Friday, January 29, 2010

Selamat datang, makan lah, free semua!

Dah lama tak update. Dah lupa macam mana nak tulis bahasa Melayu. Sekarang ni bahasa Zimbabwe je aku tahu. Tapi memandangkan takda orang Zimbabwe baca blog aku, terpaksa guna Melayu gak.

Alasan lama tak update, aku byk sangat pertunjukan menunggang dolphin. Dolphin pun dah naik menyampah tgk aku. Aku baling2 ikan sebagai ganjaran dorang mintak nasi paprik pulak. Zaman dah berubah katanye.

Ok harini bukan update main2, ini update serious, marilah tgk design restoran aku!

Tapi ni bukan hasil kerja sorang2, team effort maaa. Credit to Ruby and Farah. Aku dah tulis nama korang ni, Jangan banyak bunyi pulak!

Nama restoran ni Goody's. Concept dia, Modern Kopitiam. Bukan aku rajin sgt nak buat bendalah ni, but it's a part of my mini project for Food Service Layout and Design subject.

 
Pandangan jauh

Complete layout

 Parking

 
Left side outdoor seating

 
Right side outdoor seating

Indoor seating, Service, beverage and display area

Kitchen, Preparation area (double L and single wall layout)

Office

Locker room for employees

Sebenarnye banyak lagi gamba, tapi taknak letak, karang tak pasal2 orang menyumpah aku, YobSumo si blog lembab.

Korang nak main2 buat 3D macam ni jugak? ape lagi, download lah Google Sketchup. FOC. Bukan korang nak kena buat kitchen je, nak design rumah pun boleh, Kelab Dangdut pun boleh! Ade banyak jugak video tutorial yang di provide kn oleh Dr. Google, selamat belajar!

 Farah. Yob. Ruby
Seperti biasa, silalah baling tomato. Lagi busuk lagi terbaik. Aim betol2 dekat orang yg tengah, mungkin dolphin akan mampu menolong.

Tuesday, January 19, 2010

Bergerenteng bersama blogger

Jangan tanya bergerenteng tu apa, aku pun tak tahu.

Semalam aku pergi dating, bukan dengan seorang tapi 2 orang blogger wanita yang gojes. Ketamakan aku terserlah di situ. Memang dah janji mahu belanja mereka berdua makan lama sudah, tapi tak tertunai dek kerana kesibukan mencari nafkah untuk 4 isteri dekat rumah.

Lokasi: Pizza SACC Mall Shah Alam.
Masa: 8.30 - 10.00 pm (tak termasuk slot berdangdut)



Illi Hanani dengan baik hatinye mengoffer keretanya untuk mengangkut badanku yg sedap sedap dipicit ini. Aku tanpa rasa ragu ragu berselitan segan menerima pelawaannya dengan redha. Jadi sepanjang perjalanan kami berborak borak lah tentang itu dan ini. Tajuk bualan tak sesuai dipaparkan untuk golongan muda mudi.

Mendengar Illi bersuara, berair hati ni beb, sedap suara dia. Kalau masuk karaoke lagu Bikos of U gerenti juara. Illi, I jujur ni, tak tipu punya.

Jadi sesampainya kat sana, kami menunggu kedatangan Wanie-san dengan bentangan karpet merah. Berpeloh peloh ketiak aku tebar karpet tu. Kesian jugak kat Illi, kena tacup tacup makeup balik.


Aku mengagak Wanie-San ni gangster2 seperti dalam blog dia jugak. Aku dah ready untuk menerima kenyataan samada,

Dia masuk pintu pizza lalu berlari lari ke arah aku dan terus menyepak aku dengan sapaan, HEI YOB GEMOK!

atau

Dia masuk pintu pizza, jalan mcm gangster kampung, datang kat aku sep2 tangan sambil ucapkan "Whassup Bro"

SALAH SAMA SEKALI.

Dia sangat ayu berjalan.

Ayu juga berborak.

Dan yang pasti dia kelihatan agak lain dari picture dia.

Kami berbual tentang topik politik Korea Utara, ekonomi Algeria dan Papua New Guinea serta kesan pemanasan global terhadap planet pluto. Agak ringan juga topik topik yang dibincangkan sehingga Illi mahu membuka topic tentang sistem persenyawaan Penguin lantas aku dangan Wanie mencatas topic itu kerana tak sanggup meneruskannya lagi.



Akhirnya kami berbalik ke jalan yang benar dengan hati yang gembira dan perot yang kembang kempis.

Tarima Kasih kamu berdua kerana sudi meluangkan masa dengan aku, jejaka pujaan ramai.
Sila muntah secara berjemaah. Lebih Afdal.

Saturday, January 16, 2010

Takoyaki

Slot Yob jalan jalan buncit perot kembali lagi!



