Terlebih dahulu aku nak menjelaskan tentang entri date aku haritu, ia adalah rekaan semata mata. Part aku masuk PLKN je betul, yang lain temberang gadang. hehe.
Harini aku nak cerita tentang artis Malaysia yang paling aku minat dari kecik lagi. Kalau korang benci tak suka kat dia aku tak kisah, tapi jangan nak kutuk2 dia kat sini. Deal?
Lepas aku baca blogger Solehah dan blogger Jalak bercerita tentang minat mereka kepada artis tersebut suatu ketika dahulu, aku pun tertarik untuk bercerita tentang dia.
Siapakah dia?
Aku pun tak tahu macam mana aku terminat Tok Ti ni, nak cakap aku tengok bintang RTM memang taklah, baik tengok Dragonball, Tomatoman, Sailoormoon lagi best. Aku rasa influence terbesar adalah dari Cik Puan Besar kot. Kalau ada ape2 show kat TV dan Siti perform baru dia nak tonton, kalau yang baik semua Siti, kalau yang paling merdu pun Siti, orang lain takda dah. Kalau rancangan tu takda Siti memang hilang seri. hehe.
Dulu dulu pakai keset, sekarang dah CD. Masa aku kecik, selain dari Siti punya kaset, aku hanya ada kaset Raihan dengan Senario je. Kalau sekarang CD yang ada Siti punya je, artis lain jangan haraplah. Keluar je album baru, adalah Cik Puan Besar kat Speedy belek belek CD Siti.
Nak cakap kami sekeluarga minat tak bersebab tak jugak. Tengok je lah suara dia powerful macam mana. Kalau korang tak minat dia pun, kenyataan tu tak boleh nak tukar. Paling last aku paling puas hati tengok dia bawak Lagu Untukmu dengan Lan time opening Juara Lagu haritu. Memang terbaik wok!
Pakaian dia pun taklah terdedah macam artis tutttttt dan tutttttt (bukan nama sebenar). Aku bukan lah cakap aku baik sangat tak suka tengok terdedah terdedah ni, tapi kalau aku nak jadikan seseorang sebagai Isteri suatu hari nanti mesti lah aku nak yang elok elok punya perempuan kan. Pakaian tu mencerminkan personaliti dalaman seseorang tu jugak. Kalau setakat nak dedahkan kulit belakang kau yang berdaki atau separuh lurah dendam kau yang kecik tu tak payahlah ok.
Tapi aku ada pengakuan. Aku tak pernah beli tiket mana mana konsert Siti lagi. Aku pernah tengok dia live depan mata pun time Opening Sukan Komanwel 1998. Dah berapa belas tahun tu? Cik Puan Besar, SyidaDida dengan Ira penahlah tengok dia Live time Olay punya Private Showcase apetah haritu. Aku dengan Bossumo tak boleh pergi sebab takda ticket ke atau untuk perempuan saje, aku pun tak ingat. So lepasni kalau ade konsert dia besar besar, gerenti aku pergi. Sape nak follow?
Last sekali, aku nak pesan sikit ahhh... sape nak kutuk2 dia selendang separuh free hair separuh ke, pipi tembam ke, cover cun ke, kawin sebab duit ke, Aku cuma nak korang sahut cabaran aku. Tulis 10 nama artis yang korang rasa lagi bagus dari Siti dan kenapa korang cakap macamtu. Mampu? Nak lagi susah dari segi personaliti dan peribadi.
Kalau rasa tak mampu, terimalah kenyataan yang kita semua punyai kelemahan dan kekurangan. Jangan pandang yang buruk pada diri seseorang tu lebih2 sangat, lihat jugak kebaikan dia ok!
Oh ye, jeling2 kat sidebar tu, blog ni dah ada fanpage. Sudi sudikanlah diri jadi fan okeh! Senang sikit lepasni nak plan ape2 ngan korang :)











29 comments:
cewah...aku pon minat gak,tp xda larr fanatik sgt
aku tengok LIVE MASA DIA SANDING
dia sanding tempat keje aku
ngeee
sharuls,
aku pun takdelah fanatik gila gila. tapi aku peminat setia ahh. haha.
Kapten,
oooohhh. yelah kau kerja KLCC kan. best2.
haiceh name dah ganas YobSUMO..tapi minat siti la pulak haha..tp xpe ko minatla cmane pon sbb aku sejak siti kawin ni aku kurang sket minat ke dia hihihi..
aku x minat!
waaaaaaaaaaa....... mmg peminat hardcore ar ko neh.. ehehe
tak minat, tak benci
obviously dia semakin cantik lepas kawen :)
Ian,
haha. ramai kot minat dia. kau rasa peluang kau terlepas ke sbb tu kurang minat? hehe.
Si Tedi,
tetttttttttt.
Jard the Great,
mana ade. besa2 je. tapi takdalah tak minat. minat jugak... eh kau paham ke ape aku tulis? haha.
Wanie,
hehe. itu yang kita mahukan.
pergh!!
ini minat betul ni yob
menangis dato' siti bila tau ^^
hahahha slalu menafikan minat siti,tp kalo tgk pencapaian dia mmg kagum la
sy minat siti jugak!!
tu dia..bila big fan bersuara..haha..
sepuluh terbaik
1)raihan
2)inteam
3)unic
4)hijjaz
5)firdaus
5 dah ah..hehe
nadirah_nor,
kalau lah dia baca blog ni ;)
izzahfarhana,
belambak orang macam tu. hehe. tapi takpa, sorok2 pun bolleee...
Ajwin Ajeera,
adekah kita berjodoh? ehem! teetttttt.
Solehah,
hang tak aci na! tu nasyid buleh la!
sy minat siti payung...kehkehkeh
yeay..aku pon suke gak..dpt tgok live time konsert FT ngan aizat tu..wey2, abes je aku nye sem trus g dangdut jom..lepas tu aku da blk jb dah..mmg xjmpe laa nanti..
saya sukaaaa sgt 1st lagu dia.
"betapa ku cinta padamu~~ katakanlah~~ kau cinta padaku~~"
oh ter off key!
Yela aku ngaku , siti terbaik . hahahak .
peh gila lah.
hahaha
cis kaw same jerk ngan housemate aku...
gile fanatik ngan tot ti...
saya minat fernando torres!haha
peja,
saya minat siti sipir.
Aus,
huahahaha.
siv,
part mana yang gila ni...
syaf:
ye ke. haha.
halena,
maaf ini bukan topic bola. lari topic tolak markah. haha!
pehh..gile ahk...
mcm artis dh lu ni..
ade fanpage..
minta signnnnn :P
minat jugak ngan tok ti ni..hehehe.
dia cantik sangat..
ape ni beb?
peminat siti ke?
hi yob, lama akak tak dtg, akak sukelah gambar ct yg black n white tu, mcm audrey hepburn ala2. hehehe
betul2 kita jgn cari kelemahan org lain..tak baik tuk kesihatan
yob..
ko dah buat fan club yer?gile hebat ko! cis!jeles jap aku..hahaha
yob..
ko dah buat fan club yer?gile hebat ko! cis!jeles jap aku..hahaha
hanie,
nak sign bahagian mana cik? buntut? hehe.
Liliyuli,
give me 5 baybeh!
farenova,
hehe tulah sebab saya letak gamba tu 1st skali.
C.gadis: haha besa2 je...
minat siti jugak..yezzzaa...
if beli tiket knsert siti, mau mintak kirim en yob blnje eh...hehe =p
Post a Comment