Monday, November 30, 2009

RAMBUT GERBANG

Semalam, setelah puas beraya, Yob pulanglah semula ke rumah sewanya di Taman Tadisma, Shah Alam bagi menuntut ilmu ilmu yang perlu dituntut...

Tengah syok2 Yob dan Naim online di Master Bedroom, muncul seorang manusia,

Memen: HOI semua!

Yob & Naim: HOI HOI!

Yob: Pergh, rambut makin gerbang!

Naim: Kau ingat kau chantek! (nada nada pondan)

Memen: Biasalah (sambil membabik dada), macam ORLANDO BLOOM kan.

Yob telah gelak gelak sambil berguling guling atas lantai.

Memen: Asal ko gelak, orang yang cakap macam Orlando, hero Latin tu!

Yob menyambung gelakan panahan NATES tanpa henti.

(baca: aku tak tahu sejak bila Orlando yang lahir dekat England jadi hero Latin) erk?
Okeh wanita jangan teruja tgk kulit Mr Bloom. Aku pun ada kulit.
Inilah satu satunya pic yang lebih kurang dengan Memen punya rambut. 
Tahniah Memen, memang Latin :p

Memen: Dapat line tak? (baca: internet)(baca: kami curik jiran punya :p)

Yob: Dapatlah, kau nampak kitorang tengah berdangdut goyang goyang bontot ke?

Memen: Hehehe, wei Naim semalam kakak kau tido dalam bilik ni dowh

Naim: Asal?

Memen: Dia nangis nangis kata kena kacau, aku layan kan ajalah.

Yob: Hahahahhahah tak habis habis dengan hantu dia.

Naim: Malam ni gerenti dia TAKNAK tido bilik ni sebab aku dah balik.

Memen: Habislah kau Yob, bilik kau jadi mangsa.

Yob: Gulp (-.-")

BACA: Kakak itu BUKAN WANITA tetapi NOK. Aku harap tak perlu jelaskan Nok itu apa.
Nok crush dekat Naim. Naim reject kerana Naim mahu berada di jalan lurus.

Seram bukan.

Baru2 ni, Nok telah memuji Yob yg makin kurus sikit2, dia berkata

"makin lama kau ni makin jambu kan."

erk.
saya tak sanggup.

tak tak tak saya tak jambu, saya tak hot, saya tak handsome jangan risau.

saya pendek, gemok, tak macam doktor pun.
sebab saya bukan doktor.
Naim kegilaan Nok downstairs. wink winks~

Pagi tadi, terima kasih bagi sesiapa yang mengejutkan saya dengan bau,
Seplastik Rambutan, 5 biji Baby Durian.

BILA KITA NAK MELANTAK?!!!!!!
terlupa pulak saya dah hampir hilang suara makan daging tak beragak. Durian? Balon Aja!

“I’m a Sherlock Holmes in the Making”




Two post in a day hah. Impressive! Ok this entry is specifically and purposely done to win myself a pair of invites to watch the Sherlock Holmes, the undoubted brilliant detective, on the big screen.



So,  I have to prove my wit by scattered a mystery Sherlock Holmes image (shown above) in 2 bloggers’ blogs at their sidebar. All I need to do is:
  1. Track them down and take a screenshot from their blogs (just from one particular blog is good enough) and post the picture in my blog with the title “I’m a Sherlock Holmes in the Making”.
  2. Send an email to sherlockholmes@nuffnang.com with my full name and blog URL
As I am highly trained super duper powerful detective, this task is quite easy for me. wahahahahhaa. Based on the clues below;
  1. The Land of Cheeser Dot Com (mix it a little to find the answer)
  2. KYCakap Dot Com (a little translation might help) 


      I'm able to find the Image! yuhooo!

      I need to be hurry to win:

      SHERLOCK HOLMES umbrella with Compass worth RM193
      SHERLOCK HOLMES Unisex Long Sleeve T-shirt worth RM173
      SHERLOCK HOLMES Leather Magnifying Piece worth RM118
      SHERLOCK HOLMES Post-it Notes worth RM95

      No double checking, so bye bye! ta ta! dangdut~

      Sunday, November 29, 2009

      Siapa Comel?


      Okeh entri ini sebenarnya khas untuk Contest Siapa Comel? yang dianjurkan oleh blogger Noorlaila. Alang2 dah scan gamba, aku nak buat entri guna gambar2 ini boleh kan Noorlaila?

      AMARAN! pembacaan di bawah mengandungi unsur unsur PELAT dan GEDIK tahap semut berjalan jalan di atas badan gajah. Kalau sakit mata, click nuffnang sebelum chow chin chow okeh!

      Caya Saya dilahirkan pada tanggal 22.11.1989. Pukul berapa saya tak ingat sebab Mama yang pegang surat beranak saya. Saya dilahirkan dekat Klinik Wanita Taman Tun dengan senyuman manis yang terukir di bibir. Dah lama dah saya draft post ini, sejak kecil lagi. Saya pun tak ingat siapa punya laptop saya pinjam 20 tahun lepas untuk mengarang entri ini.

      Seperti biasa, click pics untuk tumbesaran sempurna...


      Ini saat2 selepas tali pusat saya kena potong. Saya ada pusat tau, Kyle XY je takde.

      Waktu kecik kecik caya saya ada teddy bear. Biasalah saya pun nak rasa jugak peluk benda benda berbulu begini. Berbulu? otak saya suci lagi, jangan nak keruhkan. Jom lah layan gamba saya, penat Papa saya snap snap.



      Sebab saya anak kedua, Papa dengan Mama saya dah hasilkan kakak saya terlebih dahulu. Saya rasa bunting pelamin, tapi saya tak tanya pulak sebab saya pun tahu makna segan. hehe. Jadi mmg belambak lambak gamba saya dengan kakak. Saya rasa dia ni suka hang-out dgn saya dari tgk cerita Ninja Turtle atau bermain dengan Barbie.