Takoyaki ni berasal dari Jepun, terbang sampai Malaysia.

Kalau kat Malaysia ni, SyidaDida yang introduce aku makan benda bulat bulat ni, sekali makan mesti nak lagi punya, wa cakap sama lu!

Asalnya takoyaki ni inti dia baby squid, tapi dah di pelbagaikan dengan chicken ham, prawn, unagi etc etc. Tepung dia pulak, dia mampatkan dengan cabbage.
Atas dia ada sos apa aku tak pasti, pastu ada fish flakes dan mayo.

Harga dia, kalau untuk Tako kat Jusco ni dari RM 4.30 - 4.50 untuk 3 biji.


Akak ni gembira gila gila kerja kat sini. aku assume.

Daripada yang aku tahu, dulu Tako ni ada kat Jusco Mid Valley je, setiap kali SyidaDida pergi, dengan tabahnya dia akan bungkus bawak balik. Naik tren sesak2 pulak tu. Baik jugak dia bab bab makanan ni. hehe.


 nafsu makan aku menyerang secara tiba tiba, perotku kembang kempis.

Tapi sekarang rasanya kat semua Jusco ada kot. Jusco Maluri ada, Sunway ada, yang lain lain ada gak kot. Tapi tako yang terbaik sekali SyidaDida kata dekat Sunway Pyramid tingkat atas yang tempat dia ala ala Petaling Street tu. Kat situ ada kedai jual Tako dalam bekas bentuk sampan, kat situ paling best.

Nanti aku merayap lah pergi Sunway membawa perot, sambil berlari lari anak, mencari tako dengan air liur meleleh. Kacak sungguh. Sambil mengepilkan rambut yang serabai ke belakang, akan ku ungkapkan, watashiwa wa tako la tiashi takasuke misae mak cin can satu!

Thursday, January 7, 2010

Hoi! UPdate.

I have one question.

Why my ketiak really smell like ketiak today? Smelly.

Global warming probably.



XOXOXO
that's all I wanna tell u guys.
yes, you can puke now.

exam (>_<)
no, i'm not happy.

adiosa . sayonara. chiow chin chow.

Sunday, January 3, 2010

sedikit penghargaan buat blogger

Pertama sekali minta maaf dan terima kasih buat Blogger Norlaila. Aku menang contest siapa paling comel? dia! Terserlahkan aku memang comel. Sila angguk 3 kali secara senada. Aku minta maaf sebab aku tak perasan yang dia comment kat entri SINI bagi tahu yang aku menang, 25 Dis haritu. Tetiba aku rasa bersalah pulak, bukan aku tak hargai ye Norlaila.

Hadiah dia? Jangan main2 wei, aku akan bercuti berdua duaan dengan dia kat PARIS. Boneka sila jangan jeles okeh. Plis lah kami perlukan privacy.


Nak baca seluruh entri? klik SINI

Kedua sekali haritu aku dapat comment pendek tapi aku tacing pulak.



Mimie ni memang follower setia aku, aku pun follower setia dia. Dia antara follower terawal aku. Kat FB pun sama, tapi skrg bf dia dah add aku, tak boleh buat lawak gatal lagi. hehe. Kalau aku terlepas baca 10 entri dia seboleh bolehnya aku nak comment semua. Sungguh aku tak tipu. Cara dia tulis sebijik macam aku tulis dulu2. Sekarang ni je aku dah switch sikit cara menulis. Aku memang big fan blog kau Mimie. Sungguh. Sila tacing balik.


Ketiga sekali aku tak pernah hargai Blogger Siggplus ni. Padahal dia ni lah yang menyebabkan earning nuffnang aku touch RM50 tak sampai sebulan aku main2 click ni. KEBETULAN, aku baca blog cik epal dan dia linkkan ke blog Sigg ni. KEBETULAN time tu dia bagi beberapa belas tips nak increase earning. Teruslah aku berguru ngan dia. Macam HBZ cakap time Gathering haritu Sigg ni blog dia je lucah macam cilaka, tapi hati dia baik wooo. Kembang lah Sigg, aku hadiahkan Maria Ozawa untuk kau eh. hehe. Ke kau nak aku organize parti buih?


Inilah parti buih yang aku maksudkan untuk orang2 inesen macam kami ni.
Takda seurat benang tu yang penting. hehe. Eh tetiba aku termalu. Nak larilah gedik2 sambil tutup muka.


