Saturday, October 31, 2009

British English vs Malaysian English

Who says our English is bad?
Ours is simple, short, concise, straight-to-point, effective, etc etc.


WHEN GIVING A CUSTOMER BAD NEWS,
Britons: I'm sorry Sir, but we don't seem to have the shoes you want in your size, but if you give me a moment, I can call the other outlets for you.

Malaysians: No Stock lah.

RETURNING A CALL,
Britons: Hello, this is Jonathon Abraham. Did anyone page for me a few moments ago?

Malaysians: Hello, who page ha?

ASKING SOMEONE TO MAKE WAY,
Britons: Excuse me, I'd like to get by. Would you please make way?

Malaysians: S-kew me.

WHEN SOMEONE OFFERS TO PAY,
Britons: Hey, put your wallet away, this dinner is on me.

Malaysians: No-needlah, me pay me pay.

WHEN ASKING FOR PERMISSION,
Britons: Excuse me, but do you think it would be possible for me to enter through this door?

Malaysians: (pointing the door) can ar?

WHEN ENTERTAINING,
Britons: Please make yourself right at home, anything you need just ask me.

Malaysians: Don't be shy, lah!

WHEN DOUBTING SOMEONE,
Britons: I don't recall you giving me the money.

Malaysians: Where got?

WHEN DECLINING AN OFFER,
Britons: I'd prefer not to do that, if you don't mind.

Malaysians: Don't want lah, keep keep.

IN DISAGREEING ON A TOPIC OF DISCUSSION,
Britons: Err Sam, I have to stop you there. I understand where you're coming from, but I really have to disagree with what you said about the issue.

Malaysians: You mad, ah?

WHEN ASKING SOMEONE TO LOWER THEIR VOICE,
Britons: Excuse me, but could you please lower your voice, I'm trying to concentrate over here.

Malaysians: Shut up lah!

WHEN ASKING SOMEONE IF HE/SHE KNOWS YOU,
Britons: Excuse me, but I noticed you staring at me for some time... Do I know you?

Malaysians: See what see what?

WHEN ASSESSING A TIGHT SITUATION,
Britons: We seem to be in a bit of a predicament at the moment.

Malaysians: Die-lah!

WHEN TRYING TO FIND OUT WHAT HAD HAPPENED,
Britons: Will someone tell me what has just happened?

Malaysians: Wat happen? Why like that....

WHEN SOME ONE DOES SOMETHING WRONG.
Britons: This isn't the way to do it, here let me show you.

Malaysians: Like that also don't know how to do! stupid!


so kawan kawan,

see how clever we are. no need lah to speak long sentences, wasting our saliva only. hehe :P

i don't think that we need to change who we are and i proud of it. and i wish that i can use Manglish wherever I go. how bout u guys?

my nuffnang ad, kelik peres ok!

Friday, October 30, 2009

Cerita Hantu 003

dalam Cerita Hantu 001, jiwatenanghatipunsenang (dia, dia, dia atau dia aku sendiri tak pasti) ada mengingatkan aku untuk bercerita tentang Imran (bukan nama sebenar).

jiwatenanghatipunsenang pastinya penduduk 4th floor di Kolej Matrikulasi Melaka 07/08. ini kerana tak ramai yang tahu tentang cerita hantu si Imran dan lebih lebih lagi menggunakan nama "Imran" sebagai nama samaran.



sedikit tentang Imran,

Imran adalah satu satunya roomate aku. dulu ada budak repeat, pastu india, pastu diva kat dalam bilik tu jugak tapi akhirnya semua berhijrah ke tempat lain atas sebab sebab tertentu. bilik aku cantik C1.4.3 (i love you) amacam?

Imran ni walaupun umur dia setahun lagi muda dari aku (budak lompat) tapi dia ni memang baik la. satu kepala, kelakar, gila belajar dan sangat pandai. tapi Imran ni juga ada kelebihan yang tak berapa aku suka. dia boleh nampak hantu.

Imran ni ada kembar. kembar seiras. dia pernah bagi tahu aku kembar dia pun boleh nampak hantu. setahu aku, kembar seiras ni memang selalunya ada kelebihan yang orang lain takda mcm ada kata hati sama, dan ada yang sampai tahap boleh berkomunikasi sesama sendiri dalam bahasa yang orang lain tak tahu.


