Thursday, December 10, 2009

Apa yang patut di buat lepas SPM? ini saya, anda boleh ikut kalau mahu.

Aku ambik SPM tahun 2006. Dah habis je exam kira merdeka habislah. Guling guling dari dewan sampai pintu pagar sekolah. Berdarah darah jugaklah badan. Pak Guard tabik tengok kekentalan semangat aku. Oh cerita lebat sungguh.

Satu

Habis je SPM apalagi, standard lah berebut rebut nak dapatkan lesen L untuk Lembu. Macam macam halangan aku tempuhi untuk dapatkan lesen sampai P. Mana taknya bila bawak keta selalu terbayang Gadis menunjukkan peha sambil menahan nahan kereta, Motif ilusi? tiada motif.

Dengan perbelanjaan yang mak ai mahal gila, dengan 3 kelas memandu dan 3 cikgu yang berbeza. Huh seksa seksa. Aku dah banyak cerita pasal pengalaman memandu ni kat dalam entri SINI, SINI dan SINI. Bacalah korang sampai puas, 2 Maghrib belum tentu habis :p

Dua

Kelas memandu terpaksa diberhentikan buat suatu tempoh yang lama pada 30/11/2006. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan, aku terpaksa tangguhkan semua benda yang aku nak buat. Ini kerana, aku terpaksa memaksakan diri untuk mendaftar ke PLKN Siri 4 Kumpulan 1 Tahun 2007 di Kem Sri Perkasa, Mantin, Negeri Sembilan.


 Pedulikan bulat aku pedulikan hitam aku. Sila pandang aku sebagai HERO SEJATI.
Kalau nak gelak, angkat sebelah tangan, letak dekat mulut dan gelak  manja2 malu2.

Pengalaman kat PLKN macam macam. Dari berlari keliling kem sampai aku bernafas secara nazak, sehinggalah aku pandai menari poco poco siap masuk competition lagi dowh! Belum lagi cerita demam panas nak mampos disertai pegawai kesihatan kat kem macam haprak cucuk2 air tak boleh pastu give up. GAMPANG! Belum lagi cerita aku dapat 90/100 menembak guna M16 (ehcecece dah tercerita pulok). Belum lagi cerita berkhemah dalam hutan semua. Huh banyak sangat, nanti akan ku cerita lebih lanjut dalam entri lain.


Permata bernilai negara. Ke arang bernilai negara? 
sila jangan tergoda.

Tiga

Lepas 3 hari habis PLKN, result SPM keluar. Ambik result dengan kepala togel, muka penuh bintik bintik merah, kulit terbakar. Adalah ciri ciri kaum Zimbabwe sikit. Taknak cerita result SPM lebih lebih sebab tak power. So lepas dah dapat result SPM takdalah masa untuk aku berduka lara, aku masuk kelas guitar dekat Yamaha Musical School, Kajang.

Aku masuk kelas intensive je, belajar main guitar. Boleh lah baca note2 sambil memetik guitar ala ala orang baru pulih dari Parkinson. Itu cerita 2 Tahun lepas, kalau kau mintak aku main sekarang aku totally ZERO. Percayalah. Aku dah lama meninggalkan kerjaya seni tu. hehe. Ada sesapa nak beli guitar classical aku tak? Aku nak beli acoustic pulak lah.


Kalau kau pernah hidup dengan aku, aku memang suka pakai kain pelekat, dalam free air. hehe.

Empat

Aku pergi kelas guitar lewat petang atau malam. Sebab pagi bawak ke petang aku turun KL dari Putrajaya. Bukan berdangdut ya, dosa dosa. Bukan juga ke Zouk sebab goyang gerudi aku belum cukup mantap ketika itu. Aku sebenarnya pergi belajar speaking mat saleh kat British Council (dalam Wisma Selangor Dredging, depan KLCC).

Ini pun aku rasa aku tak pernah cerita dalam blog ni, lain kali aku buat entri khas. Belajar kat sini memang syioook bangat. Cikgu dia orang putih, yang ajar aku ada 2 orang Charlie dari New Zealand ngan Nigel dari London. Student dalam kelas aku ada 3 orang je Malaysian yang lain foreigner. So nak taknak aku kena speaking Mat Salleh lah dengan mereka.


Sebahagian dari classmate

Satu benda yang korang mungkin tak tahu, orang Italy, Venezuela punya English pun takda lah bagus sgt. Malaysian lagi power kot! Siyes tak tipu... Aku belajar kat sini tak lama, so aku MEMANG TAK PRO LANGSUNG ENGLISH. Jangan salah faham, English aku cakap, aku sorang je paham. hehe.


