Friday, November 5, 2010

Vietnam - Main Attraction

Entri terakhir dan sambungan daripada,

Aku ingat taknak lagi post pasal Vietnam, tapi memandangkan trafficnya juga agak bagus untuk jangka masa panjang, jadi aku keluarkan lagi satu entri. Ini gerenti yang last punya. hehe. Tapi hakikatnya kalau berblog tentang negara orang ni bagus sebab orang nak baca blog kita supaya tahu tempat menarik, tempat makan dan what to expect kalau mereka kat sana kan. Dari menulis ttg Universal Studios Singapore dan Vietnam ni je dah tambah 2 member facebook :)


Sepanjang 4 hari 3 malam dekat Ho Chi Minh City ni, aku tinggal dekat Oscar Saigon Hotel. Hotel ni biasa biasa je. Receptionist dia cakap English taraf budak tadika, makanan dia sangat TAK halal dan not my taste. Aku punya bilik mcm hangpa boleh tengok kanan ni, nice jugak tapi takda tingkap. Tapi memandangkan aku ni kuat jalan, takdelah sangat aku kisah ade tingkap ke tak. Nasib baik ada astro, dapat jugak aku tengok movie sambil guling guling. Sebabkan aku sengsorang, 1 katil tu tempat aku makan, kotor kotorkan, lagi 1 khas untuk tido. hahahaha. Overall, aku rasa ok je, selesa je, tapi hotel ni claim 4 stars, mcm byk sangat bintang tu! Ok, website dia click SINI. 

Ok ok mana yang wajib pergi?

1) Ben Thanh Market

Ben Thanh Market ni ade jual semua benda, baju, souvenir, makanan, kerepek, coffee, you just named it! Sebelum aku pergi Vietnam aku dah baca reviews orang tentang tempat ni. Tempat ni kiranya macam tourist trap lah. Sebabkan terlampau famous, semua tourist nak pergi sini padahal dorang mark up harga gila gila punya. Tapi sebagai tourist aku kenalah pergi sini jugak, barulah tourist trap namenye kan. hahaha.

Kat sini, korang boleh bargain sampai 2/3 dari harga sebenar. Percayalah, itu yang aku buat. Tips, kena berani, kalau dia tak kasi, walk away! Let say lah kalau jurujual tu letak harga 140000 dong, terus mintak 35000 dong, kalau dia tak kasi, bargain lagi sampai 50000-60000 dong, kalau dia taknak, walk away! dan dia akan tarik kau balik punya. hehe. Peniaga kat sini dah sepakat gak, kalau kau ni hard bargainer, kau akan dapat beg plastic kaler pink, kalau kau ni lemah lemah je, dapan green plastic. So, semua peniaga boleh expect kau ni mcm mana bila kau datang kedai dorang, bijak kan! Yob? semua plastic pink lah, tetiba rasa comel pulak pegang sume beg plastic pink kihkihkih.

Ben Thanh Market

2) Cu Chi Tunnel

Cu Chi Tunnel ni dulu digunakan semasa perang dengan US, macam underground Village lah. Panjang dia 200km, gila panjang kot. Tunnel ni adalah antara faktor US kalah dengan Vietnam time perang tu. Dalam tunnel ni pun ada banyak yg terkorban lah, kena bom semua. Yob memang excited gila lah pergi sini, dapat merasa sendiri masuk tunnel ni. Kalau tengok gamba kat bawah ni mcm terang kan, sebenarnye gelap gila, ade lah dim light sikit2 dekat dinding tunnel ni. Scary jugak dalam ni, dah lah sengsorang, mamat tourist guide tu punyalah laju.

Punyalah sempit tunnel ni. Sempat gak bergamba dengan askar askar tu dalam keadaan peloh lenjun.

Mula mula masuk kena membongkok, dah berapa meter jalan mamat tu tanya "you want go out or continue" 

Aku yakin je, "continue" pastu ambik kau lagi sempit, dia bantai merangkak pulak. 

Dah lah panas, gelap, sempit, sengsorang, memikirkan dah ramai pulak mati dalam tunnel tu, so sampai pit stop ke-2 mamat tu tanya, "you want to continue?" 