******


Imran hobi dia bukan kumpul setem tapi stay up late and study, yang mana waktu tu aku telah mendugong tido sambil melayari mimpi mimpi basah yang indah.

yang tak syoknya, tengah tengah dia study tiba tiba dia menjerit. menjerit yang kuat sampai aku terjaga dari tidur. dan melompat dari mejanya ke arah katil aku. bila aku tanya, dia kata nampak hantu!

walaupun lampu terpasang, tapi tindakan dia sangat mengejutkan aku. sebenarnya takda banyak benda pun yang aku boleh buat untuk tolong dia. selalunya aku tenangkan dia sikit, suruh dia cuci muka, kaki dan teros tido sambil dgr MP3 ayat ayat Al-Quran.

kejadian jerit menjerit ni bukan sekali dua berlaku sepanjang aku belajar dekat kolej tu, tapi lebih kurang seminggu sekali sampailah satu tahap aku mula pertikaikan apa yang dia nampak.

kitorang (aku dan dia diatas) selalu gak bagi tahu si Imran ni jangan ikut emosi, jangan layan perasaan sangat, nampak benda pelik je teros sangkakan hantu. kadang2 aku rasa bersalah juga pertikaikan benda yang dia saja nampak, tapi bila benda macamtu menjadi rutin memang akan beri kesan dekat aku juga.

paling ketara, tidur dan emosi aku terganggu. dengan keadaan belajar di Matrik yang sgt rush kentut pun tak sempat aku memang tak pernah cukup tidur. ditambah pula dengan adegan bangun tido secara mengejut setiap kali Imran menjerit pukul 3 atau 4 pagi adalah sgt tak kool.

dari segi emosi, bayangkanlah kalau orang bagitahu kat kau dia nampak hantu dalam bilik yang kau tido jugak. hantu tu ada kepala je atau hantu tu berdiri sebelah almari kau, macam mana kau rasa? walaupun aku selalu buat macho seolah olah macam takda hantu, hakikatnya emosi aku sangat terganggu. aku pun takut jugak. ingat aku alien takda rasa takut?

paling teruk sekali yang pernah jadi, malam lebih kurang 3 pagi. aku dan Imran dah tidur, lampu tertutup. skali tiba tiba dia terjaga dan menjerit minta tolong. tapi kali ni dia bukan lari ke arah katil aku, tapi lari keluar dari bilik tinggalkan aku sorang. cis beger betul! kalau nak lari tinggalkan aku pun atleast bukak lah lampu dulu! aku pun dah rasa lain macam time tu.


*****


bahana hantu Imran ni takdalah berlarutan. lepas setengah tahun kat Matrik rasanya adegan jerit menjerit tengah malam malam buta dah takda dah. dia dah pandai control emosi dia, kalau nampak pun dia kata dia buat buat tak tahu. alhamdulillah.

lagipun aras aku ada 12 bilik, bilik berpenghuni cuma 5. Imran dah pecah masuk satu bilik kosong untuk dijadikan bilik belajar dia malam malam buta. baik budak ni, dia tahu aku tido pukul 1, so aku boleh tutup lampu bila dia belajar tempat lain. akhirnya, aku tido sorang tanpa sebarang gangguan atau nyanyian Imran yang sumbang. hehe.

oh! Imran akan tidur sewaktu semua orang terjaga. dia memang pelik.


mana satu Imran (bukan nama sebenar) ?


Imran kau jangan marah kat aku, ini entri khas untuk kau sebagai tanda kasih sayang kita. gila ayat gay. ha, jiwatenanghatipunsenang jeles ke? wahahahha!

korang pernah kena atau berada dalam situasi macam aku?

cerita cerita lepas,
Cerita Hantu 001
Cerita Hantu 002


nuffnang, mcm biasa ya ;)

Thursday, October 29, 2009

Milna Rusk

kelakuan yang tak wajib berlaku telah berlaku. dan aku tak sedar ia berlaku. dan aku telah menjadi mangsa kepada kejadian yang berlaku.



kelakuan tak wajib berlaku:

Kakak aku masuk bilik aku, offer ambik biskut yang dia bawa. muka dia macam baik seolah olah dia sedang memberi adik dia makan biskut dengan penuh kasih sayang dan sopan santun.



aku tak sedar:

Kakak aku tak pernah nak bagi biskut kat aku. apetah lagi sampai baik gila masuk bilik. kalau dia nak kasi pun mesti Cik Puan Besar yang suruh panggil aku makan sekali, dia hanya akan menjerit...

"YOB! KAU NAK BISKUT NI KUAR SEKARANG, LAMBAT HABIS!"

dan aku akan berlari lari keluar merebut biskut tersebut....



susur galur kejadian:
  1. dia bawak biskut, dia offer dengan muka selamba.
  2. aku ambik. dengan sifat tamak haloba, aku ambik 2 teros.
  3. dia tak keluar terus dari bilik, tunggu aku makan
  4. lepas aku makan dia gelak gelak.... lalu bertanya "sedapkan?"
  5. aku keliru dan rasa teraniaya... "apsal biskut ni keras sangat dah la tak sedap!

agak-agak biskut ape ni?


selepas aku rasa lidah aku dipermainkan, deria rasa aku diperbodohkan, aku tanya...

"biskut apa yang kau bagi ni!"

dengan muka bangga rancangan dia menjadi kenyataan, dia tunjuk...


