Sunday, February 28, 2010

Saya suka.

Tetiba update...
Wajib dowh, baru balik dari gathering blogger semalam :)

Kalini Melz organize. Sebabkan aku berkurun tak buat blogwalking dan tak update blog memang aku tak tahu langsung, padahal dulu2 aku selalu jugak hello2 blog Melz tu.

So seperti biasa abang sulung Fhad akan maklumkan dekat adik2. Dan adik2 akan reply untuk ikut. Jadi tadi adalah Kosong, Jalak, Ian, Mr Chenta, Aleen dan suami dia (sempatla aku sorry2 tak dapat pergi wedding dia).

Apa yang best?

PAINTBALL DOWHHHHHHHH!

gamba? erm... erm...
segan lah nak kuar handphone :P rasa terhina secara tiba tiba.

Okeh kita cerita pasal game dulu. Kitorang main 3 round, 500 bullets. TERANGKAT BEB!
(walaupun stamina aku macam tahik kerengge sekarang, sempot lebih)

ROUND 1: Kena tembak kat tangan pastu tepat2 kat mask bahagian mata. Keadaan terkawal, tapi bola mata membesar kerana keturujaan, lalu contact lens kiri TERTANGGAL menjadikan ku rabun sebelah. Lens itu hilang begitu sahaja.

ROUND 2: Mmg aku dah tak nampak belah kiri, org suruh aku shoot kiri aku buat tak tahu je, dah memang tak nampak kan, power lens 500 kot. Tinggal dalam 10 bullets, team aku 3 org je hidup lagi, tu pun dah mengah2. aku dengan kamikaze berdiri sambil berjalan menembak nembak. SEMUA AKU TEMBAK SEMUA KENA.

Kejap2. Pedulikan ayat last tadi... Itu penipuan paling besar dalam entri ini.

Yang TAK KACAKNYA, aku dah la tak nampak sebelah, aku tak dapat nak agak org precisely, depan mata aku je kot, aku tembak2 semua tak kena. What a shame dude! Poyo je nak kamikaze konon. Sialan gila perasaan ini

ROUND 3: Ini lawan dengan gang bukan blogger, yg menang? tentulah blogger. hehe!

YANG BEST? dapat jumpa....

jumpa blogger tegar family, lama gila tak jumpa, last yang gathering Genting tu je ar.

jumpa Melz yang aku kagum dengan cepatnye progress dia as blogger.

jumpa Aus yang aku tak sangka dah kamcing ngan gang2 Melz. Aus tu dulu waktu mula2 buat blog, aku lah salah seorang pengkomen tegar dia ;) weh ada facebook? asal blog kau takleh bukak?

jumpa bro Eyriqazz. Aku dah lama kagum ngan dia woooo since dia menang macam2 ngan Nuffnang. RedMummy pun kenal dia. Walaupun aku tak selalu komen blog dia, tapi aku rajin gak tgk2 update dia.

YANG TAK BEST?

Fhad kata Cik Epal join, namun begitu, aku kuuuciwaaa tidak dapat melihat cik epal taraf2 celebrity itu secara live. haish! why cik epal why?

Ini je picture yang aku ada. Love bite dari Fhad. Ko tengok ahh nnt, next time aku shoot kasi hilang satu telor! tak bleh kau main jentik2 ngan Mr Chenta ;)

Aku seperti biasa, bukan senang nak biasakan diri dengan orang yang 1st time jumpa sekelip mata. Kalau ada yang aku terlepas pandang tak tegur, ampun maaf dipinta :)


Kaki aku dah lenguh pulak secara mengejut. Mungkin ini balasan aku shoot Melz group aku sendiri semalam. Dah ar dari belakang, siot betol. Sorry weh. Kepala kau dah ok? itu bukan aku buat XD