Thursday, November 5, 2009

perempuan, godaan. tak lucah.


aku tulis ni sambil tengok Gadis Melayu Final. 4 free hair 1 bertudung.
Nama aku tak ingat lah, 1st time aku tengok. mana tahu ada yang bekenan di hati.

kakak aku bising2 Tomok perform malam ni. tu yang tahu tu. dulu kakak aku ngan aku tak suka pun tomok tu. tapi lepas dia jadi jutawan, ok gak lah dia tu.

semua kalau tak pakai makeup lagi cun lah. mekap mcm opera cina.


peserta pertama:

Ajar budak2 ice skating kat Sunway Pyramid. Mula-mula dia menari yg lembut2 guna lagu siti yang tengah femes kat radio skarang. Pastu tiba2 ada puisi, ayat last puisi tu "aku lah gadis melayu zaman baru"

terus pastu dia menari RAP. erk?


peserta kedua:

mak ai mekap. dia nyanyi. taknak la komen dia nyanyi, aku pun bukan sedap.

waktu jawab soklan "apa yang anda akan lakukan untuk membantu kanak kanak sebagai seorang Ikon Gadis Melayu"

dia jawab, "saya akan memperkasakan agama mereka dengan menekankan kesederhanaan"

aku tak paham, korang paham?


peserta ketiga:

konfiden wooo. nothing much to say.


peserta keempat:

penah tgk dia punya gamba seksi dekat mana entah. tapi takda lah seksi sangat.
tadipun dia yang paling seksi kot. persembahan pegang2 tangan siap lompat, kena dukung lelaki.

Persembahan dia macam tak kena dengan "Gadis Melayu".

juga jawapan dia.
aku rumuskan, jawapan sangat hipokrit.


peserta kelima:

nama dia fiqa. dia berlakon. ni pun aku taknak komen sebab aku tak reti berlakon.
dialah yang pakai tudung tu.

dia menangis real punya ending2 lakonan tu. Juri2 mcm Rosyam Nor, Nurfarahin Jamsari pun meleleh gak.
aku senyum je.

Fiqa ni yang menang Ikon Gadis Melayu.
kalau tanya aku, aku rasa layaklah.
kalau esok aku dipaksa kawin salah seorang dari mereka, aku pilih dia.



Pengacara aku rasa oklah. kadang kadang aku tergelak gak.

tapi bila tang tang lawak berbisa tu. aku rasa over.
buleh dia puji orang tu cantik pastu tanya pakai susuk ke?
ini bukan borak member2 lah, ini bukan lawak tulis blog, ini rancangan live kat TV.
depan kau tu dah la Canselor universiti aku. respek sikit.


tadi ada Norjumah Habib Muhammad. pakai baju merah. dia yang paling manis. semanis Mcflurry berdebu oreo.

20 comments:

Bintang Hati said...

hye..

yg mana 1 pilihan kalbu?
hehehhe..
adakah saya?
owh jauh panggang dr api..
men2 je..
carilah yg beriman..
ceh2..
yg terbaek tuk awk..

Mimie.Candy Cane said...

hahaha..aku pun tengok tadi.for the first time jugak.tp makin lame aku tgk,makin menyampah aku rasa.ade ciri2 hipokrit dalam setiap finalist tu..

tp yang bertudung mmg ok la kalo menang kalo nak dibandingkan dengan awek2s melayu yang free hair tu

izzahfarhana said...

haha sempat no layan..banyak hipokritt

mier@merr said...

fiqa yg tbaek dlm sume...
aku mmg folo gk r bila da dkat2 final ni....
dia yg nmpk x hipokrit...yg len tuh... ckp psl agama nk lebey...
part selawat yg xthn.. igt lk kt nabi..yg kt ats kpale xnak tutup...igt nabi suke ke?
klu cmtu jd icon...huhu...rosak sume gadis2 mlayu...

~aku bukan anti org free hair..tidak..tidak sama skali..hak korg itu... tp aku xsuke yg tnjuk baek...

p/s : hehe...suke wat emo kt blog org...

saypOOL rafhtello said...

student ukm tu fiqa..cayalah..
padahal xtau apapun pasal filem ni.. ;p

kenwooi said...

i think fiqa deserved it =)

kenwooi.com

YobSumO said...

Bintang hati: hehe. saya tak mencari lagi. masa belum time. kalau ada, adalah.


Mimie: betul. bukan sebab dia bertudung. tapi sbb dia mmg paling ok.


izzahfarhana: biasa le. aku kadang2 hipokrit sunat gak!


mier: aku faham. kamu tak suka yang hipokrit je. bukannya kamu benci yang free hair.


saypOOl: haha tahu! budak microbes kan. tu yang rasa macam lagi nak bekenalan :P


kenwooi: agreed!

Solehah said...

uih ko kemain eh..siap kene paksa lagi kan..tp serius mende dorg nak tonjolkan..aku rasa cam nak ajak org boikot rancangan mcm ni..bkn apa , dorg sesuka nak modernkan dgn cara barat..ambik yang tak elok pulak tu..buat show..tak ka org nak ikut..hisssssssshhhhh..

Noorlaila Mohamed Nor said...

season ni mmg over la
semua sexy2
yg dulu better kot
tp ayat tetap hipokrit

BuLaN iTu aKu said...

susah dah zaman sekarang ni nak cari gadis melayu tulin

siggplus said...

noorjuma gak yg terbaik..haha

babymiLosh said...

kenapa perlu title gadis melayu hoh?

sepertinya plastik sungguh la..

░♥si lampu neon♥░ said...

alaa poyo arr gadis melayu tuuu hahaha

YobSumO said...

Solehah: bagus komen anda sesuai dgn nama anda. Paksa2 tu nak kasi spice up sikit je :p


Noorlaila: kalau ikutkn kat sexy mmg season ni kot, season lepas mcm byk bertudung je. ye tak? (aku tak tgk sgt la)


BulanItuAku: gadis melayu tulin? ape maksud disitu. hahahhahaha.


siggplus: tahu takpa


babyMilosh: habis nak gadis ape? Gadis Jawar?


si Lampu Neon: poyol poyol.

Zulfadzly said...

ape yg ko komen tu aku sokong 100%..aku ingat nak ulas dlm blog aku..tp ko da ulas dulu..takpelah..aku link ke blog ko jer..okeh??

lagi satu..cube ko tanyer mimie tu..bukan ke tv dia kene sawan belang2? dia tgk kat mana?? ade live dlm IKIM.fm ker? xde kan??

Mimie.Candy Cane said...

kuang ajaq ko zul,sampai ke sini ko spoilkan aku ye.so utk penjelasan,aku nak ko bace entry aku tu balik betol2.aku ulang ye. betol2.

kang tak pasal2 aku saman malu kat korang 2 org ni.

YobSumO said...

bertenang semua. mungkin kita buleh menari poco poco seketika sambil menikmati kit kat untuk meredakan kemarahan masing2?

Zulfadzly said...

alamak yop!! mimie dah naik hantu tu..hahahah..aku lari..

xmo poco2..haram..bukan aku kata org kata..

nadirah_nor said...

pengacara mlm tu over...yeaks..<33

Noorlaila Mohamed Nor said...

yela dulu tak sexy
byk pakai tudung
skrg ni sexy
final pun sorg pakai tudung
seb baik dia menang