Aku dengan yakin lagi sekali menjawab, "hell NO!"

Keluar keluar, dah macam mandi peluh satu badan. Nasib baik pakai deodorant nibeeea, kalau tak pengsan semua orang. haha. Tapi, MEMANG BEST lah, wajib datang sini kalau sampai Ho Chi Minh.

Nasib baik perot tak sangkut.

3) Handicap Handicrafts

Tempat ni khas untuk orang kurang upaya/ cacat di sebabkan perang, ataupun mutasi DNA yang berlaku akibat perang. Yakin je aku guna mutasi semua, padahal last belajar bendalah tu 1st year MSU, sorry ahh kalau salah maklumat. So basically, handicraft di semunya di siapkan oleh kurang upaya dan di jual di gedung sebelah tempat pembuatan. Bayangkan, ade tu pakai kulit telur je, mmg sangan CUN dan MENARIK. Kat sini sempatlah beli hadiah Anniversary ke 25 Bossumo dengan Cik Puan Besar. Harga barang dia berbaloi baloi lah dengan penat lelah pekerja dia. 

Memang gila details kerja diorang. Satu piece tu ambik masa 3-6 bulan nak disiapkan.

Yang korang boleh pergi kalau ada terlebih masa...

1) Vincom Center

Ni shopping center yang paling up kot kat Ho Chi Minh ni. Dekat je ngan hotel aku, sebabtu menapak ke sini sat. Mahal memang mahal lah, window shopping je. 

Sebahagian kedai kadai dalam Vancom Center, biasa biasa je tempat ni. 

2) Opera house, Notre Dem Cathedral

Opera house ni VP aku nak sangat masuk sebenarnye tapi time kitorang kat sana takda show pulak, so tak boleh masuk. Tapi show nye mestilah bahasa Vietnam kan? duhhhhh....

Notre Dem Cathedral ni tengok dari jauh je tapi tak masuk, tapi kalau Google dalam dia cantik gak.

atas kiri: Opera House, bawah kiri: Notre Dem Cathedral
3) Kedai kraftangan, lukisan.

Ini korang jalan jalan je dekat sekitar hotel korang (kalau tinggal di Distrct 1), banyak je tempat jual benda mcm ni. Tapi ingat BARGAIN! 


Ok kalau muda mudi macam aku ni, sebelum pergi Vietnam dah google local punya label pakaian ape yang best best kat sana, so ade 2, yang memang famous dan kena dengan jiwa remaja macam aku ni adalah Ginkgo Biloba dan Bo Suo. Harga pun tak mahal mana, biasa je. 

model tengah boring, kiri: sweater dari Bo Sua, tengah: t-shirt Ginggo Biloba, kanan: rain coat yang terpaksa dipakai ketika hujan. hehehe.

Kalau tanya pasal traffic kat Ho Chi Minh, "total nightmare!" satiap 20 saat akan dengar hon dibunyikan. Hon bukan nak marah ke ape ke sebenarnye. Macam kalau kereta besar/ taxi hon sebab nak bagi isyarat dekat penunggang motor ade kereta besar dekat belakang, so diorang akan bejaga jaga. Entah mana lah pernah terbaca, ada 6 million scooters dekat Ho Chi Minh, so bayangkan.

Kalau nak lintas jalan, jangan lari, jalan je sambil tgk traffic. Selalunya kalau ade motor pun, dorang bawak slow, takde mat mat rempit macam Malaysia. Kadang kadang motor yang akan mengelak orang berjalan, bukan orang mengalak motor. So, jangan panic, jangan lari, lagi susah pemandu nak control hala tuju.

WOI, APE PANDANG PANDANG! (pak guard)

Tamatlah sudah kisah Vietnam...

p/s: sepanjang berblog tak pernah ade blogger yang mengagumkan Yob dengan nyanyian mereka. harini ade seorang, blogger Sol. terus terdetik dalam hati "not bad!". nak usha? click SINI. pada yang konfius sebelum ni Sol adalah burung atau rama rama, harapnye terjawab ya! hehe.

23 comments:

Bro Framestone said...

menarik je.. bro selalu tengok kat tv.. teringin gak nk pergi

tahun depan kot bro ke Cambodia saje nk makan angin kat sana

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

Fyzal said...

nice place la bro.