      Bila dah lepak sama sama, biasalah mesti ada scene gaduh gaduh kan. Sebab saya ni baik dan inesen, saya agak agak kakak saya je yang buli saya, saya tak pernah. Buktinya takda gambar menunjukkan saya buli dia. Macam mana tu?


      mentang mentanglah aku ketot kau paksa aku main sep sep tom tom.
      bila aku gagal dalam usaha kau babab aku kakak. Sampai hati kau T-T

      Tapi bukan kakak saya je mendambakan untuk mengisi masa masa terluang bersama saya, semua sedara mara pun nak jadikan saya sebagai bahan mencari kegembiraan. Maklumlah, aura aura jejaka hot pada saya yang sangat kuat ketika bayi. Tak percaya? usha gamba bawah, itu baru sikit, tak muat pulak nak letak susur galur keluarga kat sini.
       

        Kak Waida - Aboi - Mak Long - Mak Ngah semua berebut rebut nak posing dengan saya.

      Dulu, waktu saya kecik kecik saya tak pandai jalan, jadi saya mengengsot ngengsot. Alah lebih kurang macam cerita hantu Indon tu lah, Suster Ngengsot. Jadi nak carik gamba saya berdiri dengan gagah, membabik dada memang takdalah, semuanya macam gamba bawah ni,

      Tapi saya agak kakak saya ni baik jugak, walaupun umur kami beza 4 tahun je, dan badan dia sekeping je, mampu jugak dia nak angkut saya pergi berjalan jalan, pergi disko, pergi dangdut, pergi pasar malam, pergi fun fair. Biasalah, kami kan muda mudi.


      kakak, aku harap gamba ni ikhlas, entah2 habis ambik gamba kau campak aku dalam kolam ikan.
      Haish, tak baik fikir buruk. Think positively Yob!

      Details
      Nama: Muhamad Syahir bin Suhaimi
      Tarikh/ Tempat Lahir: 22.11.89/ Kuala Lumpur
      Umur dalam gambar: Tak ingat tapi Mama saya kata belum 1 Tahun lagi (seperti syarat contest)
      Lokasi gambar: Rumah saya di Kg Pandan, KL dan juga rumah Atuk saya di Taman Maluri, KL.
      Model model tambahan: Kakak (SyidaDida), Makcik dan Sepupu.

      Janga lupa klik2 nuff, kanak kanak ribena ini ya!

      Saturday, November 28, 2009

      Movie Review : Ninja Assassin

      Mula mula saya nak jelaskan apa yang tak jelas.

      Dalam entri lepas, saya melawak je, saya BUKAN VEGAN. Kalau anda tidak menonton Twilight, mungkin kurang faham dengan apa yang saya tulis.

      Dan ada yang bertanya mengapa saya ditaja Nuffnang ke Ninja Assassin Premiere Screening. Saya adalah salah seorang pemenang untuk entri INI, sebab tu dijemput, bukan Nuffnang saja2 sukarela angkut saya.

      Dear Nuffnanger,
      You're cordially invited to the Premiere Screening of Ninja Assassin happening on;

      Date : 24th Nov 09 (Tue)
      Time : 9pm
      Venue : GSC Midvalley

      TWO (2) invites have been reserved under your name and email address. Kindly confirm your attendance by sending an email to ninja_assassin@nuffnang.com by 9am, 24 November. Failure to confirm your attendance in the stipulated time frame will result in your invites revoked and passed to other bloggers.

      *******


      Movie ni dah START TAYANG 26 November haritu.

      Jadi sebagai tanda penghargaan kepada Nuffnang, hari ini saya mahu tulis Ninja Assassin's Review.

      ERK. Di mana mahu start?

      Oleh kerana saya single, saya ke sana dengan roommate saya di Matrik dahulu merangkap pasangan *** sesuka hati saya bernama Im. Im ni mmg suka temankan saya sejak dia putus cinta, jadi kepada BUNGA sila take note, dia single dan available. Dia jugalah yang melayan saya berjiwang ketika concert Jason Mraz March lalu.

      Kenapa semua di atas ayatnya sungguh skema dan berbau hipokrit?
      Lupakan.

      Okeh, aku dengan Im collect2 ticket dulu pastu melantak. Biasalah, kalau kau kawan dengan aku, aku ni bersemangat ambik gamba time nak melantak je.


      Im makan claypot pabende tah, aku makan nasi goreng pebenda tah.

      Cerita ini basically tentang Raizo (Rain) (Im kata muka dia macam Faizal Tahir) yang nak balas dendam dekat Ozunu yang latih dia jadi Ninja Pembunuh dari kecik. Dia nak bunuh Ozunu sebab Ozunu ni bunuh 1st love dia yang try to escaped dari tempat training Ninja tu. 1st love dia ni gatal sebenarnya, ada ke dia suruh Raizo letak telinga dekat breast dia untuk dengar heart beat dia. Ish ish ish, Raizo pun apa lagi, feeling lebih lebih la :p

      Pastu dalam misi balas dendam dia, dia jumpa Mika (perempuan nigger) (Im kata muka dia macam Oprah Winfrey) (Aku setuju, anak dia barangkali) yang gayanya macam Police-Gempak-Gila yang rupa2 nya dia ni pegawai-forensik-je-yang-tak-ubah-seperti-librarian. Pistol pun takda. Mika ni nak kena bunuh dengan Ninja Assassin lain sbb dah banyak dia siasat dan tahu tentang pembunuhan rahsia ni.

      Cerita dia agak slow nak sampai climax tapi aku puas hati. Rain punya badan, dan skill Ninja yang dia tunjuk sangat convincing. Ninja dia muncul dari shadow, dan cara dia main dengan shadow tu sangat menarik bagi aku.


      aku punya badan dgn Rain pun lebih kurang je, tapi aku tak menunjuk.

      Kalau anda wanita ayu dan gojes, cerita ganas ganas cemas cemas darah darah begini mungkin tak sesuai ditonton seorang diri, kalau perlukan teman boleh calling2 aku :p

      Cerita ni kelakar gak, memang ada scene yang aku tergelak gelak, macam Mika menipu Raizo pasal size seluar dia. Hangpa tengok baru paham, pergilah ok! BEST!

