Sunday, March 7, 2010

Walk For School

Pagi tadi aku bangun pukul 5.45am beb. Satu hari dalam sejarah. Last aku buat benda2 pelik camni time dekat PLKN beberapa tahun yang lepas.

Kenapa bangun awal?
Semangat kesukanan aku tinggi wei. Aku pergi Tesco Walk of School harini. 

YobSumo si penipu?
Memang aku tipu pun... Aku memang pergi, tapi bukan sebab semangat kesukanan. Aku nak menyepot sepupu aku yang berpenat lelah buat program tu. Kena lah sepot kan, keluarga sendiri. Tapi aku walk tadi ikhlas, walaupun kalau diberi pilihan aku lebih rela tidur. haha!

Ape kebendenye benda ni Yob?
Tesco Walk For School ni macam program giving back to the community lah. Dia nak kutip derma, target RM100K, then donate dekat 100 schools kat Klang Valley.

Pergi dengan siapa?
SyidaDida, Irawww (dari rumah) Makcik, Pakcik, Sepupu sepapat, anak anak sepupu (dekat lokasi).

Macam ne Yob, berpeluh?
Banyak pulak lah soalan aku tanya, aku jawab, tak syiok betol. weirdo.

So untuk mengelakkan takde parking, dan dekat Dataran Merdeka pun ade Le Tour De Langkawi harini, kami naik LRT dari Sungai Besi turun Masjid Jamek. Ingat nak breakfast pancake kejap kat McD sebelum lari, lepastu insap kejap, kami orang Melayu tak kacak makan pancake, terus tak jadi singgah.

Sampai Dataran, dah ramai budak2. Nama pun Walk For School kan, mestilah ramai yang ketot dari yang tinggi ye tak? Kami pun apelagi, line depan tu beb, punyalah teruja excited gila nak berlari. Lagipun kalau start depan takdelah kami kalah corot kan. hahaha.

Seperti biasa, semangat kesukanan berkadar teros dengan semangat bergambar.

Bila bunyi BUIEBBPPP! (aku tak reti buat bunyi sebenar)
Kami pun berlari lari. Tapi sebenarnye konpius. Kata "Walk" For School, apekehal semua LARI?

pergerakan "konon berlari" mesti ada walaupun kenyataannya kami tak bergerak. hehe.

Aku pun tak tahu ape masalah kakak ngan adik aku ni, bila nampak cameraman, dorang teros lari ke arah cameraman dan buat2 peace. Aku pun join lah sekali. Kalau kitorang bernasib baik, adelah terpampang kehandalan kami di local newspaper. Gila femes, pathetic pulak rasanye.


gamba atas: keterujaan menamatkan larian sambil berjalan sejauh 4.5km
gamba bawah: sijil membuktikan kami berlari ye. Lepasni nak beli frame besar, nak letak cert ni dalam bilik air.


Dah penat berlari ape lagi, bergurau senda dengan anak sepupu yang tak reti duduk diam.
Kalau aku tak umpan dia dengan Coco Crunch jangan harap dia nak pandang muka aku yang tak semenggah berpeloh peloh ni. hehe.

warga Tesco Kajang dengan piala kemenangan sebagai penganjur. Yang menjulang piala tu kezen aku, mummy kepada budak cumel kat atas tu.

Macam mana dengan pagi hari Ahad anda? saya pasti TIDAK MENYIHATKAN. Ambillah saya sebagai role model, tiada bayaran... silalah, sila sila.

18 comments:

Mimie.Candy Cane said...

wahh..bangun 5.45 am? sangat rare..

BUIEBBPPP !! pakai lastik eh yob?

mula2 lari sbb semangat lagi.nanti 2-3 meter,baru la kembali ke acara asal..

anak sepupu kamo sunggu comel dengan sudu terjongket kt mulut.yang mengumpan dia pun comel jugak.. :P

seronok kan buat aktiviti sihat macam ni..kat kuantan takde org nak buat ke?

enuLwanie said...

nape muka dlm gmbr first mcm budak sekolah?

u dh mkin hensem tnpa misai.
auwww...

sharamli said...

kamo0 ni bab bergamb0 memang semangat kan..

YobSumo said...

Mimie,

hahaha. lastik bunyi camtu eh? tak, pakai trumpet (>_<") hehe. seronok buat aktiviti sihat, tapi nak mula buat kena ada paksaan secara kasar dulu. hehe.


EnulWanie,

itu pasal lah saya berjambang, bermisai supaya nampak tua sikit ;P


sharamli,

biasalah :)

Monkey D Luffy said...

kezen ko keja tesco
jadi selalu ler ko dapat voucher ni?
share2 sikit

oranglidi said...

wa bangun pagi maen badminton terus. mandi pun tak. sihat x?


[apasal muka lu macam member wa?]

ezzati said...

awalnyeee...bagus2 wat aktiviti sihat

iyllienaz said...

comel anak sepupu ko..bertambah kurus la ko ni..

hanie said...

ari ahad kalau xmau kira pagi..buleh tak?

wa berphoto-shoot kat putrajaya..

saje xmau bg tau lu..sb kompem lu akan menyibuk..

hahahahah~

YobSumo said...

Luffy,

tak boleh salah guna kuasa wooo!


oranglidi,

pada pendapat wa sihat. Wa bukan member lu ke?


ezzati,

o yeah!


iylienazz,

comel kan. gamba bleh menipu, aku maintain je mcm last kita jumpa haritu :)


hanie,

sampai hati lu!

mein melon said...

laaa...... syahir! laen kali event lari2 ni ajakla akuuuu :( aku dh lama x g marathon..

YobSumo said...

mein melon,

kanapa kau tulis nama aku lagi? aduhhh, YOB plis. Haritu Night Marathon kau pergi?

nadirah_nor said...

ahaha
hari nih dalam sejarah yob!!!

Aus MeLankoLik said...

hahaha ,
pegi x ajak..
hahahaha..

mesti kau jadi hero kan kat sne..
dah kau paling besar..
hahaha..

joegrimjow said...

bersemangat untuk lari lari ni boleh dipuji
hehe
kene sentiasa la lepas ni
klu x
kaki jadi cram

hans said...

aku paling benci benda2 macam marathon ke merentas desa nih
hahaha

[z@ck] said...

ko pn da macam budak kecik tu dah..
hehehe

Jogger said...

aku igtkan bdk skolah... rupernye ko yob.... muahahaha