Saturday, November 14, 2009

Ronda Ronda Kuala yg berlumpur

Haritu lepas kami beli barang dapur dekat Carefour Alamanda, adik aku tunggu di luar KFC sambil memegang troli yang sarat dengan barang sementara yang lain membeli makanan.

Sekolah adikku 5 minute walking distance ke Alamanda, tentulah ramai member dia di situ.

Sedang sedang dia memegang troli, dia ternampak member dia, lalu dia melebarkan Senyuman Semanis buah Strawberry.
Namun begitu dua Mamat Bangla yang berada di depan membernya itu yang membalas dengan Senyuman Semanis buah Durian.

lalu adikku terkasima dan memalingkan pandangan secara mengejut.
end of the story.

**********

haha.
Story diatas tak kena tajuk. Itu Muka Timah je. Mari kita menyelami Isi Tersirat.

Semalam aku dengan Bossumo turun KL. Dah lama rasanya terperap dekat Putrajaya ni.
Jadi kami memilih menggunakan SMART tunnel, kurang jam.
Sampai dekat tol, aku rasa seperti ternampak sesuatu yang luar biasa berlaku.

Seorang perempuan India menaiki Vios Hitam di lorong Touch N Go sebelah.
Dia scan scan card dia namun palang itu tak mahu naik.
Aku lihat betul betul sambil tanganku ini mencapai capai binokular.

Lah, rupa rupanya dia guna Kad Kredit untuk scan dekat tempat Touch N Go tu.
Memang la palang tu tak mahu naik!
Bananawei betul.

Bossumo dan aku meneruskan perjalanan.
Perut kami berkeroncong, tradisional sungguh bunyinya, adalah kedengaran seperti alunan suara Salmeah Salmeon.

Jadi kami menuju ke kadai batu Kampung Pandan. Solehah pun pernah cerita ttg tempat ni.
Kalau dari lahiriahnya, mmg agak tidak berapa terurus kedai batu ini.
Bayangkanlah, mula operasinya 30 tahun lepas, dan last Upgrade tempat ni pun beberapa belas tahun yang lepas, ketika hingusku masih meleleh leleh.

Favourite kami di Kedai Batu ni ada 3 Gerai.

Yang pertama Aziz Dolmat,
Mee Bandung dia yang terbaik. Masih lagi dimasak oleh Aziz sampai sekarang walaupun dia kelihatan sangat tua semalam.
Arwah atuk aku dulu pun memang suka sangat makan dekat sini. Taste dia mungkin.


Mee Bandung Bossumo

dan yang kedua dan ketiga,
Nasi Ayam Isa dan juga Sate Zul

Nasi Ayam ni memang terbaiklah. Walaupun dah tinggal Putrajaya rasanya sebulan sekali mesti Bossumo akan bungkus Nasi Ayam ni, bawak balik ke rumah.


yg sebelah kiri Nasi Ayam Isa, kanan Sate Zul

Jadi kawan kawan yang duduk dekat area2 Taman Maluri, Desa Pandan, Kg Pandan, boleh la cuba try test makan dekat sini. Google Jalan Thaver, Kuala Lumpur.

Kalau nak berniaga pun boleh jugak, rasanya satu gerai kat sini sewa dia RM200 je sebulan.

**********

Sebenarnya tujuan utama turun KL semalam nak collect hadiah Project Alpha dekat Heritage House KL.

taaadaaaaaaaaaaa...



tapi kecewa sikit la, Voucher RM50 Sony tu dah expired 30/9/2009. Macam mana tu?
Isnin nanti nak call complain dekat Rina, orang Nuffnang tu.
Dia ni cun wei. hehhehehehhe.

Robb pulak adalah cerita sikit2 pasal buffered earning kat aku. Dia cakap kalau blog baru dengan nuffnang susah sikit dapat. hahhahaha. Aku punya blog tak sampai sebulan lagi dengan Nuffnang, manalah nak dapat. Lain lain tips macam yang kita dah tahu lah, position ad tu kena dekat tempat yang senang nampak. Survey korang pun penting jugak, aku lepasni nak edit balik survey tu.



Gamba dalam office dia tak dapat nak tangkap sebab semua tgh serious buat kerja, takut pulak aku nak snap snap pics. Office dia kaler oren dan semua pakai casual je. hah bayangkanlah!

aku ingat nak buat contest la, tapi tak tahu nak buat contest apa. tunggu.....

sekarang click nuffnang ku laju laju!!!

16 comments:

ijau said...

suke2 mee bandung.. hehe

izzahfarhana said...

yob aziz dolmat ade kaitan ngan hatta dolmat x?ekeke
yep survey mmg penting,dr situ diorang nak tau psl blog kita,nak kasi advertiser.
err nk edit blik nanti
besnye yobb dpt hadiah,
sunway ad expired x?

YobSumo said...

ijau: sedap sedap.


Izzahfarhana: hatta dolmat? macam penah dgr, tapi di mana ya?

Sunway Theme Park 5 Disember, Sunway Ice 31 Disember.

Izzah no yang dia kasi tu salah tau, no last dia 4.

Akmar Anuar said...

part makcik tu letak kad kredit kat touch n go mmg kelakor...hahahah..

weh, mee bandung yg sedap2 ade tak kat shah alam?
ko trigger aku lah...adeih...tetibe ngidam =p

paiseh said...

lu ni tak penah tengok kad kredit ada touch n go ni gua syak.. ada laa menda alah tu.. nanti dia masuk ekaun kad kredit lah~

Liyana said...

u join kontest dengan nuff ke?

Noorlaila Mohamed Nor said...

walaweiiii
hadiah tuuuu
banyakkkk

pastikan aku menang kontes kau nanti
nak jugak merasa menang kontest kan

YobSumo said...

Akmar: kat shah alam takda pulak penah rasa yg sedap tp member aku cakap mee bandung Sarawak kat Giant tu sedap wei.


paiseh: eh ada ke? walamak ni rasa nak tutup muka dalam dalam ni. wei tapi apa kes palang tu tak naik?


Liyana: ha'ah. click la link atas pics hadiah tu kalau nak tgk entri sebelum ni :) takpun scroll down je.


Noorlaila: haha aku kena adil wei. nanti bahu kiri berat.

izzahfarhana said...

laa ye ke?nasib dah nak cuti ni,nak g kl lah.tp syg dh beli tiket blk perlis dlu.adoishhh.hatta dolmat pereka baju tu

BuLaN iTu aKu said...

wahh banyak nyew hadiah
kata nak share yob

ada_hairuni said...

waaaaaaaaa.. kamu menang. bnyk Adidas. saye jeles. 0__o

tahniah!!

Wanie-san said...

woi!kedekut nampak!kasi skit hadiah!ubat ketiak pon jadi la!!!
hohohohoho

Wanie-san said...
This comment has been removed by the author.
Khairi said...

best tu bro. :)

Melz said...

hahaha.. congrats once again bro :) taniah taniah.. awan dania :ehhhh hahaha

neway clicked crimas 1x :) enjoy

YobSumo said...

izzahfarhana: oh balik kg dulu. bagus lah, 5 disember lambat lg...


BulanItuAku: jom nak ape? cream shave jambang?


ada_hairuni: jangan lah jeles. kita suka suka sudah!


Wanie-san: ketiak kau bermasaalah ke? hahahaha


Khairi: best woo...


Meltz: mekasih mekasih.