MILNA RUSK!

cis beger!



mungkin dia keliru kecomelan baby tu dengan kecomelan aku.
... sila muntah secara berjemaah sekarang.



kalau nak beli crystal buleh beli kat dia, tapi igt! mention YobSumo, ade diskaun special punya seperti yang pernah dijelaskan di sini!




nuffnang I ape cerita, ape lagi kelik kelik la KFC ke, susu ke, maggi ke yang korang nak...

Wednesday, October 28, 2009

saya sedang mencari pasangan yang tahan lama

pergh gila lucah title. mintak maaf semua, entri kali ini ada kaitan dengan title tapi tak berapa nak lucah sebenarnya.

tujuan utama tajuknya seperti itu adalah untuk menjadikan blog ini lebih SEO friendly. credit to siggplus yang tak kedekut ilmu memberikan teknik2 "how to increase earning from nuffnang". oh pada yang tak tahu, SEO itu adalah Searh Engine Optimization.



ok berbalik kepada topik, aku memang tengah mencari sesiapa yang tinggal di sekitar Putrajaya dan berasa free sepanjang masa serta mahu melakukan senaman untuk kesihatan badan.

disebabkan cuti semester aku yang masih panjang dan aku memang betul betul takda member sekarang, kehidupan aku sangatlah bosan. member aku mostly student di IPTA dan sedang memerah otak untuk exam. Adik aku pulak sedang busy countdown SPM dia. tinggallah aku sendirian tak berteman.

ada sesiapa free? tak kisah jantina, aku tak memilih pasangan member untuk BERSUKAN.



sebenarnya, aku rasa takut melihatkan stamina aku yang semakin tak cukup nafas dan lemah longlai.

kalau time study, aku jarang jog. adalah dalam 3 kali satu semester.

kata hati: "bapak lah pemalas bersenam mamat ni"
aku: "bapak I memang malas bersenam"

itu pun jog sikit, berhenti, jalan, dengar MP3 je lebih. almaklumlah badan berat.

dan sekarang cuti cuti ni aku rajin berkunjung ke swimming pool di Putrajaya ini dan berenang berenang ke muara seperti ikan dugong duyung berjantina lelaki.

tadi aku pergi swimming dekat Kompleks Sukan Air Persint 6. aku lepas satu lap je, terus aku mengah mengah macam perlukan bantuan CPR dari Katy Perry takpun Taylor Swift. sungguh tak rock.

nasib baik tak lemas atau kerem kaki, lagilah tak kacak kalau makcik indon cleaner yang selamatkan aku tadi.

dan tadi juga ada segerombolan brader2 bomba swimming kat situ gak. aku rasa tercabar melihat mereka buat 2-3 lap tanpa berhenti. pasti aku diperlekehkan mereka (sila bayangkan mereka mengumpat ala ala makcik makcik di kampung). cis beger!

pic seksa aku tak buleh dipaparkan atas sebab sebab keselamatan negara.

sandy beach di sini, sebelah Pullman Hotel.
satu satunya kawasan di Putrajaya yang buleh mandi air tasiknya tanpa halangan atau sekatan, nak bogel ? boleh belah!

sukan anak anak orang kaya, aku tak mampu T-T



ok. the point is, aku taknak ajak korang berenang dengan aku sebab sure aku kalah. tapi kalau sesiapa yang betul betul serious free, kita boleh main skuasy, badminton atau wall/rock climbing. skuasy dengan wall climbing aku tak pernah buat, so zero knowledge lagi. tapikan youtube ada, apa nak risau?

semua benda ni sekitar2 rumah aku jugak dan aku dengar wall climbing itu masih free sebab baru bukak. aku memang suka benda benda FOC ni.

aku tak minat gym. harap maklum.

apa apa roger aku ya! walkie talkie aku on 24/7.
tolong kelik nuffnang I ye =D

Tuesday, October 27, 2009

fitnah fitnah biasa after exam

first things first: kalau rasa perkataan fitnah terlalu kasar, gantikan dengan perkataan lain sesuka hati.



kalau anda tergolong dalam kumpulan cerdik pandai,

fitnah berlaku kepada anda dengan tokok tambah:
"eh, kau mesti boleh jawab gila gila kan exam tadi, siap mintak extra answer booklet lagi. dah la keluar exam dengan senyuman kambing terpahat di wajah. gerenti A lah ni!"
..... dasyat betul tokok tambahnya.

anda melakukan fitnah untuk rasa secure dan menidakkan high expectation orang lain kepada anda:
"eh, aku tak sure lah betul ke tak aku jawab tadi, aku rasa empty je exam tadi. rasanya banyak kot aku salah, habislah aku kalini, korang mesti boleh jawab kan."
..... sudah lah labu, padahal jawapan kau terbaik





kalau anda tergolong dalam kumpulan biasa-biasa,

anda difitnah dengan tujuan mahu mengusik:
"eh, aku tengok exam tadi kau relax je, senang sangat ke wei? asal aku rasa susah pulak, dah la kau keluar awal, memang terbaik lah!"