So itulah serba sedikit aktiviti2 yang aku buat sebelum meneruskan pengajian dekat Kolej Matrikulasi Melaka, London Londang. Sebenarnya aku tak plan nak masuk Matrik ni, sebab tu semua aktiviti aku terbantut secara tiba tiba. Apa nak buat IPTA taknak terima aku T-T tapi aku rasa something-wrong-somewhere-lah tahun tu, member aku SPM 8A1 tak dapat IPTA, apa kes?


Adik adik yang dah habis SPM macam adik aku, apa lagi, fikirkanlah benda yang berfaedah untuk diri sendiri. Jangan kerja kelab dangdut dah lah yer, takut terserempak pulak XD

65 comments:

Daffodil D said...

tergoda i tengok u menabik tau! ha ha ha..

ps : rindu nak makan KFC kat masjid tanah pulak. haih~ T_T

Wanie-san said...

sungguh sahdu ku membaca entry mu yob.. kagum wei..haha
pic ko pegang senapang 2 mcm tahan kencing dlm sluar jew!hoho
ko ambik lesen 3 kali 3 cikgu.. ak ambik lesen 1 kali tp 3 cikgu dowh!
sume perangai sewel mewel!

Mimie.Candy Cane said...

ko sungguh segak beruniform plkn..tergode jap..

patyoy la ko terer speaking..biler ko leh ajar aku lak ni?

BuLaN iTu aKu said...

macam mana kau buleh jadi hensem+slim skung.. tak nak kongsi ke..

aku lepas SPM terus kawin.. heheheheh
sila percaya

nursarah87 said...

alkisahnya..best ek PLKN, aku out of list. btw, kita SPM thn yg sama..

pic innocent..muahaha!

Khairi said...

pas spm keje la yob.

keje kilang kayu sama itu nepal dan bangla gaji 7 hingget sehari.

Aus said...

haha..
yob..
aku xtaw nk komen ape..
aku nak gelak je..
hahak..

farenova said...

hahahah best2 aktiviti lepas habis SPM, yelah dari dok depan tv jer kan..dah macam askar pulak tgk pakai baju plkn tu..

nanti akak khabarkan kat adik akak suh buat aktiviti berpaedah mcm ni..

oranglidi said...

macho brader.. macho..

trimas sudi singgah blog wa.

wa lepas spm dulu x sempat bercuti. dah kena sambung keje.

Cik Cookie said...

tingat zaman keja ngn JLKN

Jard The Great said...

aku lepas SPM... keje jadi opis gal.. tukang fotostet.. dpt RM30 sehari.. =)

Arief Arf said...

aku tak kira.
aku nak gak komen sal gamba ko yang tombam dan hitam tu.
wahahahahaha

apela ko.
dah pegi klas main gitar, sambung la.
boleh nanti jadi backup guitarist aku.
wahahahhaa

ko kmm eh?
bagus bagus
hahaha(gelak bajet senior)

X)

♣ haNie ♣ said...

wahahahahaha!!

"ayu" nye ko yob...tergoda ai.. hahaha...

seb baik zaman wa xde pLkn bagai ni. kena seksa g BTN jek..

♥miszluna™ said...

xpe ko dh kurus sikit dh sekarang..

huhu..


=p


yay!
kmmian!

sep sikit..
aku pdt 06/07
pst 07/08

hee..

D : aku pon rindu KFC masjid tanah..

pasar malam masjid tanah..
fuuuuuu~~

tetmbh bazar ramadhan..
best2


ala...
ko terer english..
aku tahu tu..

dianna said...

wahhh agak banyak lah benda yg berfaedah u buat lepas spm. mcm i, amek lesen lepas tu duk membongkang je dekat rumah. haha konon nak masuk kelas drum. pergi bape hari je, lepas tu malas. hehehe

hans said...

aku dlu amik lesen kereta
hahaha
PLKN nasib aku xdapat

joegrimjow said...

lorghh
ingat ko da tue
da anak anak bagai
mude dari ak upenye
haha

bulat ada cara penyelesaiannya
;)

i'msosupernotcool said...

seb aku x tergoda yob..
ah fatt aku xtau la..
ahhaha

missdiya84 said...

gambar PLKN yang tak menahan..takpe..ai gelak sipu2 je sambil top mulut haha

♠♥♠ayudeadwish♠♥♠ said...

wah
meriah la ko kat plkn
wahahah
ramai gak blogger yg kne masuk plkn ni
kekek
time aku dulu sib baek aku tak masuk plkn
ngaa

YobSumo said...

Daffodil: jom pergi dating kat KFC Masjid Tanah? haha. Mak Guard KMM kerja sana jugak.


Wanie-san: syahdu tu nak nangis ke? nak tisu? memang tahan kencing pun, kau tahu tahu aje kan. hehe.


Mimie: kejap takpa, lama Norzaidi marah aku. haha. Takla aku tak power speaking ler.


