Kalau korang tengok ulang2 muka sama je dalam blog ni jangan menyampah pulak sebab most of them dalam gamba ni gang2 aku, yang bukan gang buat pe letak kan, dorang bukan bace blog aku pun. hehehe.

Oh, sebelum korang tanya, baik kasi tahu. Kami semua student Management & Science University (MSU), Bachelor Food Service Technology. Tak tak, bukan jadi chef, kami belajar science, technology, service and management of the food.

Yang untuk hari kedua aku update kat entri esok. Kalau tak, panjang sangat, kena sumpah pulak lagi. haish.