anda adalah golongan yang paling kuat memfitnah orang lain:
perkataan perkataan seperti "kau lagi bagus dan pandai dari aku", "kau punya jawapan betul aku punya salah", "aku melalut kelaut kau masih di daratan", "kau dapat hidayah, aku tak dapat tadi", etc etc kerap kali digunakan.





kalau anda tergolong dalam kumpulan kurang bijak atau sedikit lampi,

anda sangat jarang difitnah, mungkin anda baik dan member taknak malukan. jika difitnah pun sekadar mahu menyedapkan hati anda:
"eh, takpa takpa aku rasa jawapan kau tu boleh diterima pakai la, don't worry be happy!"
..... padahal, salah bebenor jawapannya

anda juga kurang memfitnah orang lain, mungkin anda rasa rendah diri dan tak mahu cakap banyak. ini yang bagus, anda sedar siapa diri anda dan sila study dengan lebih lagi untuk berubah.

kalau memfitnah juga, anda jenis yang tak berapa mahu malu, cliche, fitnah anda very the kampung kampung, tak kacak, tak cun dan sebagainya. aku sekadar mahu menyedarkan sahaja. sila berubah.



buat pertama kalinya, aku mencadangkan masukkanlah diri anda dalam golongan memfitnah secara bijak selepas habis exam. mungkin itu yang terbaik untuk anda pass exam dengan warna terbang. ini bukan ajaran sesat Kahar atau Ayah Pin.


mereka kuat memfitnah dan difitnah. fitnah mereka lebat beserta petir
...masa hbs exam je :)
mereka baik dan otak geliga (aku taknak kena bunuh naik sem baru)


aku tahu budak budak IPTA tengah mood exam kan. korang bersedia lah dengar fitnah fitnah ni setiap kali habis exam. fitnah ini juga diaplikasikan secara meluas dalam semua peperiksaan awam di sekolah. mungkin di tadika kemas juga. aku dah lepas dah. haha. all da best ya semua!




p/s: jgn campak comment "fitnah tu lebih teruk dari membunuh you tahu? kenapa nak guna perkataan tu pulak!" - jgn nak tunjuk alim, mereka dan keluarga mereka pun tahu. sila baca ayat pertama entri ini. terima kasih.


eh macam biasa, tolong picit picit nuffnang i buleh? buleh la. i kasi u maxis, disney, kfc breakfast, All American Reject etc etc ok!

Sunday, October 25, 2009

hai awak, awak dan awak. crystal crystal! belilah belilah!

ho-ho-ho!


hai semua... harini mood aku baik. aku senyum cik mek molek je sepanjang hari. terasa macam nak baling coklat bentuk duit emas je kat korang semua.

atas sebab munasabab di atas, dan internet aku laju tanpa perlu POTONG streamyx dan apply WiMax broadband (aku harap korang tengok iklan kat TV dan tak blur membaca),

aku ada pengishtiharan istimewa. silalah kelik/peres pic di bawah.



ini business aku yang tengah rancak macam goreng pisang panas

crystal that we offered, far more cheaper compared to other places.
dan kualiti dia terbaik!

sesuai la korang nak jadikan hadiah untuk apa2 events/occasions macam Wedding, Birthday, Mother's Day, Anniversary, kasi Girlfriend, kasi Boyfriend pun buleh apa.

semenjak dua menjak ni banyak juga la orang order crystal ni untuk dijadikan door gift untuk wedding. dah jadi trend kot.
takkan nak kasi bunga telor je kan, masing2 pun dah ada telor.

ok, so sesiapa teringin nak order boleh direct bagi tahu SyidaDida or email je kat aku ok!

email aku: r_ihays007@yahoo.com

kalau nak order direct dekat SyidaDida mungkin lagi senang kot sebab dia lagi tahu macam2, tapi kalau nak bermesra dengan aku silakanlah email :p aku akan try reply ASAP

dan SPECIAL untuk korang semua, sesiapa yang order kat SyidaDida inform yang korang tahu pasal Crystal ni dari YobSumo, dan korang akan dapat SPECIAL DISKAUN! wa tak tipu punya.

dan lebih cantik menarik kau memang de bom, untuk followers/peng"comment" tegar aku, EXTRA DISKAUN untuk korang. just inform SyidaDida namanik/nickname korang kat blog apa ye!





eh tolong click/press nuffnang ad aku ek. tak ada advertisement kat situ pun click je ok. thanks!