Keempat sekali aku nak terima kasih kat Cik Epal sebab backlinkkan blog aku yang tak seberapa ni kat entri dia. Pergh masyuk woooo, uniques visitors aku kemain ramai, tekejut aku tengok. Pak Bangla, Pak  Mesir, Pak Iran, Pak Belanda, Pak Jepung, Pak Europe semua ada. Cik Epal silalah linkkan lagi eh... hahaha... puak puak yang bertelagah, korang dah aman kan? aku suka. Kita berblog secara AHMAN DAN DAHMAI ye.


google analytic


nuffnang stats


Kelima sekali, terima kasih kepada Blogger Rowena, dah lama tak dapat award. hehe. Semua yang nama dia ada dalam entri ni korang ambik lah award ni kalau sudi ya.



Rowena, lagu Broken Hearted Girl tu 1st time aku dengar, best jugak :) Lagi satu, semuga ayah awak cepat cepat sihat ya. Boleh buat tai chi dangan I. hehe.

Terima kasih juga kepada mana2 blogger yang backlinkkan blog aku sepanjang aku takda, contohnya bro Eyriqazz. Dia ni idola aku masuk contest nuffnang ni. Bro nnt cuti saya tukar layout lain ya, sekarang takda masa.

Bilalah Kak Red nak datang melawat aku ni. haish.



Lately ni ada blogger start guna perkataan "spender" "cawat besi" "daun pisang" haish, bikit HOT....
(baca comment entri sebelum yg ini)

Edit Picture Contest

Harini hari meroyan masuk contest.

Ini contest edit picture. Tak tahu lah dia nak orang edit picture macam mana, tapi harap aku layaklah.



Siapa yang nak join click banner di atas ya, takpun kat sidebar aku tu.



Sesiapa yang dah lama baca blog aku mesti menyampah tengok aku recycle gamba dari entri SINI kan.

Wei itu entri kemenangan tu wei, kasi chance ar guna banyak kali.

Kepada penganjur contest, saya tak tahu awak nak ciri ciri gamba mcm mana, tapi tgk banner kamu tu macam nak close up face ye tak? Harap terimalah penyertaan ku ini (>_<) Kalau tak terima aku report dekat opah aku!


Sumpah banyak kerja aku nak kena buat, tapi aku masuk gak contest2 ni semua sbb terpengaruh dengan Blogger Mohd Farid. weh sejak bila kau tukar nickname bai? aku suka nama lama kau lagi.

Contest Baru Pulak

Blog Kamera X Buruk buat contest baru woiii! Saje je nak try test, tolong meriahkan lagi contest ni.




Click picture di atas kalau mahu join.




hah, 4 bini teros dalam gamba. hahahaha.

Saturday, January 2, 2010

Tanggung jawab

Baru aku tahu letihnya pegang tanggungjawab besar. Baru beberapa bulan hidup bertanggungjawab dah huru hara. Makan terlebih kenyang sebab tension. Mandi basah kuyup sebab berfikir sampai lupa lap kepala. Tidur terlebih lena sebab musim takda nyamuk.

Aku dapat anak lelaki. Berat 3.4 kg.





Eh silap.

Tanggungjawab tu lambat lagi. 8 tahun lagi mungkin.


Teamwork sangat penting. Kalau kita nak buat benda dengan gembira, kita mesti berada dalam team yang kita suka. Tapi kalau tak suka buat buat suka. Hipokiut tu penting. Kena adapt je selagi boleh.

Kalau yang assist kita perempuan, kadang2 leceh, kadang2 bagus.

Perempuan yang remeh temeh tu yang dia pentingkan.

Perempuan jangan dipandang rendah, kerja2 lelaki pun dia boleh buat.

Perempuan senang sangat terpengaruh, padahal hearsay je. rumor rumor.

Perempuan buat kerja mesti sempurna. tip top.

Seimbangkan.

Lelaki? lebih kurang je. Saling melengkapi.


Sat lagi ke esok ke minggu depan ke aku buat lawatan sambil makan kacang kat blog korang eh. Kalau kacang habis, aku cabut uban bulu ketiak ok jugak kan. Uban aku kaler blond incase u dunno.

Ada yang bergossip pasal aku tak? best ni.
Buat lah cerita aku skandal baru Yuna. 1st time tgk dia live kat RTW9. Tergoda pulak. Dah lama aku nak tengok minah ni live dah especially bila terlepas kat Bali 13, Shah Alam haritu.


Next next week nak mid sem exam. Rasa macam nak hijrah ke University of Uganda larikan diri. Adakah ini entri cukup syarat 1 update untuk bulan 1? Entahlah. Nanti bulan 2, 2 entri, ok gak kan.

ALL THE BEST buat student MSU lain.
Sape je student MSU yang aku penah jumpa time blogwalking heh. Ada ada...
Pharmacy = Akmar Anuar, Sepet (ex-MSU) Biomedical = Azza Suzi



secretary. treasurer. vice president. chief of bureau. 

Semoga 2010 ini tahun yang di rahmati buat kita semua :)