Bulan: hensem tang lobang hidung eh? tulah sat lg dapat anak lah tu. hehe.


nursarah: mmg inesen lah sgt :)


Khairi: bukan taknak kerja bro, dah msk PLKN camne nak keje.


Aus: woi woi. gelak malu malu ha!


farenova: ha bagus kak bagus! kalau tak dgr kasi belasah sikit. haha jgn ikut yg last tu.


oranglidi: mocho ke hancur lidi? terus terang je lah. hahahaha.


cik cookie: jadi jurulatih ke? kelas CB n kenegaraan ek? kem mana?

YobSumo said...

Jard: RM30 sehari! mak ai byk nye! aku tak dapat kerja lah, tak sempat.


Arief: backup apa barang. aku lead lah, kau belakang2. hahahahha. kenapa wei kau KMM jugak ke? biar betik?


hanie: hehe tang mana ayu ni, feminin jugak aku nih. hehe.


MiszLuna: haha, yer bazar ramadhan, beli air murah, ayam percik. uhhh best best!


dianna: menariknya kelas drum. dulu ada hajat tapi batalkan aja sbb rasa diri kurang berseni. hehe.


hans: dapat habislah kena torture Hans!


joejow: makan lah Herba life! betul? hehe. eh aku dengar kamu senior aku, MPP lagi. betul?


i'msosupernotcool: kalau kau tak dia pun tak punya. nasib baik ;P


missdiya: bagus2 patuh pada arahan. hehehhehe.


ayudeadwish: INI TIDAK ADIL! siapa lagi blogger msk PLKN?

Ery Farieha said...

kite sebatch.
ehh skrg da kurus kan? :D
dlu sy pn x dpt ipta sbb course yg diapply tak agak2 hebat. hahaha.
dpt le matrik.

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ said...

perghhhh....

gambaq yu buat ai kagum jadi sahabat blog yu

memang berhati waja ala2 perwira....

hahhahha

Noorlaila Mohamed Nor said...

wehhhhhh
aku pun bravo setahun sblm kau la
best kan kat sana
tapi zaman aku xde m16 lg
dan
aku jugak tak terbakar masa latihan mcm org lain
haha tu yg best

penaberkala said...

ak gak tak sempat nak pi plkn
frust gak,hak3

KizZ said...

huhuh..nak jual bape puluh gitar tuh..

sI tEDI said...

aku lepas SPm jd surirumahtangga yang tiada bersuami!! la la la

sI tEDI said...

aku lepas SPm jd surirumahtangga yang tiada bersuami!! la la la

acap said...

ak pon SPM 2006.
tapi pas SPM ak xwat pape pon.
goyang kaki smp bln 7.
hebat kan?

Solehah said...

hehe..aku bru nak merangkak pi british council ni..adeh..

ahleng ariKen said...

gua tringin nk ke plkn tp cikgu ckap gua terlalu baik utk terpilih...demmm

YobSumo said...

Ery Farieha: haha, KMM jugak ke? sekarang boroi lagi :)


yanie: boleh u tolong nyanyikan lagu perwira untuk I tak? plis...


Noorlaila: HIDUP BRAVO! eh mana aci, kenapa kau tak melecur?


penaberkala: apply lah taun ni. hehehehhe ;)


kizz: beli 300 lebih, nak jual half price. berminat? still in good condition, Yamaha.


si Tedi: adakah ini cara mengoratku tedi? wahahahaha.


acap: gila kental kau. suspek habis lah!


Solehah: bila start kelas? ke terus ambik exam? btw thanks for the prize!


ahleng: erm. ok. aku cuba mempercayai cikgu kau. tapi susah. hehe.

imHepPie said...

ok aku gelak manja malu2 dan aku tergoda haha

GhOsToNe said...

uhuks...

kne g plkn jgk...

sgt besh!]

tp kalo suwoh masuk balik dh x hingin!!!

joegrimjow said...

aik
dlu blajar mana?
jap nak cari

apa lagi klu bukn herbalife
huhu

Koyuki said...

nasib baik gua tak kena plkn

YobSumo said...

imheppie: bagus2. tergoda takpa jangan bernafsu ;P


ghostone: samalah, sekali seumur hidup sudahlah.


joejow: aku KMM ler, ada je tulis kat entri tu... kau setahun lg tua dari aku kan?

YobSumo said...