Thursday, October 22, 2009

aku tergolang dalam kumpulan tua tua

tadi 1st time aku ambik report card adik aku. untuk exam percubaan SPM dia.

terasa macam bapak bapak.

selalunya kakak aku yang pikul tanggungjawab tu sebab bossumo tak buleh panjat tangga tinggi2. tapi hari ni dia tak free pulak.

aku tak berapa nak rela sebenarnya. sebabnya, dulu aku pun belajar kat situ gak. SMK Putrajaya 16(1). Memang muka aku ni famous amos la di kalangan guru guru dan pelajar pelajar lama.



apakan daya, tak rela pun kena pergi lah jugak.

langkah diatur dengan sopan.
control macho.
jalan tegak sikit bagi nampak gagah.
mendada... salah salah kena tunduk sikit, nnt ternampak pulak perut aku yg boroi.



sampai dalam kelas.... dush! no 19 giliran aku. skarang baru no 11? wth! sgt tak kool. lebih sejam aku tunggu...

pandang kiri pandang kanan, pakcik, makcik, atuk, nenek nak ambik report card anak/cucu mereka...

yang ibu ibu pakai baju kurung, yang bapak bapak pakai baju batik paling cekai pun kemeja. aku dgn t-shirt ngan seluar jeans.

sungguh ku rasa terasing seperti alien. sgt tak kool.

ingatkan adalah wireless, haram..... nasib baik handset ada game baik punya.



finally,masa untuk aku mengamuk depan guru kelas adik aku pun tiba...

kenapa nak mengamuk?
adik aku kata, lagi satu markah chemist dia nak dapat A tp cikgu tu taknak kasi.

konon konon nak lafazkan,
"Woi! aku bukan kaya, adik aku nak mintak scholar wei!"

tapi bila sampai,
ahh! tak jadi lah, cumel benar cikgu nye.

tapi tgk gaya macam dah kawin ni.
bukan hobi aku minat isteri orang. hobi aku kumpul setem.


.adik aku yg tengah.

kepada adik:
nasib baik ko dapat no2, kalau tak aku minta aiskrim tadi.
SPM score betul2 jgn jatuhkan reputasi aku.

pehal pulak reputasi aku? takda kena mengena.
adik, tak payah dengar nasihat aku. please.




p/s: aku tergolang dalam kumpulan budak skema + nerd time sekolah dulu. BORING...




tolong saya click/tekan/press/picit nuffnang Ad saya... please... saya tgh serious ni.

Wednesday, October 21, 2009

Happy Birthday to my Blog! (skema tak)

wahahaha... baru aku perasan, dah satu tahun dah umur blog aku.

tapi blog ni biasala hidup segan mati tak mahu...

waktu cuti semester banyak la sikit entri, start kelas nanti nazak nyawa nyawa ikan la balik...

manala nak tambah followers ye tak? paling banyak post untuk satu bulan pun 14 je (June 2009)
kena serious blogging? haha study aku lagi penting, sorry blog... tak kacak la kalo result mcm cibai.

sempena ulang-tahun-besday-kelahiran-blog-aku terasa nak tukar la pulak layout2 blakang ni... eh ke orang panggil template? ha-ha-ha... ape ape la.

kepada silent reader (aku tahu ramai) ceh ceh ceh. teruskanlah comment blog aku dalam ym atau conteng dinding facebook aku spt yg korang selalu buat... tapi tolonglah jgn comment face to face, malu malu ayam aku.

kepada peng"comment" tegar. teruskanlah comment, aku mmg menghargai, trus aku link kan korang punya blog kat sini. walaupun aku tak update entri baru, dun worry aku selalu je baca blog korang. rajin aku campak comment, tak rajin aku tgh busy cabut bulu ketiak lah tu.

kepada yang nak follow tu sila lah, wa suka ape, tak marah pun.
nak cium? nah flying kiss. yuck yuck pheww!!!


anak aku

-jgn cakap takda mata, mata dia sepet, kecik2 mcm cina, salahkan ovum moyang-

Friday, October 16, 2009

Cerita Hantu 002

hoi hoi hoi bertemu kembali kita di dalam rancangan Uncle Seekers

haish sgt lah tak kool intro tu. ape barang seekers. hantu nyit nyot je ada. kena rasuk lebih2. ahhh toyol poyo betol la!

ok! so story entri kali ni, story baru, story hot. hot mcm aku.

ini kejadian yang paling barulah berlaku. lokasinya di rumahku syurgaku, Desa Pinggiran Putra, 43000 Kajang. tapi kalo korang pegi cari taman ni kat Kajang mmg korang takkan jumpa. tp kalo cari kat Putrajaya adalah wujud. highway antara Alamanda - PICC. kepada yg baru kawin, nak cari rumah, sini hot spot la sbb great location, dan org yang tinggal pun baik baik mcm aku.


ok kita kembali kepada cerita hantu.
(buat muka seram, standby cushion mahu tutup mata)


rumah ni mmg orait. aku dah pindah kat sini dr tahun 2005 lagi. tempat ni mmg sunyi. tapi aku mmg takda masalah dgn sunyi. sunyi itu tenang. dulu time duduk kat KL, serabut kepala otak setiap hari. tak kool la KL bukan ada salji pun.

sementelaah aiyo sastera gila...

start balik...

waktu mula mula msk rumah aku ni takdalah gangguan2 syaitan, hantu, jin, jembalang, lembaga hitam, toyol dan sebagainya. terasa aman dan damai. bunyi bunyian tu biasalah. bunyi cengkerik pun biasala, bikini bottom pun ada cengkerik kan?

