Friday, December 3, 2010

seriously Nuffnang? are u kidding me?

Korang tahu kan Nuffnang dah announced results untuk Phase 2 Celcom Blackberry Torch blogging contest... Sekarang aku runsing tambah kabur kabur sikit, Nuffnang ni baca setiap entri ke atau dorang randomly pick? then from the random pick, dorang choose the best one?

Seriously to all winners, congratulations, aku takda problem u guys win the contest. Dah itu tuah anda kan. But this post specifically for Nuffnang TOP MANAGEMENT. Kenapa lah aku tak puas hati sangat kan sampai nak keluarkan entri camni...

ok dah baca?

1) "Write a blog post and tell us how you have the best of both worlds with the full 3.2 inch touch screen and BlackBerry keyboard on the Celcom BlackBerry Torch."

daripada 3 pemenang tu, TAKDA seorang pun tulis blog post "how you have the best of both world" so macam mana diorang boleh menang kalau tak ikut syarat??? sesiapa tolong huraikan???

daripada 3 pemenang tu, SEORANG saja yang EXPLAIN tentang " full 3.2 inch touch screen and BlackBerry keyboard" nasib baik ade seorang yg explain padahal itulah the distinguish feature untuk Blackberry Torch 9800 tu... yang lagi dua sekadar copy paste ayat tu jeee....

tak caya, baca sendiri lah entri pemenang...


2)The contest runs for 3 weeks, from 29 October 2010 to 11.59 pm, 19 November 2010.

kalaulah Nuffnang cakap aku kalah sebab submit entri on week 3, and the winner untuk week 3 lagi bagus dari aku, tu pun aku tak boleh terima.... jujur aku rasa week 3 winner punya entri boleh tahan bagus lah tapi disebabkan Nuffnang tak mention pun every week must have 1 winner, so aku assume mestilah dorang akan choose yang paling "the best" kan? tak kisah lah kau submit entri tu minggu ke berapa pun.... 

ok kalau aku kalah dengan week 3 winner aku boleh terima lagi lah sebab dia ada jugak explain tentang " full 3.2 inch touch screen and BlackBerry keyboard" tapi yg 2 orang winner lagi tu? duhhhh dorang tak buat pun blog post tentang "how you have the best of both world" ataupun EXPLAIN tentang " full 3.2 inch touch screen and BlackBerry keyboard"

******************

seriously, macam ni ke BIG COMPANY buat decision for their contest. Malas nak cakap banyak lah sebab result pun dah keluar dan aku pun nak buat apa kan BlackBerry still melepas. Cuma ada pesanan untuk Nuffnang, lain kali tak payah kasi syarat tentang ape yang kena tulis atau ape yang kena masukkan dalam entri untuk ape ape contest kalau pemenang dia guna konsep main pilih je. Atau bagi je BlackBerry tu kat sape sape, tak payah buat contest, lagilah aku tak kisah. 

Aku tak kisah pun kalah, memang dah adat pertandingan kan. Bukan 1st time aku masuk contest Nuffnang dan bukan 1st time aku kalah. Tapi biarlah kalah yang sepatutnya kalah. Pemenang tu biarlah nampak memang macam pemenang. Kalau tengok macam something wrong je depan mata takkan lah nak ikat je tangan ni dari menulis kan... kata blogger.

Kesimpulannya, buat penat je aku fikir idea untuk blog post INI supaya kena dengan konsep and syarat... duhhhh! 

Sayang Nuffnang lagi? dulu sayang banyak tapi sekarang hati dah terguris... mintak mintak boleh nak sayang lagi. Nampak macam kecik kan, tapi kalau ni lah cara Nuffnang lama lama ramai yang akan tawar hati. 

Lagipun benda ni bukan 1st time terjadi, malas nak letak link kat sini tapi korang boleh google lah sendiri entri blogger lain tentang sebab munasabab dorang tak puas hati dangan Nuffnang, yang aku rasa sangat relevan bila dorang complain tentang cara Nuffnang pilih pemenang untuk previous2 punya contest. Maybe kalau nanti ade company baru yang nak bersaing, baru Nuffnang ambik berat kot benda2 macam ni... mungkin...

