Saturday, July 17, 2010

Kenapa aku update?

Sebelom aku jawab soalan kenapa aku update blog harini, biar aku jawab soalan kenapa aku tak update blog.

Aku bukan nak berlagak PM, tapi aku memang busy. Kalau difokuskan, aku cuma busy dengan semua yang berkaitan dengan U aku, Management & Science University. Takde kena mengena soal kecewa dalam percintaan, masalah keluarga, kehamilan anak di perot seorang lelaki, mahukan tekanan akibat pencairan ais akibat pemanasan global. Takda langsung. Jangan salah faham.

Sebelum korang terus baca, kalau ada pemikiran negatif yg memikirkan aku hanya nak bermegah megah jangan teroskan baca sbb aku tulis apa yang benar benar belaka sahaja.

Kenapa lah aku busy sgt?
Semenjak aku jadi President Club, tanggungjawab aku besar. Dah la time aku dapat club ni keadaannya mati segan hidup tak mahu. Aku tak suka lah dapat jadi President tapi hampeh, orang maki hamun kat belakang. Aku taknak rosakkan KEPERCAYAAN dan RESPECT orang kat aku, sebab itu adalah benda penting dalam hidup aku. So aku cuba yang terbaik nak naikkan club ni balik.

Nak bukti aku busy?

Semenjak aku jadi President Club, activity yg aku dah organize:
Community Service, Pantai Morib
Club's Dinner, Hotel Impian Morib
Visit to Malaysia International Halal Showcase (MIHAS)
Ice Breaking Program, Bukit Cahaya, Shah Alam
Club's booth for MSU Club Carnival 2010
Club's AGM 2010
Food Fair 2010 (in progress)
Educational Visit to Bandung, Indonesia (in progress)

Itu yang aku organize, yang aku kepala, tapi kalau yang aku jadi COMMITTEE pun byk:
Community Service at Zoo Negara
Industrial Visit to Malaysia Milk, Petaling Jaya
Industrial Visit to SkyChef, MAS (in progress)
Gala Night 2010 (in progress)

Hari rabu lepas baru dapat jawatan baru, Co-Director untuk Faculty Annual Dinner. Kena pegang 3 Exco.

Yang itu semua aktiviti yang aku buat. Kalau dari sudut pelajaran pulak tak boleh terabai...

August ni aku akan ke Vietnam untuk Final Project/Thesis aku. Aku akan buat topic HALAL Malaysia-Vietnam. Semua ditanggung MSU. Pergi pulak dengan Dean dan Head of Department  aku, tension tension. Ini jugak pertama kali aku akan berpuasa hari pertama dekat negara orang.

Ok dah habis aku memberi kebenaran dan keterangan kenapa aku tak update blog sampai bersawang sawang.

Sekarang, KENAPA AKU UPDATE BLOG?

Pertama, aku akan lepaskan jawatan President aku akhir bulan ni, so aku harap akan ada masa lepasni dan aku nak update balik blog aku mcm biasa.

Kedua, follower aku bertambah walaupun berbulan aku tak update. Tacing pulak tetiba.

Ketiga, prestasi blog aku di mata Nuffnang dah terlampau buruk. Sampai ke tahap metered earning aku 0.00 sen, memang dah kes parah. Karang lepasni Nuffnang merajok taknak kasi Buffered ad dah camna?

Keempat sebab aku rasa macam aku handsome

Kelima sebab aku memang suka BLOG!


entri ni entri tanpa gamba. rare gila untuk blog YOBsumo ini...

25 comments:

Lia3003 said...

alasan ke4 kenapa aku update blog memang x boleh bla..hahaha

penaberkala said...

yob, lame tak dgr kabo brite
bz memanjang, patut pun
apepun, time blaja ni la nk try macam2
blogging bila2 masa buleh buat
buat apa yg penting dulu
all the best bro :)

YobSumo said...

Lia, erk yob igtkan orang tak perasan alasan ke4 tu. kihkikih


penaberkala, seyesly aku suka gila komeng kau. time belajar lah nak buat mcm2 kan, blogging biler2 buleh. hehhehehehe.

Anonymous said...

alasan ke 4 takley diterimaaaaaa!!!
arggghhh......ahahaha~~~

Ery Farieha said...

perlu ke reason ke 4 tu?
hohoh
uish byk program ko organise
boleh gila.
kalo aku, kompem x reti manage mase nak study + club
huhuhuh

harith said...

alasan ke 4 takley diterimaaaaaa!!!
arggghhh......ahahaha~~~

caca said...

president , nak ikot gi bandung !

addictedtoeleven said...

yobbbbbbbbbbbbb!!!!!!!!!
yeah yang ditunggu telah tibaaaa

Liliyuli said...

fuhyo! dasattttttttttt la ko ni..huhuhu

Lelaki Ini said...

ak pn sgt2 busy!

YobSumo said...

Ery Farieha, boleh organize kalau ada strong team :) buat2 tak nampak lah alasan no 4 tu. hehe.


Harith, JANGAN NAK BANYAK BUNYIK! kau ni harith mana satu ni? susah ade junior same nama ni.


caca, ok u in!


addictedtoeleven, lama tak singgah blog hang kan. nnt aku terjah :)


Liliyuli, tak dasat mana, manusia biasa je. typical punya org :)


Lelakiini, biasalah, sape yg tak bz mmg menipu ah!

lumut said...

bila ade tanggungjawab kita akan belajar..kan kan??buat kerja jgn smp lpe rehat ok?

Aujinz said...

ai like yang nombor empat..

wakaakakakaka..

adaNiff said...

bz gle ko yob. all the best!

siggplus said...

orang kata tak baik tipu diri sendiri.

sekarang cuba kaitkan ayat di atas dengan alasan ke 4

.::WaNiE::. said...

haaa kalau dah gitu sile la update selalu encik hemsemmm

deus X machina said...

harlow tuan presiden

erk888

harith said...

mesti la harith housemate ko, ahaha~~~

s4m said...

boleh tahan aktif trlibat bnyk xtvt!

cik zatil said...

alasan ke4 memang tak
boleh blah..

hehe..keep on bloging
brooo..huhu

Wanie-san said...

wa..........bgus ko yob!
ni la president yg kita mahu kan!
pasni aku vote hang jadi MB la plak..hehehehe

rizwan's sweetheart said...

wah3... sangat bz... masih hensem ke ngan kebzian melampau tu??

iyllienaz said...

pergh..kacak gila yob..nasib baik jumpa cc hari tu..memang direction yg tepat..

Fyzal said...

aiseh bro.. patut la lama tak nampak update blog. MSU kat Shah Alam kan bro?

kalau ada peluang, boleh kita lepak... gua pun area Shah Alam gak.

YobSumo said...

lumut,
sgt betul... ok2... dah terlebih rehat dah sekarang :)


aujinz,
i loike too :)


adaniFF,
lama tak g blog hang. dah hbs belajar ke eh... ke dah kawin...


siggplus,
erk. aku tertipulah...


wanie,
baik ogawa!


deus,
skrang dah ex-president :P


s4m,
tahan tahan jugak lah...


zatil,
lama tak nampakkkkkkkkkk


Wanie-san,
tolonglah jd pengundi hantu! kihkihkih....


fda,
ehhh jangan tanya... mcm tak tahu plak XD


iyllenaz,
nasib baik lah... tu pun tny member... hehehhehe.


Fyzal,
hehehhe. ha'ah shah alam. bleh je... bagitahu je biler.