tapi baru baru ini, sesuatu yang tak dijangka terjadi.

cik puan besar mmg selalu tido lambat. org baca newspaper pagi2 during breakfast, dia plak baca newspaper pagi2 sebelum tido (lewat malam lah tu). so selalunya, dah menjadi rutin, after dia habis membaca newspaper, dia akan ke washing machine di bahagian sisi rumah untuk drain air2 yang masih tertinggal dlm tu.

tiba tiba...

dia terdengar suara perempuan menjerit. mengilai ngilai. pada mulanya dia mahu selak langsir dan tgk apa yang berlaku tapi memandangkan sudah lewat malam dan jeritan itu lain macam ditambah pula dgn bulu2 romanya yang telah terangkat, dia mengambil keputusan bergegas ke bilik dan melelapkan mata.

..............


beberapa hari selepas itu, sedang cik puan besar syok2 gardening kat luar rumah, neighbour sebelah datang. igt nak bergosip, biasalah perempuan rupanya tidak. Cik Yati bertanyakan pada cik puan besar,


"akak malam td Syahir (aku @ YobSumo) ada mengaji ke dekat rumah?"

"Syahir takda kat rumah Yati, dia kat Shah Alam semalam"

"tulah pelik jugak, semalam Izad (anak cik Yati) kata dgr suara lelaki mengaji dkt luar rumah, igt kn syahirlah"

"pukul berapa tu Yati, kalau Ira (adik aku) selalulah mengaji lepas Maghrib"

"tak kak, Izad kata die terjaga pukul 4 pagi dengar org mengaji, itulah yg Yati pelik tu..."



haish... 2 perkara ganjil selang beberapa hari. tak pernah terjadi sebelum ni. so malam tu cik puan besar call aku, dia ceritalah benda2 ni semua. aku cuma gelak gelak je lah kn. aku anggap mereka semua berhalusinasi je...

.................


weekend minggu depan tu, Bossumo pun ambik aku dari Shah Alam untuk pulang ke rumahku.
aku mmg selalu tido lewat, tgk movie lah, online la, pixel rangers la, blue lah. ok yang last tu aku aku TAK tgk. i mean tak tgk mlm mlm :p

so mlm hari yang sama aku balik, lebih kurang 3.30 pagi mcm tu baru aku nak tido. seblom tido, aku keluar bilik dulu, minum air off internet. aku masuk je bilik, sumpah BULU ROMA aku TERNAIK. SUMPAH aku DENGAR org mengaji kat luar rumah.

jantung berdegup mmg laju lah.... peluh pun dah start keluar.... aku macam biasa, control muka macho dan teros tido. knapa kna buat muka macho? sbb kita tak buleh nampak lagi lemah dari mereka, itu yang aku tahu. lagipun muka aku mmg macho :p



tp atleast dia baca Al-Quran kan. Ha! lupa kasi tahu. kejadian ni semua bulan Ramadhan. yang aku tau syaitan kena ikat tapi jin tidak bukan? jadi aku rasa ini Jin Islam.

tp igt!
"sebaik baik jin adalah seburuk buruk manusia". jgn sesekali kita terperdaya dgn tipu helah jin.





p/s: bulu aku terangkat la time nak post entri ni. haiyoooo....

Wednesday, October 14, 2009

Yobsumo adalah pemandu F1 pasukan 1Malaysia. Fakta bukan Auta.

setelah setahun lebih aku memerapkan lesen P aku, akhirnya ia menjadi seperti yg diinginkan.


aku memecut spt Mikel Suumakker ketika jalan lurus...

aku membelok selekoh tajam seperti Fertanto Atonso...

aku tak memegang stereng atau memijak break seperti
Kimy Rikunan...

aku memandu sambil menutup mata seperti Alex Toyong...





akhirnya aku puas. aku rasa seperti pro.

lampu kereta pun aku dah lupa macam mana nak hidupkan T-T

masuk roundabout aku dah terketar ketar.

enjin kereta pun aku dah lupa mcm mana nak matikan T-T

haish....
aku tak rasa rock langsung. inilah penangan malas bawak kereta.



p/s: nasib baik aku igt lg mcm mana nak pakai seat belt.

Tuesday, October 13, 2009

bijak bijak budak skarang.

aku ada jiran. nama dia Alia. umur lebih kurang 3 tahun kot. dia ni mmg hyper sikit, nakal, lasak. kalo dia menjerit, sgt la high pitch. tapi dia ni bijak. sgt sgt bijak.

Alia duduk kat rumah 24hours, 7days a week. Opah dia jaga. Mak dia cikgu Add Maths, bapak dia pulak government servant yg bertugas di Arab Saudi. Opah Alia tak pernah berbahasa Inggeris dgn Alia, tapi Alia selalu berbahasa Inggeris dgn Opah nya.