      So aku kasi 4 Bintang!


      Terima Kasih Nuffnang, lepasni kasi ticket gi Disneyland Hong Kong pulak!


      Click Nuffnang ku ya!

      Thursday, November 26, 2009

      Ucapan Kejadian


      SELAMAT HARI RAYA KORBAN

      MAAF UNTA, LEMBU DAN KAMBING.




      ikhlas dari,
      YobSumo si Vegetarian
      -Saya Vampire, tapi tak hirup darah manusia, tapi makan lembu sebagai ganti-


      ~ korbankan diri dgn click nuff!

      Wednesday, November 25, 2009

      YobSumo Bersunat Steady je...

      Maaf kerana tak sempat kunjung semua blog yang komen di sini harini. Pagi sampai petang kelas pack. Malam pergi ke Ninja Assassin Premiere Screening. Thanks to Nuffnang yang menaja aku, movie itu memang best. Reviews Ninja Assassin after Raya Haji lah.

      Seperti yang dijanjikan semalam,

      Bila dah bukak topic berkhatan ni biar aku share2 lah sikit pengalaman kepada sesiapa yang tak pernah melalui isu isu lelaki macho ni.

      Aku kena sunat waktu darjah 5. Standard lah umur tu. Aku masa tu tinggal kat Kg Pandan, KL. Sunat di Klinik Kita Cawangan Angsana Hilir. Aku memang jiwa budak budak lagi time tu, tak dewasa sungguh. Masih lagi main pintar pintas dengan adik aku. Tak kool langsung. Waktu berkhatan, sakit dia sikit je tapi aku rasa lepas berkhatan tu yang sakit lagi. Recovery process dia makan masa lah jugak.

      click pics untuk tumbesaran...


      hehe, kain pelekat purple tu cantik kan. Panjang dalam tu, sbb tu kena ikat tinggi2 (rahsia lelaki)


      Yang paling aku ingat beberapa hari lepas khatan, balutan di anu tu perlu dibuka dan anu perlu dicuci. Disebabkan aku takda adik beradik lelaki, Bossumo lah yang uruskan semua. Dengan penutup mulut bagai bagi mengelakkan jangkitan kuman, Bossumo kelihatan sangat over ketika itu.


      SyidaDida busy menyarungkan glove di tangan bidan kampung


      Pedih wo bukak tu, korang tahu kan berkhatan tu buang kulit bahagian kepala cendawan tu? So bayangkan setelah kulit dibuang/dijahit, yang togel sebelah dalam tu bertemu dengan pembalut dan melekat dengan darah yang beku. Tak ke sangat ngilu, pedih tu. Betul2 rasa nak tutup telinga dan mengetip ngetip gigi walaupun tak tahu apa kaitannya.


      Proses pencucian menggunakan Clorox + DAIA dimulakan. Adik aku dok usha je.


      Aku jalan jalan pergi restoran bangga je pegang kain pelekat. Dah lah tak ikat, kalau terlepas, trauma semua orang (baca: besar sgt :p). Orang kat restoran semua tengok je aku berjalan membuatkan perasaan selebriti hot aku membuak buak. Bangga je berjalan sambil melambai lambaikan tangan. Yang last tu aku menipu, kalau aku lambai sapa pulak yang pegang kain aku?

      Waktu nak pergi sekolah pakai spender pun tak larat beb. Pedih. Tak sakit tapi pedih. Waktu kecik kecik manalah pakai boxer ni semua, kalau pakai spender tersepit je anu yang pedih tu. Karang tak pakai, anu aku terzip pastu darah terpancut pancut sapa nak tanggung? Bila semuanya dah baik oklah. Gembira lah aku main polis and thief tanpa gangguan. Aku pun mula makan tak beringat.

      Tak lama lepas aku sembuh, ada seorang kawan aku bersunat. Aku ingat lagi nama dia Noriman. Dah lost contact dah mamat ni. Dia jalan semacam je, bila seluar sekolah dia terkena anu, mesti muka dia berubah. Kesian beb. Yang lagi kesian aku main apetah dengan dorang dorang ni, aku terpukul bahagian anu dia. Adussss. Terduduk budak tu. Nasib baik dia tak nangis. Aku rasa bersalah sampai sekarang wei. Noriman kalau kau membaca aku minta maaf ya.

      Mesti korang frust kan tak dapat tengok anu?

      Ini bukan blog lucah, itu fakta. Jangan cuba goda Bossumo, peringatan buat Bunga.


      Jangan lupa click nuff aku ya!

      Tuesday, November 24, 2009

      Nak Sunat ke Nak Lari?

      CLICK UNTUK TUMBESARAN


      Sumber: Mingguan Malaysia, 22.11.2009


      Dah baca keratan akhbar tu?


      “Bagaimanapun pelajar tahun empat itu tiba-tiba membatalkan hasratnya kerana terlalu takut setelah melihat perubahan pada kemaluan rakannya yang telah disuntik dengan jarum berkenaan”

      Boleh aku tanya, macam mana rupanya bentuk anu selepas disuntik dengan jarum tak? Adakah ia mengecil? Atau kepala cendawan (sumber: Ah Fatt) itu makin membesar? Warnanya pula? Waktu aku sunat dulu takda pulak aku sebok sebok nak tengok, rugi pulak rasanya sekarang tak cukup ilmu...

      Macam mana lah budak tu terlepas sampai boleh tengok anu kawan dia sendiri. Manalah tak kecut perut. Kawan dia tentu malu malu ayam, anu nya diperlihatkan. Wink winks~


      “Kerana terlalu takut, dia juga terbaca doa untuk makan”

      Ini lagi serious. Budak ni dah ke arah kesesatan di dunia ni. Tapi kalau nak ikutkan aku pun tak tahu doa untuk berkhatan. Ada ke?



      Esok aku nak share lah pengalaman manis aku sunat dulu2. Letak dua tiga gamba lucah orait jugak kan.

