Thursday, November 11, 2010

Bandung - Day 2

Ini adalah sambungan entri Bandung Day-1

Hari ke 2 kami dimulakan dengan acara melawat Panti Asuhan Bayi Sehat (PABS). Seperti yang Yob ceritakan dalam entri sebelum ni, malam sebelum ke PABS, sempat lah beli grocery items untuk didermakan. Terima kasih buat semua student, lecturers dan staffs MSU yang menghulurkan derma. Juga orang luar yang terut memberikan sumbangan. Budak budak yang ikut pun did a very good job mengumpul derma ni. Ade yang dapat sampai RM700, fuhhhh handal.


PABS ini hanya boleh dimasuki oleh bayi yang telah kematian ibu bapanya, itu syarat dia. Mereka akan dijaga sampai besar, tapi syaratnya mesti masuk ketika bayi. Di sebabkan kedatangan kami di waktu persekolahan, hanya bayi2 je ada. Melepas nak usha cewek cewek, mana tahu boleh buat calon. hahaha. Taklimat tentang  PABS ini telah diberikan oleh Pak Mulya Pibiwanto. Baru taklimat je, beberapa orang dah berair air mata. haha. Ape yang saya boleh katakan adalah, PABS ni dah kaya raya, lihat saja fasiliti mereka, pergh... tapi anak anak di sini kurang kasih sayang. Jadi elok jika anda spend time di sana memberi kasih sayang daripada mengirimkan wang.

Fasilitasnya disini yang lengkap ya bapak bapak ibuk ibuknya.

mereka tak plastic. ini bukan aksi dibuat buat. warga MSU memang penyayang :)

Jika teringin melawat ke PABS,
Jl. Sarimanah Blok 15 No. 106
RT. 02 RW. 07, Sarijadi Bandung - 40151
Tel: 022 - 2018284
Hp: 081 122 6412
email: hymup@yahoo.com

Daripada PABS, kami ke Tangkuban Perahu (TP). Siapa yang pergi Bandung wajib pergi sini. Tangkuban Perahu ni adalah Volcano.... kalau nak tahu sejarah dia, baca SINI. Jangan risau walaupun TP ni masih active tapi dia takdalah meletus macam Merapi tu. Kalau anda tak pergi TP memang rugilah, scenery dia terrific! 

smilooo~ ke gediklooo~ ?????

Bau sulphur dia boleh dikatakan kuat jugak lah dan disebabkan lubang hidung aku luas, tertutup tutuplah juga menahan bau. haha. Semua nya cun kat sini kecuali peddlers dia yang sgt annoying dan sangat pushy. Daripada kami turun bus sampai kami balik diorang ikut je, dah cakap "enggak mahu beli", "sudah ada" juga tak jalan dong! lemas gila kot. Kekecewaan sikit sebab kami datang ketika cuaca buruk jadi kami hanya melihat Kawah Ratu dari atas dan tak dibenarkan ke Kawah Dumas di bahagian bawah. Kalau ke sana boleh main lumpur, boil egg... huh best best.

Kawah Ratu. WOW!

kalau tengok betol2 gamba paling besar dekat atas tu ramai lelaki. lelaki trip ni ada 6 orang je, jadi yang atas tu semua peddlers. lemas gila kot!

Oleh kerna masih punya banyak masa, kerna cuacanya enggak berapa elok di TP, kami terus switch plan dari  pulang ke Hotel kepada SHOPPING! hahaha. Kami ke Cihampelas area untuk shopping. Di sini bajunya banyak yang sangat teenagers dan sangat superheroes. Nak cari Batman, Superman, Catwoman sinilah tempatnya. Untuk "remaja" macam kami sesuai sangat ke sini, untuk yang dah tua sikit mcm lecturers kami, memang takda benda sangat nak beli dekat sini.

atas kiri: Provider, lain: Airplane Systm (kedai dia dalam bus je, how cool is that!)

Ingat lagi dalam entri INI, dekat Vietnam ada local label for streetwear mcm Gingko Biloba, Bo Sua,
Dekat Indon ada Provider, Airplane Systm, Badger
Dekat MALAYSIA ada ape eh? ada ke? ke aku yang tak tahu? duhhhhh....

Mamat Indon kerunsingan kehabisan jutaan rupiah sebelum hari shopping yang sebenar T-T

SHOPPING SEBENAR?
tunggu ar day 3... itu mmg hari SHOPPING... day 1 & 2 ni warm up je sempena masa terluang :D

Bersambung....

5 comments:

nor said...

gila cantikk arr scenery dia
errr
apa kau beli bwk balek utk aku yob???
-..-

Arief Arf said...

aku dah gi gak tangkuban perahu tu..
caya gak ar tempat tu kan, tapi byk orang2 jual2 tu ikut je mane aku pegi.. rimas gile doh!

p/s: kasi la sikit awek cun hahaha
p/s2: souvenir mane souvenir muhahahahahaha

hamzah ian said...

hoi yob.. jumpa jugak blog ko.. ingt dot com tadi.. hehe..

btw selamat berkenalan

Lelaki Ini said...

pg panti asuhan sgt2 beszh!

Kuwe said...

aku tak pernah sampai bandung ke indon apa ni. tapi nice la tengok ke gambar.

eh. area bandung ni jauh tak dengan merapi? eh entry kau pun ada bau bau ayat bandung gak ni. hahaha.