Alia setiap hari tgk kartun. kartun dan kartun. takda lain.
tapi, kartun English je dia layan, dia tak tengok pulak Spongebob berbahasa Melayu seperti yang aku selalu layan. huh.

eh, Jimmy Neutron tu mmg pandai kan? tak sangka dia fasih berbahasa Melayu
:)



jadi Alia ni mmg selalu speaking Mat Saleh. Emak dia pun hairan macam mana dia boleh belajar speaking cepat skali dgn tengok kartun. ye, hanya kartun bukan di pusat tuisyen gila wang.

"Opah, i'm thirsty, take for me some water. I wanna drink!".... dgn nada yg sgt high pitch

itu ayat selalu dia, kadang2 kena penampar gak ngan Opah. haha.



haritu dia nampak Bossumo kat luar rumah,
dia mahu bertegur sapa, jiran kan mestilah berbaik-baik.

(pembuka kata)
Uncle, is that window or door?

it's window, why?

- no answer -

Uncle, have you take your lunch?

Not yet, belom lagi, Alia dah makan, makan apa?

i eat fish, but Opah don't know how to cook it. tasteless.

hahaha... Alia, can u sing Baa Baa Black Sheep for Uncle?

wait. (dia berlari lari ke arah Opah)


Opah, how to sing Baa Baa Black Sheep?

Mana Opah tahu, tunggu Umi balik, suruh Umi ajar.

- Alia tarik muka muncung -



tak lama lepastu, emak dia balik,

Umi, How to sing Baa Baa Black Sheep?

Why u wanna learn that song?

Uncle asked me to sing.

Nyanyi jelah Twinkle Twinkle Little Star, kan Alia dah tahu lagu tu...

But Uncle asked me to sing Baa Baa Black Sheep NOT Twinkle Twinkle Little Star!
(dengan nada marah dan sgt high pitch)



monyok dia lepastu. tp masih cute. cumel cumel.

Sunday, October 11, 2009

open house 11.10.09 - mengasah bakat berpantun dua kerat

ada 3 open house harini. mood raya datang balik. sume sedap2.

terima kasih buah delimo,
tahun depan jemput lagi yobsumo.

dam dam dum bunyi mercun,
tahun depan jemput lagi yang cun cun. boleh yuh?





lokasi pertama: kayuhijau Greenwood, Gombak
nama tukang jemput: kurang pasti. tapi nama glamour dia Pak Dukun atau Syeikh. ikut sesedap keadaan memanggil.
hubungan: sepupu bossumo seblah Omaknya (orang minang pekat ni)

sedikit latarbelakang:
gila pancing
whole family dia sgt friendly
kuih raya setiap tahun beribu ribu orang order
pandai masak, specialty, Nasi Ayam


masuk je kereta kawasan gombak, bossumo terus bertukar. die bercakap minang. tp hakikatnya dia tak reti, asal ado bunyik sikek jadiloh katonya. cik puan besar dah mula bising, " u tak reti cakap jgn la sebok2 nak cakap, memalukan orang minang je". bossumo tak angkat pot. die nak jugak speaking minang.

sampai rumah pak dukun menjadi jadiloh cakek minongnya. pak dukun pun melayon ajo. kalo ada oral test bahsa minang, band 1 belom tentu lg lepas ke tak bossumo ni. skali tgh borak borak,
Pak Dukun kata lah kat Bossumo,

" kuih yang ni den tak buek, ini bali (beli) rasanya. "

bossumo jawab,

" ha? BALI" (merujuk kepada pusat pelancongan negara anti-Malaysia)

adussss. fail fail! kata minang sejati. simple word "bali" tu pun dia tak paham. bossumo... bossumo...

-ok enough menulis minang yg totally salah-





lokasi kedua: kondo area2 Chempaka, KL
nama tukang jemput: Makcik Ana
hubungan: sepupu belah ayah bossumo (keturunan JAWAR tp tak macam Jawa langsung, sebijik Cina tulen)

sedikit latarbelakang:
ada anak pun sebijik anak cina, Umairah (cute cute)
Cik Ana yg ini kelakar, agak open minded, masuk air kadang2, selalu terkena atau mengenakan bossumo


cik anna: "terima kasih bang imi (bossumo) datang jugak tahun ni. tapi tahun ni kita tukar konsep kita buat kat pool side plak, rumah kerem la."

bossumo: "oh sama-sama, so kita nak terjun dulu ke makan dulu?"

cik anna: " bang imi tak kesianke org tgh makan ni, abg imi terjun nnt splash dia basah baju raya orang"..... boleh tahan jugak leser dia ni. haha. i like.





lokasi ketiga: Kajang
nama tukang jemput: nama sebenar tak dapat dikesan, nama glamour Ah Chong (dia orang Melayu)
hubungan: takda pertalian darah, ada pertalian lain.


yg ini tak payah cerita banyak. aku pun bukan kenal sgt. open house dia makan up up punya. menu: chicken chop, fish n chip, mushroom soup, yang penting UDANG GORENG TEPONG feveret ferever ku!

dan lebih menyebabkan aku terdorong untuk gumbira harini...

angpau dia RM 50.00 beb! hahahha mmg rock lah lu Ah Chong. wa cinta sama lu!