      Ada sesiapa boleh jawab soalan2 aku tu? please... curiosity telah menguasai diri.

      Monday, November 23, 2009

      Cheng Ho Islamic Seafood Restaurant

      Terima kasih kepada semua yang memberi wish di blog, facebook, sms semalam. Maaf tak boleh reply dengan cepat, Streamyx buat hal lagi. Cit! potong  betul! Ini rasa nak beli broadband ni.

      So semalam ada celebrate kecik kecik kat Cheng Ho Restaurant, Wangsa Maju. Ni kali kedua aku makan kat sana. Restoran ni dimiliki oleh Rock Legend, Amy Searh. Makanan dia more to Oriental/Chinese cook food. Memang sedap dan berbaloi baloi. Jom aku recommend apa yang korang patut order kalau nak makan kat sana.

      UPDATE
      as requested,
      Cheng Ho Islamic Seafood Restaurant,
      No 15 & 17G, Jalan Wangsa Delima 10,
      Block 3B, Titiwangsa,
      Wangsa Maju 53300, KL
      (dekat dengan Carefour, new shop lot)

      Tel: 03-4149 6094 (7 orang ke atas boleh book table)


      View Larger Map

      Ok ambik mood Jalan Jalan Cari Makan...

      Cuba Menjiwai Maria Tunku Sabri...



      Spicy White Prawn (nama sebenar aku tak ingat)
      Pedas, masam manis sikit
      4 Stars
      Size Medium: RM 40.90


      Fried Tofu Sizzling
      Gravy dia sedap!
      3 Stars
      Size Medium: RM26.90



      K.Po Fried Chicken with Cashew Nut
      Rasa dia unique. Tak reti den nak describe.
      4 Stars
      Size Medium: RM 36.90


      Salted Egg Crab
      TERBAIK! salted egg + butter(maybe) + special ingredient I guess.
      5 Stars
      Size Medium: RM 45.90

      Thanks to Bossumo and SyidaDida yang belanja!

      Overall Evaluation
      Kebersihan : BAIK, dapur aku tak check pulak
      Service: BAIK, Waiter mesra biasa biasa, Uniform yang bersih dan seragam, Makanan yang cepat sampai.
      Harga: TAK MAHAL TAK MURAH. BERBALOI DERIA RASA DENGAN HARGA.
      Jumlah kalori: TAK TERKIRA.

      KONKLUSI, PASTI AKAN REPEAT MAKAN DI SINI!


       
      Muka poyo menahan se'eh selepas makan. Tak jumpa Amy, brother Jepun ni pun ok.
      Ikutkan hati nak buat gaya penguin, tapi kena cover beb, ramai orang, nnt reputasi jadi bisu.


      Semalam aku terharu, instead of buat tag, ada orang buat "maya card" untuk aku. Siap ada special entri wish birthday aku, nak tgk? click SINI.

      Thanks to IzzahFarhana untuk maya card dibawah!


      hehehehehe...


      Cita cita nuffnang aku sebulan dah boleh cash out tercapai! terima kasih kepada yang click click.
      Click lah lagi ya!

      Sunday, November 22, 2009

      Ini Entri Luar Biasa

      Lama sungguh tak kena tag. Kalini di tag oleh Liyana.

      1) Write five (5) interesting facts about the person who gave you this award

      Nama dia Liyana.
      Dia muda lagi, cute cute orangnya.
      Rasa rasanya dia dah berpunya, jadi kumbang sila cari bunga lain ya, banyak lagi.
      Blog dia menarik, dia cerita pasal artificial egg la, itu la inilah. Kiranya macam blogger yang berinformasilah.
      Dia cikgu Fizik, dia garang, mata dia tajam, dia kantoikan murid dia meniru. Good Job!


      2) Jot down ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies

      Nama dia Yobsumo bin Bossumo tapi dia takda kaitan dengan sukan lasak SUMO.

      Atuk sebelah ayah keturunan JAWER, Nenek sebelah ayah keturunan MINANG, Atuk sebelah emak dia tak dapat dikesan asal usul, Opah sebelah emak keturunan CINA.

      Dia boleh berbahasa Minang, Jawa dan Mandarin. Itu tipu semata. haha.

      Dia homeboy atau Bahasa Melayunya Anak Emak. Kesimpulannya, dia memang baiklah dan sesuai di buat menantu, ada emak2 yang nak jadikan saya menantu? ;P

      Dia tak pernah bercintan cintun. Bukan taknak tapi dia penakut. Semua yang rapat, semua jatuh dalam ketegori kawan baik. macam mana tu? haish.

      Dia bukan jenis mesra 1st time jumpa. Take time juga. Dia takda berjuta kawan, kerana 1000 kawan yang betul betul baik, masuk kepala otak, dan dia menjadi diri sendiri sudah mencukupi. Tapi kalau dah rapat habislah, mungkin baru tahu yang dia agak lucah sini dan sana.

      Dia memakai cermin mata sejak Darjah 2 bukan sebab membaca tapi banyak sangat tengok TV. Cermin mata pertama dia ada logo gambar Power Rangers! Terbaik wookk! Jalan bangga je.

      Dia minat gila Forensic thingy. Kalau boleh memang dia mahu belajar di bidang itu walaupun peluang pekerjaan dekat Malaysia limited. Tapi dia dihalang Bossumo kerana crime scene bukanlah tempat yang terbaik untuk bekerja. Dia pasrah.

      Dia malas shave jambang. Dia rasa kalau tak shave nampak lagi tua. Tapi member dia cakap tak shave nampak selekeh, masam, tak mandi. Jadi dia shave juga.

