Friday, November 12, 2010

Semalam I pergi dangdut OK!

Tajuk nak mengada. Menyampah dengan diri sendiri!!!

Semalam aku pergi Digi Pimp My Music event dan aku dapat iPhone 3GS FREE yeahhhhh!

Ok tipu, Lady Gaga yang dapat.

Lady Gaga dengan AC Mizal. Camera handphone 3.2 Mpx je ni.

Aku sebenarnye datang sana konon nak jadi Bruno Mars tapi bila sampai mamat Nuffnang tu (Robb kot nama dia) bilang, we have a lot of Jason Mraz today, sambil memandang aku. So, alang alang dia ingat aku Jason Mraz, aku mengaku jelah, lagipun memang aku berbakat besar.

Ayat last tu tipu lagi.

Orang Digi bagi explaination tentang Pimp My Music Application

Event tu kat Zouk ok. dari kecik sampai besar, 15 tahun tinggal KL, 5 tahun Putrajaya (muda lagi), itu jelah club yang paling selalu dengar. Time aku menang no 2 Project Alpha punya blogging contest, barulah aku tahu MOS tu ape, sebab aku dapat 2 complimentary pass, tapi tak masuk pun.

Inesen kan aku. Kihkihkih. Ye aku tahu masuk club tu tak elok, tapi nak jugak merasa atleast once in a lifetime kan. Bukan aku shake shake my bontot ke, bukan aku mabuks mabuks dalam tu pun, attend event je kot, minum air coke, makan spaghetti ngan nasi goreng (sangatlah clubbing camtu). Tapi lepas tengok Zouk ni, takda lah hebat mana, aku pergi karaoke kat Neway Subang lagi gempak. Kihkihkih. Kalau nak gi club saje2 lepasni memang aku takkan lah (sbb aku tak rasa mcm cool pun), tapi kalau ada event why not. 

SyidaDida, Ira kalau korang baca entri ni diam diam je ehhh. Rahsia adik beradik. Hahahahaha.

Artis artis seperti Elvis, AC Mizal dan kembar Gaga menghangitkan majlis.

Sebenarnye aku taknak pergi dah event ni sebab biasalah blogger yg selalu datang sini, aku datang blog dorang tak suka sangat nak cuba nasib dengan Nuffnang punya contest ni. Duh.... wei wei bila korang nak active masuk contest ni? tolong jawab. Tapi nasib baik lah Eyriqazz pergi, jujurnya dia je yang betul2 aku kenal sbb aku baca blog dia. 

Tapi terkejut gak lah masa event tu nampak Cik Lily dangan Jai. Aku jumpa diorang sekali je waktu gathering paintball Melz. Lepastu tak jumpa tak baca blog sebab aku bersara sunat blog kejap. So, aku ingat duhhhhhh dorang ni takkan ingat Yob, si blogger perut buncit, takde nama, takde harta. Tapi silaplah sebab diorang boleh tegur aku lagi. Terharu kejap. 

bloggers berjoget sakan nampak. zapin kot....

Blogger lain aku tak berapa kenal pulak.  Ada je tanya nama blog tapi music kuat sangat kot (nama pun club) so kind of lost bila borak borak tu, tapikan aku memang pekak + lambat tangkap sikit, leaking je keje. Ade blogger tu ade gak borak dengan dia tapi aku dah lupa plak ape nama blog dia, ni nak kena tny Eyriqazz ni. Pastu blogger Tikkosss, peramah betol mamat ni, then ade blogger yang baru menang BB dari Nuffnang, Hamzah Ian, masyuk kot. Pastu anak Kak InaKL (dia ni yg menolak aku sampai ke depan dan kena menari dengan Lady Gaga, duh!) Oh Bean, Daydeck aku kenal, pernah jumpa jugak sebelum ni... 

Tadi lepas dengar Eyriqazz cerita sikit2 pasal blog, rasa macam nak serious pulak  berblog ni, mcm no turning back, no more bersara semua (semangat OYA!). Pasni dah ada target lah nak YM sape nak improvekan diri sebagai blogger berjaya. Sepanjang aku jadi blogger rasanye aku tak pernah YM dengan blogger lain, bukan sombong, malas nak add (lame excuse) haha. Lagipun aku chat pakai email je kot. So kepada blogger femes, blogger kaya lepasni saya akan ganggu hidup anda! kihkihkih.

Eh panjang nye aku tulis. Dah arr nak pergi Gunung Ledang pulak bertapa cari idea sbb nak gak menang BB,  kalau pergi lambat takut terlepas Raya Haji pulak, karang baju 10 pasang aku sape nak pakai ye tak, dah lah saiz SUMO semua. adios~

p/s: siapa yang rasa macam dah jumpa aku kat event semalam, comment lah, i'll hit u back! 

18 comments:

Lelaki Ini said...

wah..
seronok sgt2!!!

CikLilyPutih said...

yob,
curi gambo joget zapin tu ek..

akubiomed said...

Wah seronok bangat.

izzahfarhana said...

haha kdg2 serba salah kan nak pergi ke x tmpt2 mcm tu. .

CGG said...

hi:)
lama gile tak dtg sini..

cam best je event ni...

sonoknye dia:)

hazman aka species1980 said...

yeahh... salam kenal... enjoy la jugak kan...party smalam... ;-p

kisahsensasi said...

whoaa... sonok nye layan dancing2 tue...

YobSumo said...

lelaki ini,
yup best jugak...


CikLily,
hehe, curik curik...


akubiomed,
boleh lah :)


izzahfarhana,
tahu takpe!


CGG,
igt sape lah tadi, Cik Gula Gula dah jd CGG, nais!


hazman,
hah, salam kenal ;)


kisahsensasi,
boleh lah jugak. haha.

Aus MeLankoLik said...

camni la yob , berseronok sendiri .

molmolla said...

uhuuuuuuu~ cm best jeeee!!! aku dah lama tak g event nuffnang~ last yg gatsby tu jee

redfingger said...

1st time jumpe smlm broooo...x sempat nk sembang panjang, duk berdangdut la katakan..hahahaha

rizwan's sweetheart said...

dah lama tak sempat singgah sini... kiranya ni advance kunjungan utk raya hajila yea

kak ina kl said...

ooo kamu ada gak ek...rugi tak jumpa kamu ni...betul tu kitaorang klu gi tpt camtu bkn niat nak mabuk ataupun clubbing sajer ajer lepak..

kecian kena tolak dengan anak akak yang badan besar tu..

yanmie said...

Salam,

wah meriahnya akak tgk :)


www.yanmieonline.com

hamzah ian said...

fuhyyoooo yob...

mana gambar gua?? har har har..

btw ape kate komen wat popout window.. baru senang nak komen.. hehe

menara said...

Saya sibuk, mampukah saya hafaz Al-Quran?

Arief Arf said...

dah pandai pergi club eh skang?
wahahahahahahaha

X)

░♥si lampu neon♥░ said...

HAHAHA LAWAK SEH