Thursday, October 8, 2009

Cerita Hantu 001

dari kecik aku dah dengar macam-macam cerita hantu. hantu kat Malaysia ni banyak. jahat jahat belaka plak tu. yang baik takda. yelah, benda benda baik selalunya orang tak ingat sangatkan, hantu pun nak femes.

kalo cerita hantu semua nye seram. ade tak cerita hantu yang kasi ko buah anggur ke, main teng teng ngan ko ke, mendatangkan mimpi malam ke. mana ada! kalo ade tunjuk lah bukti.

tak kisah la kulit putih, hitam, kuning, sawo matang ke, cerita cerita hantu ni mmg selalunya hot. mereka suka topik2 superstitious mcm ni. feveret ferever lah! kalo tak suka mmg tak rock.

aku pun suka gak. lebih lebih yang boleh naikkan bulu roma kat leher. tegang gak la. baru kick!


sebagai pembuka langsir tirai, aku nak share cerita hantu time kecik2 dulu. sepupu aku yang blajar kat UiTM Kelantan waktu tu selalu gak datang rumah aku. ada je plak cerita2 hantu baru yg dia nak story. paling aku ingat cerita siswi kena kejar dangan lembaga. huh semangat.

cerita die macamni, ada sorang siswi ni, dia memang suka dok menggatal la tiap malam. bukan gatal apa, dia suka gayut dangan mata air lama lama, ala perempuan punya hobi biasa lah. so, ada satu malam tu lepas die puas mengilai di telefon, die pergi la toilet mahu cuci cuci ape yang patut sebelum tido.

time tu lebih kurang 3 pagi. die sorang sorang je time tu (ini aku tak paham takkan la takda student stay up study?). so time die dalam toilet tu tiba tiba bulu roma die ternaik.

ternaik amat sangat. amat amat sangat.

die terbau benda wangi. die terasa angin bertiup sayu2 kat telinga dia.

die gagahkan lagi diri. dia gosok gigi sampai habis. sampailah die ternampak ada benda lalu kat belakang dia dari pantulan cermin.

die tekad dah time tu. dia tau ada sesuatu yang tak kena. dia keluar tinggalkan semua toiletries dia. die jalan laju laju. jantung die memang kencang lah.

dia pakai selipar jepun. kan selipar jepun kena air berbunyi kan. so waktu die jalan tu die dgr exactly bunyi selipar jepun basah gak kat belakang die. ikut je step die.

dia toleh. takda apa apa.

die berjalan lagi. bunyi itu masih ada. mengikut rentak sedetik selepas selipar jepun siswi tadi berbunyi.

siswi itu hilang arah. muka pucat lesu. jantung berdegup laju sampai tak boleh kawal dah. dia mula berlari. berlari selaju mungkin. semakin laju bunyi itu ikut mengejar.

siswi itu mula menjerit jerit meminta tolong.

penduduk asrama yang terjaga tgklah siswi tadi tu berlari. tanpa tujuan dan tanpa sesiapa mengejar. dorang memang hairan. dorang cuba sedaya upaya stopkan siswi tadi tu.

berjaya. tapi siswi itu mula meracau racau. seperti orang yang kena sawan. keadaan die ketika itu cukup menakutkan semua.

selah dipanggil ustaz dan ahli ahli agama lain, siswi itu dapat ditenangkan.

penangan "benda itu" tak berakhir. siswi itu mula hidup dalam keadaan murung dan tidak terurus sehingga terpaksa menangguhkan pelajarannya. lama juga dia berehat dan buat rawatan2 tradisional sampailah pulih. alhamdurillah.

korang pernah dgr cerita student kena kejar lembaga macam ni? aku teringat balik cerita ni sebab bulan Jun haritu ada sorang student UKM maut jatuh dari tingkat 4, Kolej Kediaman Pendeta Za'ba lebih kurang kul 4 pagi. student tu keluar dr bilik untuk pegi toilet tp tak balik2 bilik dah. desas desus kata die terjatuh time tengah lari kena kejar lembaga.

disini mayat ditemui oleh makcik cleaner pada jam 6am

kelibat lembaga tu memang banyak diperkatakan oleh student student kat kolej tu. aku tak tahulah nak percaya ke tak. tapi, kalo tak da angin masakan pokok bergoyang ye tak? lagipun mayat dia takda tanda2 dikasari. nak kata bunuh diri mcm agak ganjil lah. takkan lah takda pot lain yg lg thrill kan. hurm...

takpe yang penting pandai2 la kita handle benda2 mcm ni.


kalo korang rasa cerita hantu aku ni tak cukup hantu ke tak cukup seram ke tak payah nak kutuk lebih lebih plak. aku nak share je. peace no war. nak perang pegi indon!