Thursday, November 12, 2009

wa kasi lu makan lu jangan nak gangster

ber lu lu pulak. itu bahasa internet, atau bahasa gurau gurau. diri sebenar aku kau.

Hobi family aku pergi ke Konsert Agogo Uncle Jeffry Din.
bukan bukan... kita mula kembali,

Hobi family aku makan di luar sebab bukan hobi Cik Puan Besar memasak di rumah.

Lokasi biasa diterjah adalah Bangi, Selangor
Berbekalkan jambang yang belum dikikis, biar aku jadi promoter kejap.
  1. Restoran kat Bangi lawa lawa, kalau burok banyak kucing kurap.
  2. Persaingan mantap beb. Takdalah macam ko tgk bola final haritu, takda kualiti. Makanan kualiti kena jaga. 
  3. Kemesraan mata turun ke hati naik semuala ke mata, winkwinks~

Tapi yang masalahnya no3 tu. Itu penyebab tajuk gangster2 ni. Walaupun wa hati budi baik. Tak penah cari gadoh punya.

Ada satu restoran ni, dah lama ada "food connection" dgn family aku.
Taukeh dia orait. Taukeh dia adelah ambik sorang waitress OKU (buta sebelah mata) bekerja dgn dia.
Yang masalahnya waitress OKU ni. sombong tak bertempat, Ego tinggi ala ala Kanye West.

Pada suatu hari,

Cik Puan Besar: French Fries satu

Waitress: French Toast satu (dgn muka malas nak layan seperti baru lepas menidurkan suami)

Cik Puan Besar: Bukan, French Toast, French Fries satu, KENTANG GORENG.

Waitress buat muka macam faham

Aku tgk waitress tu tulis kat kertas dia, takda rupa "French Fries" langsung. dia tulis "Flen Ris" sambil terketar ketar mengeja.
Kalau tak tahu, tulis je lah Melayu "kentang goreng" kan senang.
Tukang Masak kat belakang tu mesti ingat aku mintak makanan Korea Utara.

-
-
-

Waitress: Air nak air ape?

Cik Puan Besar: Apple, tapi buat suam ya dik.

Aku: Apple Juice.

Waitress menunjukkan muka blur blur tanda tak faham sambil mengerut ngerutkan dahinya yang persis dahi Awie.

Melihatkan keadaan semasa yang agak hampas,
Aku dengan baiknya terangkan balik.

Aku: Tadi mak saya order air epal yang suam punya, saya nak air epal yang biasa punya, yang ada ice.
(aku explain dalam Bahasa Melayu dengan kosa kata dan tatabahasa yang tepat)

waitress: (dgn nada marah macam aku yang tak paham) Apple juice lah tu!
"tu" dgn pitch yang tinggi namun terketar ketar, sgt tak layak ke Audition OIAM.

Waitress akhirnya berampus sambil melemparkan pandangan Mona Fendi.

Cik Puan Besar dah bengang. Dia bertukar menjadi Hijau.
Salah, mak aku masih normal.

Habis je makan Cik Puan Besar complain dekat taukeh. Bukan lah suruh taukeh pecat, kesian pulak minah tu, tapi suruh dia kerja kat dapur je. Itu lebih bagus bukan. Dapat dia release tension dengan bermain buih buih sabun.


Susah kan, bukan semua OKU boleh dapat kerja. Dalam kes ini dah dapat tah hargai. Aku sendiri kecewa.

Cerita di atas ini juga untuk orang yang punyai pekerjaan yang memerlukannya berinteraksi dengan manusia lain, bukan alien.
Senyumlah sikit, senyum tu kan satu sedekah.
Kalau tak pandai, sila belajar dan jangan jadi bodoh sombong, sampai bila bila pun tak maju.

Entri ini juga ditujukan khas buat Pekerja Gomen dan Pegawai MARA yang rutinnya mencuka tak tentu hala.
Juga kepada Makcik Kaunter Digital Library Management & Science University yang takda pasal, cari pasal.

so far, makcik cleaner semua ok. lagi cun lah dari makcik kaunter.


nuff i kelik kelik ya. kekayaan di dunia bukan kekal selamanya. sebab itu kita perlu kejar cepat2.

16 comments:

izzahfarhana said...

flessulyep xsuka yg bermsam2.kita snyum siap x balas.
haha pesanan yobsumo cant go la =P

Solehah said...

yob aku suka..aku pun nak dedikasikan dekat pegai jpj ppuan yang kurang ajar dengan ak usemalam..budi bahasa tu ka nbudaya kita..

cik EPAL said...

order air epal?? terasa pula..ehem ehem... :D

klik nuffnang anda ;)

Noorlaila Mohamed Nor said...

dlm byk2 macik kat sini
macik cleaner la yg paling sombong
tatau pasai pa

YobSumo said...

izzahfarhana: flessulyep tu perkataan jerman ka?


Solehah: satu dedikasi 50 sen harap maklum. aku pun byk gila cerita pasal JPJ ni.


cik Epal: haha terasa di blend ke?


Noorlaila: oh ye ke, makcik cleaner kat sini pendiam, tak byk cakap.

syaf said...

muhahah sengal2...ntah2 die pekak kowt..kiki tp nk wt cam ne kan.. mungkin die tensyen kowt time 2

ijau said...

mkn kt tanjung lumpur sedap yob..

waitress dia pun hensem & kacak.. lalala

~AmyLiana8886~ said...

skrg ni oku turk2 kan..bkn nk hina tp terkejut bile dgr2 berita oku rogol org cabul org..mcm xsedar dri je..huhu..

btul tu tuju kat org gomen..mmg sombong tahap biawak..hehe

♣haNie♣ said...

yg kerek2...mesti macik2..pdhal keje...emmm..xpe lah..x yah la sebut sal pangkat2 ni..nt mendtgkn riak plk...kihkihkih..

ape pn..
org berbudi..kita berbahasa..
kurang ajar kalu...laserkn kn jek.. XD

Akmar Anuar said...

mak kau jarang masak eh?
adakah kau suke??

hmmm...aritu pon kau ade ngadu yg restauran linda onn tu pon ntah pape service die eh??
kali ni pasal restauran ni lak...haihh...kualiti waitress da makin kurang....nk layan org yg bg die duit pon mcm layan sampah je..nyampah!

YobSumo said...

syaf: pekak? tak mungkin, tension, itu kali kedua wookkk!


ijau: aku masih straight di sini. Waitress takdak ka kat Tg. Lumpur tu?


hanie: haha taknak sebut, sebut jugak. takpa2 i feeling u lah!


Akmar: haha emo pulak kamu. ha'ah Mak ante jarang masak. apa nak buat, bukan minat dia. tapi seminggu tu adalah 2 kali jugak berasap dapur.

Goldman said...

untuk harga emas jongkong dan lain2 yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com

harga lagi murah daripada habib poh kong dan dealer2 lain. bekalan antarabangsa

siggplus said...

gua boleh bayangkan bunyi pitching lari bila dia sebut 'tu' tu...sbb lecturer aku bnyk mcm tu..gua siap tulis dekat notes setiap pitching lari tu..lu nk tgk?haha

arque said...

kau sure kaa dia OKU yg mata buta sebelah.
aku rasa die telinga pekak sebelah.

YobSumo said...

Goldman: saya boleh gerudi emas saya sendiri.


siggplus: hahahhaaha. kalau sudi silalah tunjuk "tu". tapi bukan tut, aku tak sudi.


arque: erk. ada betol jugak kau ni.

Fatt Chin Choy said...

ada masalah tu kot... hehe

memang bukan semua org ada kemahiran jadi customer service ni...