Tuesday, November 3, 2009

gila kentang, wedges, dim sum, nugget, tempura, sosej semuanya ada.

korang tahu apa kat bawah? rasa macam nak goreng tak?


bloggers terdiri dari mak/bapak budak sampailah ke budak sekolah. Persamaanya semua mesti penah goreng frozen food. tengokla freezer rumah aku betapa belambaknya frozen food untuk dibantai oleh aku cuti cuti ni.

so, harini aku mahu share apa yang mungkin korang tak pernah tahu.

selalunya sebelum korang goreng/kukus frozen food, korang akan:
  • keluarkan SATU PLASTIC frozen food dari freezer
  • letak tepi sinki bagi hilang beku
  • dah lepas 15 minit camtu baru goreng ke kukus ke etc etc
  • dah habis goreng, agak agak cukup untuk kau bantai sampai kau kenyang baru kau simpan balik SATU PLASTIK frozen food tu dalam freezer kan.
dan itu adalah satu cara yang SALAH.

apa yang TAK PATUT dibuat: keluarkan satu plastik frozen food
apa yang PATUT dibuat: keluarkan hanya beberapa biji yang kau agak agak boleh sendawakan kau.

alasan selalunya, frozen food tu melekat la, kena keluarkan jugak kasi ice cair dulu.

ini bukan satu kompromi, by hook or by crook kau kena jugak pecah pecahkan ice crystal tu dalam freezer. guna lah ape2 (pisau, playar, gergaji tangan) janji makanan tu terpisah.

kalau kau malas sangat, tangan tak tahan sejuklah itulah inilah, alternative lain, boleh alihkan frozen food tu ke dalam refrigerator (cold storage) sebelah bawah tu. walaupun akan ambil masa lama unt tunggu ice cair, tapi langkah ini lebih molek dari dibiarkan saja dekat room temperature. sambil tunggu tu, buleh la kau practice berjoget step Wonder Girl. cute ape!

mesti ada yang tanya kenapa tak boleh biarkan dekat room temperature? let me explain.

kalau kita asik keluar masuk keluar masuk makanan dalam freezer, makanan tu akan jadi bahaya untuk consume disebabkan perubahan yang besar pada suhu.

apa kaitan dengan perubahan suhu?
Ada microorganism seperti Psychorophiles yang boleh hidup dekat suhu sejuk, tapi kebanyakan microorganism akan hidup dengan lebih bahagia dekat suhu bilik (Mesophiles)

jadi bayangkan Psychorophiles yang sedia ada dekat frozen food itu ditambahkan pula dengan Mesophiles sewaktu process thawing (pencairan) pada suhu bilik. dan setiap microbes ini buleh induce enzyme, takpun produce toxin, spoilage and cause food deterioration.

so, bila frozen food tadi disimpan semula ke dalam freezer, suhu yang rendah itu hanya akan inhibit (merencatkan) mesophiles activity tapi tidak sampai ke tahap membunuh.

jadi, bila dikeluarkan kembali untuk dimasak, Mesophiles yang sedia ada akan activate balik dan ditambah pula dgn jemaah2 Mesophiles yang baru. tak ke banyak benar microbes tu? dan akhirnya, frozen food itu tidak selamat untuk dimakan dan perlu dibuang.
dah la mahal, buang pulak mmg amalan SYAITON!

harap harap korang dapat belajar sesuatu dari entri ini dan selamat beramal.


p/s: maaf jika translation BI-BM aku sedikit pelik atau tersasar.



nuff aku kelik/peres ya!

18 comments:

Akmar Anuar said...

oh ho!!!
itu diaaaahhhh budak food tech dah bg lecture kat sini!!!

ok2, nnt aku wat camtuh..
maceh sbb kongsi info ni kt sume orang...
byk lak microbes yg berada di frozen food itu ye?
maceh sekali lg sbb bgtau!

idup dak2 msu!!!*tetibe*

Mimie.Candy Cane said...

wahhh..nice entry.kemas.padat dengan informasi .aku sukaaaaa!!!!

tq

chah~ said...

cam ayah aku je. sediakn frozen food bile ak cuti. sbb ak akn tingal sorang2 kt umah.. tkut ank dy lapar.. huahua

Wanie-san said...

lor..bdk food tech..nape x habaq awl2!btl2!sokong sume ape yg di perkatakan coz sy mmg bantai jew wat ape yg sy suke..lolo

YobSumO said...

Akmar: sama2. byk microbes, nak aku list kan ke kat sini? hahaha. tak muat pulak. hidop MSU! - bila bangunan baru nak siap (-.-")


Mimie: Mimie.Candy Cane likes this :)


chah: haha, anak manja ni... aku bukan bapak yg beli, adik aku yang balon time beli barang dapur.


Wanie-san: camna nak habaq kat hang, hang tak tanya pun! sokong sokong!

atyn said...

alamak bro . macam mana nak kempiskan perot neh ..
makan freezy food @ fast food pulak .
haih .

nati aku dtg umah kau curi freezer bole ? HAHA

ZARA 札拉 said...

hehehe~

aku guna microwave bagi cair...boleh tak wei?

P/S: Sorry cz arini aku baru berkesempatan jenguk2 ko~

nadirah_nor said...

huh peti ais penuh.. ag byk arr penempatn microbes yg dceritakn..;p

*klu aku jd microbes tuh aku nk dok kt tempura..feveret aku tuh*

Solehah said...

manyaknya frozen foodsss..suka roti paratha tu...
tq ya..good info ni..

BuLaN iTu aKu said...

ari ni aku dapat 1 pelajaran yang berharga
terima kasih cikgu
16 mei nanti akan ku hadiah kan frozeb food pada mu
ahassss

syaf said...

wah kaw dah jadik cik sain dah pulak..heheh

tapi seyes aku suke makan mende2 cam 2...4veret

habit kot kuar masuk kuar masuk dlm peti ais 2

Liliyuli said...

owh macam tu rupanya..
kalau wa makan gak camne?
tapi kan..wa selalu je buat..xde pape pun hal..huhu

cik EPAL said...

nice entry..haha..

tak baca sampai abes..panjang sangat..wakakaka :D

YobSumO said...

atyn: eh mana makan, kan byk lagi tu. bila nak curik? buleh bukakkan pintu :p


ZARA: tak buleh! itu kuarkan semua lah tu. udara ni pun byk microbes kn.


nadirah_nor: erk, betul jugak cakap kau.


Solehah: welcome! roti prata cicah dgn kurma terbaik!


Bulan itu aku: sama sama murid. tak saba tunggu 16 Mei ;)


syaf: uhh feveret aku gak tu!


Liliyuli: dapur lu bersih kot. kurang lah karat2 kat makanan.


cik EPAL: haha. penjelasan diberi takut terkantoi dgn "nice entry" ke. wahahaha. ilmu kena lah panjang, kalau tak tulis semua, tak faham >_<

♣haNie♣ said...

masuk dlm microwave..ketik defrost..
kan sonang dr nk honggeh peti es tu..hahahah XD

[br tau..mekasih sb share]

Noorlaila Mohamed Nor said...

serius aku semangat nak tau kenapa tak boleh letak luar
sekali mak aiii
fakta sungguh!

Arief Arf said...

kalau nak senang, masak je sekampit tu terus!
melantak sampai puas.
hahahaha

YobSumO said...

hanie: welcome. buleh2 kalau nak masak sume skali.


Noorlaila: mesti la penuh fakta. nnt banjir pulak comment ni soklan mengapa dan kenapa. hehe.


Arief Arf: semangat kena kuat tu! wahahhaha :p