      22.11.1989 dia lahir. Harini tarikh berapa? heehee... Umur dia 20 harini. Nuffnang telah memberinya hadiah korang bila lagi? Ingat lagi entri Ninja? aku menang dua ticket pergi Ninja Assassin Premiere Screening ! malang sekali dia tiada awek untuk diangkut sekali dan melalui saat saat seram bersama. Sapa boleh hantar aku balik ke Shah Alam dari Mid Valley Selasa ni? JOM!


      mahu baca? click SINI

      3) Pick your ten (10) most deserving recipients and describe them

      Aku tahu bukan semua blogger suka buat tag ni kan, so aku list je tapi kalau taknak buat takpa beb, wa tak kecik kecikkan atau guris guriskan hati sendiri. Sakit woooo. Sapa lagi yang nak buat bagitau je, aku ubah peraturan dia, "Rules are made to be broken" right?

      IzzahFarhana yang baik gila click2 dan suka kasi Tutorial berguna
      i'msosupernotcool yang sebenarnya i'msosuperdamncool!
      MimieCandyCane yang tak dapat balik raya walaupun pangkat tinggi beb!
      Khairi yang berjiwa muda dan ayah kepada Absyar yang comel dan bermata bulat.
      Ijau yang comment pendek2 tapi aku selalu perasan dia ni.
      Ah Fatt yang femes, aku tak rasa dia akan buat tag tapi dia mmg KOOL dan gay!
      Solehah yang layak dengan namanya dan penuh dengan nasihat, aku suka.
      avid gunner yang tulis ala ala pipi, yang mengaji di Indon, yang fanatik Arsenal.
      Hanie yang bercita cita tinggi dan bekerja di tempat menggigil gigil.
      Kawie2020 yang semakin bertukar cara penulisannya, takpa tetap best!

      4) Leave a comment on the recipients' blog to tell them they've been tagged
      Aku tahu korang baca, tak payah kasi tahulah ye, paham2 sendiri. hehehehhe.

      5) Paste the award badge in your sidebar
      Takda lah masa aku nak buat award badge, makan kek coklat inti pisang atau main hide and seek ngan  budak umur 2 tahun lagi best. maaflah.


      Marilah menghadiahkan YobSumo dengan mengklik nuffnang sampai lebam!

      Saturday, November 21, 2009

      Pertama Kali.

      Maaf, sepatutnya entri ini di up kan malam tadi, tapi sebab "potong, potong, potong" segalanya terbantutttttttt. Maaf juga tak sempat menghabiskan blogwalking ke blog2 yang mencampakkan comment di sini ya.


      Kagum sungguh aku melihat pengorbanan seorang wanita yang menjemput wanita lain untuk bersama berkongsi kasih seorang suami. Nur Kasih berjaya menggarapkan situasi ini dengan baik sekali. Secara tidak langsung cerita ini mengangkat darjat seorang wanita. Benar bukan? Kalau di lihat pada sudut negative, ya Sarah itu adalah minah jahat dalam cerita ini, tapi melihatkan rasa cintanya yang tak berbelah bahagi menunjukkan bahawa cinta seorang wanita itu sangat luhur. Setuju?

      Lelaki? Haha memang kita dah tahu lelaki ni baik baik. Lebih lebih lagi bloggers, semua macam Aidil Nur Kasih. Betul tak kawan kawan?

      Tips Nuffnang: SEO untuk Nur Kasih sangat tinggi. Tak percaya cuba test try.

      Semalam lepas aku Solat Jumaat, ternampak pulak blogger Wanie_San dengan gamba2 baru.




      Kreatif sungguh gambar gambarnya sekreatif dia menggunakan bahasa Ganunya...

      Lantas, aku mencabar diriku untuk menandingi gambarnya.
      Tapi aku lebih dasyat, aku cuba menggabungkan dua gambar ini dalam single picture.

      Dan hasilnya.....






      Walaupun TAK BOLEH menandingi Wanie_san, kira dah oklah ni kan? ada cahaya bling bling, ada bulatan jari.


      Ok di atas ni semua Intro, takda kena mengena dengan tajuk pun. Panjang gile intro ye, sempat jugaklah memutuskan 2-3 utas bulu ketiak, sambil membaca intro ye tak? Isi tersuratnya di bawah,



      click untuk tumbesaran...


      Pertama Kali mendapat result begitu...
      Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Aku insan biasa yang suka berkongsi rasa gembira.
      Puji pujian diminta awal2 supaya tidak diberi. Aku manusia biasa yang ada cela dan bisa lupa diri.

      Doakan supaya CGPA aku maintain ya, boleh aku convert loan MARA ke scholarship MARA.

      Jadi apa lagi kawan kawan? mahu berdangdut? ayuh!


      click nuff!





      Friday, November 20, 2009

      Surat ***

      Kehadapan sahabatku Alan Khan,

      Rasanya tak pernah pulak aku panggil kau dengan Khan itu. Saja aku mengutuskan surat ini menggunakan perkataan Khan kerana Khan yang aku tahu semua famous2 kecuali kau. Mula mula aku bertentang mata dengan mu, hati ku berdebar debar. Bukan kerana matamu yang cantik tapi kerana memandang 3 abang mu seperti pengawal keselamatan menakutkan aku.


      Jelas sekali aku tidak melihat matamu. Bukan, kau bukan Irwansyah :p

      Kau ingat lagi kali pertama kau cuba menghampiri diriku ini, kau buat2 tanya soalan math yang obviously aku tak reti jawab. Pandai kau kan nak menunjuk pandai. Aku tahu kau nak mengorat aku, aku sengaja buat buat tak tahu, maklumlah jual mahal. Walaupun kau tak buat tutorial, pointer kau still above 3.5. Aku tak tahulah kau jumpa bomoh mana tapi kau memang pandai. Namun begitu, gembira  rasanya dapat mengalahkan Chemistry kau(sempat lagi aku nak up-kan diri sendiri) Senyuman Kambing Berlagak disitu.

      Kau wakil matrik main tenis, kau wakil matrik public speaking tapi kenapa kau tak pernah nak ajar aku semua benda tu? Aku tahulah aku punya English kampung kampung, "Where got?" je aku suka guna, sangat kampung. Tapi kau tak pernah nak speaking dengan aku macam "how you feeling today" ataupun "morning dude!". Asik asik "syiallll" je keluar dari mulut kau. Boring I!


      mulut style nigger ni je yang kau ajar aku. kenapa hampeh sangat?