Arief Arf said...

best gak rupa vietnam ni..
duit dia pun murah je kan?
tapi sampai skang aku menunggu souvenir aku..
T_T

Wanie-san said...

yob!!
bestnye!!
jom g lagi!
ko belanja..amacam??keh keh keh

Ihsan إحسان said...

noq ada x ole2 utk akak ni? hahahaha...

YobSumo said...

Bro Framestone,
ye ke... oh tapi kalau nak lagi membangun pergi Vietnam lah, Cambodia tak sgt, saya tak pernah sampai sana lagi tapi tahulah jugak :) nnt cerita lah pasal Cambodia ye!


Fyzal,
yeah nice play. nice chicks! haha.


Arief,
erm, macam mana pulak souvenir europe aku? tak dapat pun lagi. kita kena saling tukar menukar ni! haha


Wanie-san,
boleh kalau aku jual diri, tapi laku ke aku? kalau laku pun duit tu jadi duit haram. kau sanggup? haha.


Kak Ihsan,
ade kak, ade keychain lagi satu ni. tak jumpa pulak akak lagi. duhhh!

Aujinz said...

tips melintas jalan..

jalan terus jangan gostan..kalu gostan ade harapan..

tips bargain..

tengok dada diorang..[..bagi yang lelaki macam aku...]


Yob, pasar malam dier lu tak pergi ker Yob?.. lagi syiok bargain..

ARC™ said...

baguih. aku paling suka tang handicap handicraft tuh

YobSumo said...

aujinz,
hahahaha. mantep kan! ade tu saje je letak baju kat atas bhg dada suruh aku tgk pastu beli, tertutup tutup mata aku (sebab aku baik) hahhahahahhaa.


ARC,
yezza situ best dan berseni lah orang orangnye....

Lia3003 said...

hm.nice.. nak gi, tp hnya blh b'mimpi je..hukhuk

misz benida said...

yob..sakan ko brsiar2 ek??xkan tyng gmbr je??ole2 mana???

darkbatman said...

bagus info ne.. bro, leh x nk amek sket info ko..cz pertengahan taun depan ak nk g vietnam.. dh book tiket dh. hoho

cik EPAL said...

uihhh jalan jalan x ajak. tu popeye ke tu? makan kat popeye sedap tak?

Encik Tikus said...

pehh gila best gua lihat Y,Y

darkbatman said...

klau cm2,mudah le tourist kene tipu bro? bro, ade x trip ko ke india?klau ade leh aku bace..ak g new delhi nanti..

YobSumo said...

Lia,
boleh pergi dalam mimpi? bestnye!


misz benida,
ole2... erm.... ermmm.... ;P


darkbatman,
itu lah jadi kalau kita pergi negara still miskin, drg byk menipu, tapi kena pandai2 lah... contoh naik taxi semua pun kena hati2, ada meter menipu. g india? aku dah reply kat blog kau dah haritu, tak pernah pergi pun...


cik epal,
haha sedap je. mkn shrimp sbb tak berani makan ayam :D


tikus,
best2 :)

miss lolly a.k.a luvfareda said...

nice =)


makanan halal msti susah nak cari kan ??

meh j0in c0ntets meh =)

Zamil Afiq said...

wah.. pegi sorang2 ke..?

hans said...

best giler gi vietnam
xbeli ole2 untuk aku ker yob?

P/S : Apa Itu Exam? Hahahahahaha

YobSumo said...

lolly,
senang je, tgk entri sebelum ni.


z.afiq,
taklah g dgn VP MSU dengan HOD


hans,
ole2 tu ape? tetiba tak tahu. haha.

hazman aka species1980 said...

whoaaa.... sempoi gak tempat2 kat sana yea.... tapi teknik 'beg plastik' tu memang sungguh bijak la peniaga diorang...

kisahsensasi said...

Hmmmm teknik walk away tu memang selalu disarankan kalau kita dlm proses bargain.....

reza said...

going there next month...
terima kasih for the halal spot and this post...agak banyak membantu..

additional question : kalau nak pi for 10 days katakan...bapa RM kor cadang patut aku bawak?