Saturday, November 14, 2009

Kimi Raikkonen

Dulu dulu waktu aku nak ambik lesen kereta, banyak dugaan dan cabaran harus ku tempuhi. Aku diajar oleh 3 Cikgu kereta yang berbeza dari 3 syarikat memandu yang berbeza. Dasyatkan? woi woi, bukanlah sebab aku ni bebal tak paham macam mana nak bawak kereta tapi ada saja halangan yang menyelingkuh. Umur pun baru 18, muda lagi. Standard lah kan habis SPM terus tergopoh gopoh nak bawak kereta. MACAM BAGUS!

Mula mula, aku yang gagah perkasa ni masuk kelas memandu bersama 2 rakan ku yang lain Nabila dan Lydia. Masuk dengan perempuan baru nampak bergaya sikit. Jadi untuk pertama kalini biasalah aku dan rakan rakanku mengambil periksa komputer. Cikgu aku tu bekalkan aku dengan buku yang takdalah-masa-aku-nak-selak-selak-buku-tu-macam-takda-benda-lain-aku-nak-buat.

Alah jawab exam tu nombor nombor je. Opah aku pun boleh buat. Bagi je dia pakai contact lens, nampaklah dia nombor nombor tu. Kerana exam komputer itu sesenang mengorek hidung, ketiga tiga kami berjaya dengan jayanya. Bak kata orang putih, pass with flying colour. Aku rasa aku salah 2 je, itu pun disengajakan supaya aku tidak terlebih teruja lalu berlari lari membuka baju sambil mendedahkan perutku yang boroi. Mustahil aku begitu, jangan mudah percaya.

Eh kejap aku tgk Azzam bintang kecil. Dasyat dia nyanyi Lagu Untukmu. Faizal Tahir puji melambung lambung. Terbaik woook!

ok sambung balik.

Walaupun begitu, pembelajaran aku terbantut oleh kerana aku menerima tawaran untuk ke Matrikulasi Melaka. Bukan aku saja saja terima, aku tak dapat U, faham tak?! emo lebih disitu. Jadi Matrik masuk awal, Lydia dan Nabila meneruskan pembelajaran mereka sehingga mendapat P tanpa ditemani aku, jejaka macho tapi hancur idaman Malaya.

Seterusnya,
Untuk cikgu ke-2 dan ke-3 aku sambung nnt lah.


click nuff (aku kenyit kenyit mata ni)!

24 comments:

sweet.ants said...

hahaha...cpt2 wat test jpj tu nanti lame2 x drve jd kekok plak...

BuLaN iTu aKu said...

hehehe..main sambung2 pulak..
dah macam cite nurkasih dah

ada_hairuni said...

tak reti drive. umur dah 24. tak reti drive. perlukan sorg driver berkaliber. heh..

YobSumo said...

sweet.ants: erk cerita tak habis lagi camne lu tahu wa dah pekse ke lom? lu psikik ye?


BulanItuAku: Sarah takda dalam cerita. tak perlu ribut ribut :p


ada_hairuni: adakah anda memerlukan pemandu yang gagah di perut dan perasan kacak seperti saya?

imHepPie said...

mesti ko wt test tu sambil korek idong kan

iniCIK yASmin said...

hahaha..aku xde lesen agi..cmne ni..dh tua umo

cimb+disney

siggplus said...

amek lesen terbang saja

anwaruddin said...

kelas memandu kelas paling bosan gua penah rase dalam dunia, huhu

arque said...

disebabkan kelas memandu aku terpaksa bangun seawal pukul 6.ciss.

Fatt Chin Choy said...

giler banyak kos nak ambik lesen jer

Solehah said...

huhu..banyak yeh cikgu kamu..aku cita bab ni yang nak menangis ni..uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..

ijau said...

L saya dah mati 3 tahun lepas..
P xamek2.. bapak saya dah ngamuk wt kali ke 101..
lalalala~~~

miss izan said...

nasib la aku amek lesen pas matrik..muahahaha

♣ haNie ♣ said...

ye ke sb tuuuuu..
bkn manjang kantoi ke...
sb masuk simpang xbg signal??

hahahahhahah~

[aku dulu nyaris langgar apek bwk basikal..seb baik buleh rasuah ngan senyuman manis..pass! hahahaha]

YobSumo said...

imheppie: hehe kau jgn bocorkan kat sini buleh?


iniCik Yasmin: takpa ambik drebar nnt.


siggplus: baik ambik kapal selam.


anwaruddin: lebih bosan kalau sorang2.


arque: haha standard lah tu. huh bukan sng nak bgn awal.

YobSumo said...

FattChinChoy: tahu takpa. 3 orang berbeza lagi gila2 la harga


Solehah: kenapa kamu fail dgn cemerlang ka? hahahahha.


ijau: wah mmg patut mengamuk ni. baling luar tingkap punya kes ni.


miss izan: nak tunjuk power lah tu. hahahhaa.


hanie: hang main tipo camni mne buleh trima wooo.

cinta lea ixora said...

hihihi... bijaknye dia... xyh bace dh leh lulus.. huhuhu

kenwooi said...

i was only taught by one trainer =D

kenwooi.com

enuLwanie said...

dtg singgah setelah disinggah oleh encik yob tadi.
klik mengklik nuff amalan mulia.

YobSumo said...

cinta lea ixora: logic je, saya tak bijak.


Kenwooi: wah, so proud of yourself ha. takpa takpa.


anuLwanie: yes! amalan mulia!

IMCurtain said...

Boleh jadi pemandu berhemah ni :)

Jom Promote Your Blog Here: IMCurtain.com

Noorlaila Mohamed Nor said...

eh aku dah komen la entri ni semalam
kau delete ek?

heh aku lulus test kompiter cukup2 makan je
haha

YobSumo said...

IMcurtain: boleh, boleh belah! hahahahah.


Noorlaila: tak kau tak komen semalam. aku manade nak delete2 komen org.

babymiLosh said...

i loikee bintang kechil!