      Kau tahu kenapa badan kau macam papan? Walaupun kau main tenis lah, itulah inilah, badan kau tak berketul 6 pack sebab aku bomohkan kau. wahahahahahahha. Gila apa aku percaya benda2 khurafat tu, takdalah I gurau gurau manja dengan you je. Aku tahulah dulu aku lagi gendut dari sekarang, mungkin aku bukan tandingan kau, sebab itu kau taknak ajak aku kan? Ke aku yang taknak ikut? hahaha. Maaflah aku yang lebih gemar mendugong, menonton Taylor Swift berbanding mengeluarkan peluh. Weh! Matrik aku takda internet so no Redtube, jangan salah sangka. Aku baik :)


      Alan Khan beraksi!

      Dikesempatan ini juga aku ingin memberi ucapan kepada Nasrul Hakim. Kenapa ucapan Nasrul Hakim di dalam surat Alan Khan pulak ni? pelik sungguh. Memandangkan ini surat online, bolehlah aku sekalikan surat korang berdua, jimat setem. Ekonomi tak stabil sekarang. Presiden MCA pun sedang menggila kelang kabut. Barack Obama aku tengok kool je pulak. Tak paham den.
       

      Maafkan aku hakim, kenyataan kau belajar jauh tak byk gambar kita lepas Matrik.
      Kalau adapun semua gambar kita berdua melantak. Nampak lahap, hilang kacak.

      Kenyataan kami pelajar Sains Hayat, 4 lelaki sahaja yg berjaya menghabiskan pengajian.

      Kepada Nasrul Hakim atau nama lainnya Patrick yang digunakan di Kampung Bikini Bottom yang nun jauh di Al-Azhar aku ingatkan kau potong salur darah tu elok elok ya. Kau jangan asyik ulang adegan adegan laga laga perut kita dahulu. Eh terlepas pulak. Aku sebenarnya miss dengar kau kecek Kedah yang pekat gila babeng tu. Bilalah kita dapat ketemu lagi.


      OK sebenarnya kawan kawan semua, ini bukan surat gay. Alan dan Nasrul Hakim adalah kawan aku di Matrik. Alan di bilik, Hakim di kelas.  Jadi kenalah puji puji mereka sikit.

      Alan adalah seorang yang gembira dan open minded juga kelakar. Dia juga jenis yang mempertahankan persahabatan, dan itu yang aku paling suka. Suara Crazy Frog dia aku tak suka walaupun suara aku 2x5 macam suara dia.

      Hakim masuk air, namun dia adalah jenis sahabat yang berguna dunia dan akhirat. Untuk orang yang masih lemah agama seperti aku, dia boleh dijadikan sumber rujukan walaupun kami sering berlaga laga perot. Eh, terlepas lagi.

      Hari ini tanggal 20/11/2009 adalah hari lahir yang ke-20 mereka berdua, Happy Birthday diucapkan kepada kedua dua silent reader ini. Pesanan aku untuk mereka berdua, SILA INGAT 2 HARI LAGI ADA APA OK! kalau tak ingat aku bunuh gunakan paku 20 laras. Ada faham? Ini bukan ugutan main main. Ini SERIOUS.

      tandatangan sebelah kiri ke kanan ek?

      click nuff!

      Thursday, November 19, 2009

      Review Blog Melz

      Entri dibawah ini khas untuk Quiz Melz. For New Entries, please scroll down.



      Blog Melz Best kerana ... dia tak kedekut ilmu, dia suka kasi tutorial dan dia adalah blogger paling meletop! kebaaabommmm!


      Blog Melz Tak Best Kerana ... kuiz dia berjela-jela, MelzPoint aku masih sikit, adakah diskriminasi menjatuhkan aku? reputasi menjadi bisu.


      try lah, senang je nak menang!

      Lelaki di Atas Awan

      Macam mana kawan kawan, cukup sastera tak title aku tu? aku ciplak dari satu lagu tu, tak dengar pulak lagu sapa, tapi ingat tajuk dia je. hehe.

      Seronok aku melihatkan mix reaction dari entri yang sebelum ini. First time aku dapat sepanjang kerjaya aku sebagai seorang blogger. Kau tengok sekarang dah ada "kerjaya". Haha! Sebelum aku post entri tu memang aku tahu ia akan mengundang sedikit kontroversi. Tapi sampai bila pula mahu holding back je kan. Asal ia tidak melampaui norma norma kehidupan sudahlah.

      Pelajar di Terengganu dan Kelantan yang mengambil SPM, aku sangat bersimpati dengan kamu semua. Terpaksa meredah banjir untuk menjawab exam. Demi menghargai penat lelah kamu semua, aku sediakan pantun dua kerat untuk korang semua,

      Air lopak keruh warnanya,
      Tabahlah korang dengan dugaannya.

      Air banjir deras geraknya,
      Dah habis exam lompatlah kepadanya.

      Berenang renang dibawah titi,
      Janganlah noti noti!

      Aku sedar yang sastera aku hampeh. Kalau nak gelak buat secara berjemaah, lebih afdal.


      Timbalan Presiden MCA, Ketua Wanita MCA, Ketua Pemuda MCA semuanya dipecat. Makin menggila Presiden MCA itu. Lantak depa lah. Tapi agak bodoh di situ Presidennya, konon kononnya nak buat pelan perpaduan. Entah mana perginya pelan dia tu. Mungkin dia tersalah melukis pelan rumah baru tanpa disedari.


      Maaf entri tak berkonsep ini adalah entri ucapan bye bye kepada semua pelajar IPTA yang baru mula bercuti, kerana aku perlu mula belajar. Aku dalam keadaan yang sgt jealous kepada kamu semua. Jadi aku decide,


      nasi goreng kampung : nasi goreng pattaya : mee goreng : behun goreng singapore : fries : nugget

      Untuk memakan makanan empat musim ini supaya hilang stress. IKUTKAN PEROT, BADAN MERANA. Sila jangan contohi aku ya kawan kawan.