27 comments:

penaberkala said...

yob, sabor2
biasala adat bertanding, mesti ada mng n kalah
pasal pilihan juri tuh, mmg silap besar la diorang pilih yg tak ikut syarat
kan dh rmai tak puas hati

apepun, hope this entri blh sedarkan pihak tertentu
this is not the provocation, but the suggestion for further improvement

avid gunner said...

suck it up, son. the world isn't necessarily revolves around justice. the winners aren't necessarily the best one.

Ery Farieha said...

hurmmm big company kot

wuuu~

DaHLia said...

Yob, da tweet lum?
esok lusa ada laa tu orang Nuffnang masuk sni komen2..
anyway, ni sebab daku takmoh masuk..kang penat2 perah idea, ntah baca entah tidak..
nasib baik skrg memadukan Nuffnang, puas hatiku..hehee

YobSumo said...

@dahlia

dah tweet dah. mintak2 jangan ler dorang kasi alasan macam biasa aku baca dekat blog2 org yg complain pasal Nuffnang ni... boring...

hamzah ian said...

rilek yob.. gua tahu lu kreatif..

bukan salah nuffnang.. lu salah fakta dow.. celcom yang pilih pemenang.

MuJE said...

ha, veteran blackberry mai explain dah tu...

Liyana Lunia. said...

sbb tu tak suka berharap dengan apa apa contest. lagi lagi dari nuffnang :)

just masuk, cuba nasib tapi memang bengang kalau kita tengok pemenang punya entry lagi teruk dari pesaing yg lain yg kita rasa dia mampu gugat kita (eh apa aku cakap belit2 HAHAHAHAH)

YobSumo said...

@hamzah ian

ok kalau Celcom pilih pun, syarat dia should be dari celcom jugak lah kan, kenapa Nuffnang nak buat syarat tapi judge main pilih je walaupun tak ikut syarat... so ape guna syarat...

mat, time kau takde syarat2 mcm "how you have the best of both worlds" kan,
time kau syarat dia "what you love about the Blackberry Torch 9800" seriously kau mmg layak menang pun....

aku pandang kes aku sebagai totally different dari kau punya...

Robb Chew said...

Hai saudara Yobsumo,

Saya Robb dari Jabatan Perhubungan Blogger Nuffnang. Terima kasih kerana sudi memberikan pandangan anda sebagai seorang blogger tentang peraduan ini. Kami ingin mengambil peluang ini untuk menjelaskan beberapa perkara yang anda bincang di pos anda.

Kami amat memahami bahawa anda kecewa dengan keputusan peraduan tersebut. Namun, saudara perlulah memahami bahawa isu-isu penghakiman adalah subjektif bagi setiap individual. Ini bermaksud, setiap hakim atau individual mempunyai pendapat yang berbeza bagi pos yang terbaik. Oleh itu, memang tidak hairan jikalau anda berpendapat lain tentang perkara ini.

Peranan Nuffnang dalam semua peraduan yang dianjurkan pihak pengiklan adalah sama - iaitu menyenaraikan semua post blog yang menepati kriteria peraduan. Dari situ, pihak penganjur akan menghakimi pos-pos tersebut dengan panel hakim tersendiri.

Sebenarnya pihak penganjur dan kami berasa pos-pos yang diterima ditulis dengan baik sekali. Kalau diikutkan hati, ingin kami hadiahkan setiap blogger sebuah Blackberry Torch. Namun, ini agak mustahil kerana bagi sebarang peraduan yang dianjurkan, bilangan hadiah adalah terhad.

Kami berharap bahawa anda tidak patah hati dengan keputusan peraduan ini dan sebaliknya mengambil peluang ini untuk memahami apa yang dikehendaki panel hakim pihak penganjur supaya anda mempunyai kelebihan untuk menyertai peraduan akan datang dari pelbagai pihak pengiklan.

Terima kasih sekali lagi kerana sudi berkongsi pendapat anda tentang isu ini, saudara.