Koyuki: lu mesti jadi penghulu wirawati kalau pegi sana. ada ciri ciri.

siggplus said...

gila tak cool kena masuk PLKN weh..haha

aku enjoy2 je kt rumah time tu..er silap, setahun sebelum tu

chirol said...

muke smngt tul dlm gmbr tu..hehe

Mr.Clive said...

hahahahah
hahahaha
hahahaha

hahahahahah

hahahahah


oops.sori bro..hahaha

style! :D

misz benida said...

ko tua sthun je dri aku rupenye...hehe
aku pon kne plkn gak..
mmberontak je aku kt sna..dlm klas,aku nyandar kt dnding,n tido...
ble JL suh wak ucapan kt dpan,aku ckp xse msuk plkn..kalo denda xkna pnjra,mmg xde la nma aku dlm plkn..
haha

iyllienaz said...

tyme aku lepas spm dulu, kena jaga adek2 aku sbb parents aku g haji..tp ko mmg hero sejati la yob sbb g plkn..aku teringin nk g, tapi da xdpt..nk wat camne..klo ley exchange ngan sape2, da lame aku buat..

hisham said...

salam bro...aku mmg suke org pndai men gtr..hehe...tp bkn suke kt lu...haha...merase gak lu pgg M16..

Fatt Chin Choy said...

tak merasa aku plkn sambil pegang senapang mcm ko

kat mana nak daftar main gitar ek?

YobSumo said...

siggplus: haha mmg tak syok lah. spoil plan. tapi terpaksa.


chirol: mestilah, baru ada gaya parajurit.


Mr Clive: sorry naik lorry lah!


miszBenida: haha dulu time aku pun ada budak mcm kau, direct je cakap dia taknak msk. semua orang salute dia. hahahhaha.


Hisyam: alah suka kat aku pun apa salahnya, aku takda skandal dengan Ah Fatt lah :p


Ah Fatt: kau 28 kan? camna nak merasa PLKN. tak wujud lagi haha.

oh kalau kau mahu masuk kelas proper pergi je mana2 kedai Yamaha yg ada musical class. harga dia standard kot Yamaha mana2 pun.

~0~ said...

rezki berbeza beb...blaja la kat mana2 pun apa yang penting target kita utk berjaya...

~C.h.E.n.T.a..L.y.a.A~ said...

aiyooooo
tabik spring
haha
neway klik klia

YobSumo said...

~0~: betul sangat wei. gagal sekali bukan selamanya kan.


chentalyaa: spring tu anjal kan. oooooooo.

cik EPAL said...

best ke ea pergi plkn??? hehehe :)

chokio_nia said...

same taun spm..hoho..tapi aku tak g plkn..syukur..haha

nadirah_nor said...

ye saye angkat tgn letak kt mulut n gelak manje..
hakhak...
x leth blah tol gmbar2x uh..;p

seroja jingga said...

gambar tak bleh blah
takpe! akak tetap memandang ko sebagai wira..gile hebat! hebat siut!
baju loreng biru! pergh!. very the perkasa!

irarwww said...

lahhh, org br igt nak keje kt club dangdut!

fhad said...

aku lepas SPM suke melacur.. opsss salah.. melancong.. hahah.. nasib aku x kene PLKN.. mau aku hitam sejati.. dah la skunk ni pun itam gak.. hahah.. aku g kl sentral sabtu depan dengan ERL bro...

dilot said...

lor ko muda rupenya yob..

aku amik lesen 2 kali..sbb lupa pki tali pinggang..aisehhh

aku pun dulu lepas spm, keje..seronk ...dari duk lepak kat umah je..tp duit tu skjp je hilang...hehe

www.dilahdilot.com

abe long said...

asal aku xdpt plkn gak?
kenape?
aku pon nk join plkn gak wei...
kenape aku xlayak masuk plkn gak?
aku msih lg konpius nih

abe long said...

oh....
bdak lagi rupenye si yob nih...

joegrimjow said...

xjumpe pooon
maksud sekarang
blaja sana (kmm) lagi?

haah
staun lg tue

addictedtoeleven said...

aha,,abis spm duk umah jadik penteknak lemak yang berjaya..sehingga kini masih mengekalkan lemak yang berjejeran d sekitar beberapa bhgn badan,,lemak adalah our best fren!! err mungkin sekarang my best fren sahaja... >.<

YobSumo said...

cik epal: ada yang best ada yang tak.


chokio_nia: hehe sama umur lah kita!


nadirah_nor: terima kasih kerana menjaga perilaku.


seroja jingga: hehe very the perkasa ya!


irarwww: kau jangan!


fhad: hehe lu jd pelacur laku ke? okeh ape gelap2 sikit, baru kacak.


abe long: haha aku tak rasa kau tua sgt pun, kau student lagi kan. beza 1 2 taun je kot. Mungkin kau muka inesen sbb tu tak kena. haaha.


joejow: he'eh takdalah. dah hbs dah 07/08 punya. sekarang kat U. takde aku tahu dari seorang blogger lain kau ni msk KMM setahun sebelum aku, dan kau MPP. hehe. itu je. kenal Ain Fikri kan.


addicted11: hhahahha sejak bila ada pepatah camtu. ini kes parah ni. haha.

Zon Artis said...

woot! kacak seh :)

oranglidi said...

macho la. wa kalu cakap pasal macho x kan bohong.

sharamli said...

memang bulat...hu3