      Dan juga terima kasih kepada Solehah kerana menobatkan aku sebagai pemenang untuk 3 quiz berangkainya! Hadiah dia? Solehah kata seekor Lembu untuk Raya Korban hahahaha. Hadiahnya dirahsiakan selain hadiah yg dah dinyatakan dalam blog dia. "as-sabru minal iman" itu kata2 dia dalam email.

      Akhir sekali, sepanjang aku bercuti semester kali ini ramai blogger yang aku kenal. Dari followers tak sampai 20 sehingga 100 malam tadi. Follower ke-100 adalah iyllienaz! Apalagi kawan kawan, pergilah ke blognya dan ucapkan tahniah! Pasti dia pelik. hahahahaha.

      Terima kasih juga kepada bloggers seperti  Noorlaila, IzzahFarhana, Ijau, MiszLuna dan Ah Fatt yang secara sengaja atau tidak sengaja mempromotekan blogku ini dengan membuat backlink ke blog ini dalam entri mereka. Mana mana bloggers yang aku terlupa jangan lah berkecil hati tetapi ingatkan lah aku ok.

      Sudah sudah lah ucapan syok sendiri untuk sesi tengahari ini. Baik korang bergoyang goyang keliling rumah atau office dari mendalami dan menyentuh perasaan sendiri dengan entri yang tak semenggah ini.



      Nuffnang aku dah nak cukup sebulan Isnin minggu depan. Lagi RM10 unt cash out yg pertama. Tolonglah click nuffnang aku byk2 kali ye :)

      Wednesday, November 18, 2009

      Gudang Garam itu berbau Brad Pitt

      Aku masa form 4 tahun 2005, aku pindah sekolah dari KL ke Putrajaya. Aku masuk SMK Putrajaya Persint 16(1). Aku dah agak dah sekolah baru macam ni, mesti lab dia bergaung gaung suara....

      Kalau cakap "hello" dia jadi panjang "hellllllllllloooo hellllllllllllllooo hellllllllllloooo"
      dah macam lagu Beyonce.

      Kenapa bergaung? mestilah sebab apparatus dia ciput. Aku rasa lab dalam cerita Tarzan tu lagi up. Aku malas cerita details, tapi masa form 4 ngan 5, rasanya cukup aku bagi tahu untuk Fizik kami hanya buat eksperimen troli yang kita gelongsorkan, pastu keluar tetek tetek. Bunyi dia memang macam haram. tet tet tet tet tet. try cakap laju laju.

      ok kita ulang lagi sekali, tet tet tet tet tet tet tet tetttttt. macamtulah.


      lebih kurang begini lah rupa eksperimen troli tet tet tet tet


      mintak maaflah. cerita pengalaman manis macam ni aku emo sikit...

      Dalam masa dua tahun aku menapak kat sekolah tu, 3 cikgu Fizik ajar kelas aku. Bunyi hebat kan? haram tui tui je sebenarnya. Cikgu 1st nama dia Suzana kot, oklah diani, 40-an, bertudung labuh, ada gaya otai Fizik la. Dia ajar kejap je dia nak pindah.

      Masuk cikgu baru, muda, gebu, gempal sikit nama Rogayah (bukan nama sebenar). Dia ni kangkadang kelakar, kangkadang emo tak beragak. Eksperimen troli tu dia lah yang buat. Dia selalu cakap kami salah, tapi dia tak reti explain kenapa salah. At last, dia berpindah sebab nak kawin dan ikut hubby dia.

      Ok, yang last ni paling tak boleh belah, Cikgu Othman (bukan nama sebenar). Othman ni kalau kelas 2 Jam, 1 Jam terakhir baru dia datang sambil berjalan laju laju mengejar masa. Bila dia masuk kelas, pergh bau Gudang Garam dia kalahkan semua bau bauan lain dalam kelas tu. Kau pakai lah perfume Dunhill Desire Blue ke, CK IN 2U ke, Vera Wang ke, kau tetap tak boleh tanding bau Gudang Garam kat baju dia. Ini kes kena bukak tingkap punya, kalau tidak mati kelemasan.


      rokok termurah. betul kan? maaf jika salah
      saya menyokong Tak Nak! Rokok.
       
      *kepada yg tidak berapa tahu, Gudang Garam ini satu rokok yg keras dan bau dia sangat kuat berbanding dengan rokok2 di pasaran. Selalunya Gudang Garam ini diseludup masuk dari Indonesia, sbb tu ia lebih murah.

      Cikgu Othman ni bila datang lambat, alasan selalu dia, "saya minum pagi kat kantin tadi tak perasan dah lambat pulak" kadang kadang dia tambah lagi "jam saya mati" atau "handset saya habis bateri tak boleh tengok jam". Tapi alasan dia yang paling tak boleh aku lupa sampai aku mati, "saya pergi Petronas tadi buang air, toilet guru takda air". Wallahualam nak percaya ke tak.

      Aku menulis di sini bukan untuk memburukkan guru guru tersebut dan memburukkan sekolah lama aku. Erm, sebenarnya yang sekolah tu aku sengaja nak orang lain tahu, bukan sekolah kat Putrajaya ni tip top semua ye. Pada guru yang membaca (aku tahu ramai) janganlah anda berperangai sedemikian. Kalau murid tanya, bagilah jawapan paling se bagus, se terbaik, se rigid yang mungkin.

      Jauh di sudut hati aku, aku rasa Cikgu Othman ni kuat pergi berdangdut. Terjumpa boleh wink winks.

      *Namun begitu terima kasih diucapkan kepada semua guru yg pernah mengajarku
      (setelah ditarbiah oleh Solehah)

      nuff click2 macam biasa (>_<)

      Tuesday, November 17, 2009

      Panties baru? eh eh salah.

      "Tengok muka pun dah tahu, mesti 8A punya!" itulah ucapan guru Sejarah aku, Mr Lam Kok Hong ketika aku bersalaman dengannya bagi upacara meminta restu sebelum peperiksaan PMR.

