Thursday, November 4, 2010

Vietnam - Halal Restaurant

Hai, Salam Perpaduan, (ini adalah entri sambungan SINI)

Wiiihuuu. Entri ni sebenarnya dah kena perap lama dah, konon konon simpan macam untuk comeback YobSumo ke alam blog lah. Tapi masalahnya tak muncul2 jugak. Kihkihkih. So semester break ni cocoklah kiranya saya release kan entri ni.

So kalau anda dekat Ho Chi Minh City, Vietnam ni tak susah mana nak jumpa Halal Restaurant. Especially kalau menginap area Sheraton Hotel. Dekat situ je ade 3 Halal Restaurant.

1) Halal at Saigon

31 Đông Du, District 1, Ho Chi Minh City (depan Sheraton Hotel)
+84 8 38246823 (Vietnamese)
+84 8 38274602 (English)
Fax: +84 8 38274603

http://www.halalsaigon.com/


Restaurant ni paling superb kot. Founder dia orang Malaysia. VP MSU yang follow aku pun suka benar makan sini. Sepanjang 4 hari kitorang kat Vietnam, 2 kali menjamu selera kat sini. Aku, makan free mana mana pun sedap kihkihkihkih. Kat sini seorang daripada waiter boleh berbahasa Indonesia ya. Lagu lagu yang dia layan pun banyak lagu Malaysia & Indon. Kelakar lak. Layanan kat sini biasa2 je, tapi the way they decorate the restaurant, the atmosphere, can be ranked as 5 stars restaurant lah. Makanan memang sedap, harga boleh kata lumayan jugak lah. 


2) Four Season Restaurant

2 Thi Sach Street, Dist 1 (5 minutes walking distance from Halal@Saigon)
Phone: 84-8-8257186


Sini pun sedap. Rasanye owner dia pun Malaysian. Harga dia pun agak lumayan lah. Rasa makanan dia sedap. Decoration dia biasa biasa je, agak dull. hehe. Kat sini tak berapa mesra customer sangat tak macam restaurant lain yang aku pergi. Sebabkan HOD aku pun pening kepala time ni, takdelah best sangat makan sebab selalunya dia lah yang paling banyak cerita. Tapi air mangga dia superb. TERBAIK.


3) Satay House Restaurant

35 Mac Dinh Chi Street,
Ho Chi Minh City, VIET NAM
Phone: 090-3925475


Sekali lagi orang Malaysia punya. Berkabolirasi (betul ke aku eja ni) dengan orang Vietnam. Sini layanan dia bagus. Restaurant dia simple je, tapi sebabkan dia banyak tampal gamba gamba orang makan kat situ nampak macam menarik. Dah nama pun satay, mestu lah specialty dia satay kan... rasa satay dia berbeza dengan kat Malaysia lah. Rasanya Malaysia punya jauh lagi sedap kot. hehe. 


Yang penting KAK MARIA pujaan Yob dah sampai Satay House ya. kikhkihkih.


Takdelah aku makan banyak tempat pun, pergi Bulan Ramadhan kot. Boleh dikatakan Halal Restaurant kat sini harga makanannye slightly higher compare to non-halal food lah. Owner Halal Restaurant kat sini mostly from Malaysia and Indonesia. Ya macam aku dah cerita kat entri lepas, orang Islam Vietnam sendiri kurang nak memajukan diri mereka sendiri, sesuatu yang amat menyedihkan bila mendengar bagi aku seorang Islam. 

So far, Halal Food bukan lah satu masalah untuk didapati dekat Vietnam. If you want me to translate this entry in English, you can reach me at r_ihays007@yahoo.com

ok aku feeling minah2 arab baca blog aku, so tak paham Malay. Ke Maher Zain yang baca? kihkihkih.

nak serang blog JARD dulu, belom baca lagi kisah Korea dia. teringin siot.

6 comments:

Aujinz said...

restoran nie area mane Yob?

misz benida said...

yob..
lamo eh mnghilang..heheh
ptt ah..ko cutik2 melaya upenye.

darkbatman said...

bapak jauh ko g..adoi.. xmerase lerr aku.

Iuhnix said...

Thanks for sharing. I'm going there next June. Gotta read more of your Vietnam post. :D

suzinor said...

Salam Yob ...
Suzi nak minta tolong Yob rekomenkan hotel mana yang bagus & berpatutan & berhampiran makanan halal kat HCM ni... Saya pergi dgn anak2 6 orang semuanya... You can email me at suzinor@yahoo.com...
terima kasih...

Jard The Great said...

beb.. aku nk ke Ho chi minh gak hujung minggu ini... kat mana tempat besh shopping ehhh? hehehe