YobSumo said...

@Robb Chew

terima kasih di atas explanation yang panjang lebar, tapi anda tak kongsi pun sebab kenapa Nuffnang meletakkan syarat tentang ciri2 yang patut ada pada entri untuk contest tersebut tetapi bila penilaian di buat tak ikut pun syarat syarat atau ciri ciri yg diberi, jadi ape guna syarat2 tu? saja saja ke supaya nampak meriah? ohhhhhhh.

sekali lagi jangan letak syarat/ arahan atau apa2 kalau bukan benda itu yg dinilai. ok.

ohcerita.com said...

takpelah..belum ada rezeki agaknya

Anonymous said...

Memang kreatif doe entry you tapi kalau submit week 1&2 memang ada probability untuk menang...Tapi mungkin pada week 3, nasib tak menyebelahi you la sebab kebetulan ada persaingan yang boleh tahan.Sebab mengikut yang aku faham,pemenang tu bdasarkan terbaik setiap minggu,bukan overall.Jadi jangan salahkan nuffnang sebab nak jaga hati beribu-ribu org bukan mudah..Kan keputusan adalah subjektif, dan hakim adalah segala2nya..

h a n i e said...

wa tak pernah join..sb kompem jd macam ni..huhu

*gwe punya income dah sebulan lebih tak hapdet..ape cerita tu..? huhuhu

Aujinz said...

Huiyyyooo... marah sungguh Yob..

hahahha.. sabo Yob, sabo..aku tau hati kau terguris..

huhuhu

fairuz said...

celcom yg slh pilih! grrr. naseb aku pakai maxis. wahahaha

YobSumo said...

@Anon

ha'ah pemenang di pilih berdasarkan minggu tapi Nuffnang tak state pun every week ada 1 winner, so kalau anda baca dengan hati terbuka syarat2 tu, ape yg anda akan faham adalah, 3 entri terbaik akan menang. tak gitu?

hazman aka species1980 said...

hurmmm..... rasanya dah ramai blogger yang komplen pasal result keputusan pemenang sesuatu contest nie.....

Khairi said...

yob, masuk kontest tiket wayang je yob senang huhu. duit ku pun nuffnang tak bayor lg. isk!

lumut said...

komen avid terbaik..
xsemestinya yg menang itu yg terbaik....sbb lain orang lain cara mereka yang menilai....


ohhh 1 more..
pehal org nuffnang tu x explain btul2....come on la bro..explain sikit so that org faham...hehe

beb,
x ape..bukan rezeki kamu...
yang terbaik adalah apa yg terjadi dlaam hidup kita.. (aku selalu gune utk sedapkan hati)

Kie-yu said...

rambut sme hitam hati lain2
KOT?

rizwan's sweetheart said...

nak wat camne yob... keputusan juri adalah muktamad... :)) mungkin rezeki kat tempat lain kot...

Lia3003 said...

marah betul yob, hm, tak tau nak cakap camne, sokong yob lah, hidup yob!

Anonymous said...

Kami sekelompok relawan dan memulai inisiatif merek baru dalam sebuah komunitas. weblog Anda diberikan kepada kita informasi berharga untuk bekerja pada. Anda telah melakukan pekerjaan yang menakjubkan!

Oasis said...

Sabar Yob...Xde rezeki....

Kuwe said...

Stendet yob. aku dengar cerita nuff dah banyak masalah sekarang ni. tu aku dengar cerita la. aku sendiri tak pernah pulak merasa apakebenda nuff. apatah lagi nak join contest.


apa lagi. panah yob panah.

Adamkiri said...

@hamzah ian ok kalau Celcom pilih pun, syarat dia should be dari celcom jugak lah kan, kenapa Nuffnang nak buat syarat tapi judge main pilih je walaupun tak ikut syarat... so ape guna syarat... mat, time kau takde syarat2 mcm "how you have the best of both worlds" kan, time kau syarat dia "what you love about the Blackberry Torch 9800" seriously kau mmg layak menang pun.... aku pandang kes aku sebagai totally different dari kau punya...