      Tapi apa yang dia tak tahu, aku belajar 3 hari sebelum exam. Sejarah, mintak maaflah...

      Last last aku dapat 6A je... Sejarah tentulah B


      Cikgu Tuition aku pernah ingatkan "PMR itu ibarat tisu murah yang boleh dikoyakkan bila bila masa sahaja manakala SPM adalah ibarat kotak cardboard yang lebih sukar untuk dicarik carikkan, jadi kamu jangan leka dengan result PMR kamu yang bagus tu, tak boleh bawa kemana pun"

      Tapi  apa yang dia tak tahu yang aku masih leka, belajar seminggu sebelum exam...

      Last last ambik kau! timbul 1C, Fizik.

      Sukses sangat...


       

      tak, bukan aku yang jawab begitu... aku masih waras.


      Aku sebenarnya nak bagi nasihat hati ke hati dekat budak budak ambik SPM esok tapi berdasarkan cerita di atas, aku rasa mereka TAK ANGKAT POT pun dengan nasihat aku. Sedih pulak.

      Ok apa yang aku boleh ingatkan,
      1. Guna sharpener asah pencil 2B korang malam ni nak bulat bulatkan jawapan dan tetekkan apa yang patut. Jangan esok guna guna gigi sudah.
      2. Pen wajib check dakwat, kalau habis refill dengan ink marker pen. Barulah pekat sikit. Kalau emergency cari arang kat kantin sekolah. Mesti banyak sisa sisa arang dari BBQ jamuan akhir tahun kan.
      3. Pastikan duit, beg, deodorant, perfume semua setempat. Manalah tahu korang terlambat esok pagi takdalah terlupa nak pakai semua bendalah tu. HA! Terlupa? adusss exam sampai petang, habislah bau bauan korang kat seluruh dewan. Super not kool.
      4. Tak payah guna benda baru baru. Pakai baju lama, kasut lama, panties lama, spender lama, stoking lama, kasut lama. Kalau pakai yang baru mulalah nak menunjuk. HAK EN TE! kau ingat panties baru gamba kartun Mermaid kau tu cantik sangat ke? orang lain tak heran lah...
      5. Akhir sekali, mulakanlah apa apa paper dengan bismillah dan doa Qunut. Ketika buntu berselawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Amin.

      ALL THE BEST TO THIS YEAR SPM CANDIDATES INCLUDING MY SISTER.

      TAKPE AKU TAK KISAH KAU KALAHKAN AKU, KAU PANDAI AKU BANGGA sikit.

      ESOK SEJARAH? hah subjek benci benci aku seumur hidup. Menyampah I! erk geli geli.


      mari bernuffnang sambil tonggek tonggek!

      Tolong Vote Aku Boleh?

      Sticky Mode for 24 Hour . For New Entries, Scroll Down

      Nak mintak korang TOLONG VOTE untuk picture ni boleh tak?

















      Kalau sudi, pergilah ke Bulan Itu Aku.

      Aku punya picture no8. So kat comment entri tu vote la,

      tempat pertama: 8
      tempat kedua: sukahati korang
      tempat ketiga: sukahati korang

      Tapi ingat jadi follower dia dulu ok!

      Vote anda kepada saya didahulukan dengan ucapan Terima Kasih!

      okeh scroll down!

      Monday, November 16, 2009

      Pullman Hotel

      Pelikkan nama tu? aku sendiri tak suka. Dah la kat Putrajaya, kasi lah nama Melayu sikit, Ali Hotel ke Rafeah Buang Hotel ke. Adalah nampak appreciation to the oldies sikit. haish....

      Ok, entri kalini taknak menulis banyaklah, letak gamba2 pulak. Ini gamba haritu waktu tolong Mein Melon buat Pylon Design dia. Sambil menyelam melihat batu karang, kami berjogging lah disekitar Hotel sambil snap snap pictures.


       
      ya, ini di Malaysia, di Putrajaya. Cantik kan.


      ha ini Lotus Wing, Oriental Concept


       
      aku tangkap dua dua ni tapi Mein tak suka. Aku sedih. haha.


      ha, kalau rasa nak feel feel mandi laut datang lah sini.
      tapi laut dia berlumut la. Hijau ya.




      So, rasanye cukup tak aku promote Pullman Hotel ni? Ahh! aku bukan nak promote hotel ni pun, mahal tak terkata. Macam tak berbaloi baloi. Tapi kalau hangpa nak tengok gamba lain lain buleh click SINI

      Sebenarnya hari itu dimulakan dengan tidak bagus.
      Masa2 bersukan lah aku nak merasa pakai contact lens, buleh pulak buat hal, tak nak stick kat mata. Adakah mata aku membesar pagi itu kerana menonton The Reader malam sebelumnya? ehemm... Tak itu bukan cerita blue.

      Dekat Pullman Hotel pulak ada adegan soal menyoal oleh Pak Guard kerana kami dengan sesuka hati ambik gambar without permission. Tapi Pak Guard dah terlambat. Kami lebih cekap.

      Ok Mein Melon ni sebenarnya student Creative Multimedia. Samalah macam kakak aku, SyidaDida (aku kena tulis nama dia nak kasi hangpa jenguk2 kristal dia). Free2 hangpa semua check out la Mein Melon punya blog, Melonic Maniac. Colourful wooo, wa suka, pernah masuk 8TV Night Live. Mein Melon pernah di interview kat REMAJA untuk blog dia lagi satu I Are Talk, where she is one of the authors.

      alang2 Mr Clive tanya pasal entertainment,

      haha, aku tahu dia suka berdangdut macam aku tapi berdangdut dalam Wii Room lagi best siotttttt! Kalau tak tahu Wii tu apa, tanya Dr. Google ok!


      So Bulan Itu Aku, gamba2 kat sini rasa rasanya layak tak masuk pertandingan tu? Ke ini kira pro.

      Okeh, how u guys feeling today? U should click my nuff ad to feel better. Believe me.