Wednesday, November 18, 2009

Gudang Garam itu berbau Brad Pitt

Aku masa form 4 tahun 2005, aku pindah sekolah dari KL ke Putrajaya. Aku masuk SMK Putrajaya Persint 16(1). Aku dah agak dah sekolah baru macam ni, mesti lab dia bergaung gaung suara....

Kalau cakap "hello" dia jadi panjang "hellllllllllloooo hellllllllllllllooo hellllllllllloooo"
dah macam lagu Beyonce.

Kenapa bergaung? mestilah sebab apparatus dia ciput. Aku rasa lab dalam cerita Tarzan tu lagi up. Aku malas cerita details, tapi masa form 4 ngan 5, rasanya cukup aku bagi tahu untuk Fizik kami hanya buat eksperimen troli yang kita gelongsorkan, pastu keluar tetek tetek. Bunyi dia memang macam haram. tet tet tet tet tet. try cakap laju laju.

ok kita ulang lagi sekali, tet tet tet tet tet tet tet tetttttt. macamtulah.


lebih kurang begini lah rupa eksperimen troli tet tet tet tet


mintak maaflah. cerita pengalaman manis macam ni aku emo sikit...

Dalam masa dua tahun aku menapak kat sekolah tu, 3 cikgu Fizik ajar kelas aku. Bunyi hebat kan? haram tui tui je sebenarnya. Cikgu 1st nama dia Suzana kot, oklah diani, 40-an, bertudung labuh, ada gaya otai Fizik la. Dia ajar kejap je dia nak pindah.

Masuk cikgu baru, muda, gebu, gempal sikit nama Rogayah (bukan nama sebenar). Dia ni kangkadang kelakar, kangkadang emo tak beragak. Eksperimen troli tu dia lah yang buat. Dia selalu cakap kami salah, tapi dia tak reti explain kenapa salah. At last, dia berpindah sebab nak kawin dan ikut hubby dia.

Ok, yang last ni paling tak boleh belah, Cikgu Othman (bukan nama sebenar). Othman ni kalau kelas 2 Jam, 1 Jam terakhir baru dia datang sambil berjalan laju laju mengejar masa. Bila dia masuk kelas, pergh bau Gudang Garam dia kalahkan semua bau bauan lain dalam kelas tu. Kau pakai lah perfume Dunhill Desire Blue ke, CK IN 2U ke, Vera Wang ke, kau tetap tak boleh tanding bau Gudang Garam kat baju dia. Ini kes kena bukak tingkap punya, kalau tidak mati kelemasan.


rokok termurah. betul kan? maaf jika salah
saya menyokong Tak Nak! Rokok.
 
*kepada yg tidak berapa tahu, Gudang Garam ini satu rokok yg keras dan bau dia sangat kuat berbanding dengan rokok2 di pasaran. Selalunya Gudang Garam ini diseludup masuk dari Indonesia, sbb tu ia lebih murah.

Cikgu Othman ni bila datang lambat, alasan selalu dia, "saya minum pagi kat kantin tadi tak perasan dah lambat pulak" kadang kadang dia tambah lagi "jam saya mati" atau "handset saya habis bateri tak boleh tengok jam". Tapi alasan dia yang paling tak boleh aku lupa sampai aku mati, "saya pergi Petronas tadi buang air, toilet guru takda air". Wallahualam nak percaya ke tak.

Aku menulis di sini bukan untuk memburukkan guru guru tersebut dan memburukkan sekolah lama aku. Erm, sebenarnya yang sekolah tu aku sengaja nak orang lain tahu, bukan sekolah kat Putrajaya ni tip top semua ye. Pada guru yang membaca (aku tahu ramai) janganlah anda berperangai sedemikian. Kalau murid tanya, bagilah jawapan paling se bagus, se terbaik, se rigid yang mungkin.

Jauh di sudut hati aku, aku rasa Cikgu Othman ni kuat pergi berdangdut. Terjumpa boleh wink winks.

*Namun begitu terima kasih diucapkan kepada semua guru yg pernah mengajarku
(setelah ditarbiah oleh Solehah)

nuff click2 macam biasa (>_<)

43 comments:

~AmyLiana8886~ said...

dh name cikgu yob tu dia rase dia je betul..mane leh ank murid lg pandai dr dia..

Zulfadzly said...

aku rase cikgu othman ni ade connection la ngn bekas cikgu aku..sejibik gaya mereka..

disebabkan aku kurang pandai aku percaya je bulat2 kelentongan cikgu aku tu..

aku sgt nerd dikala itu..

ada_hairuni said...

Yob, setuju. Busuk... Busuk... Nape kat dalam gudang garam ade rokok? Kalo dah name gudang garam, ade garam je la dlm gudang tu. Haishh.. Katekan tak nak pade rokok!

Pernah experience gak bunyi echo camtu mase kat matriks. 1st batch, so lab kosong, library ade rak je. buku x de.. Oh.. seksa sgt.

Arief Arf said...

haha..
rokok gudang garam tu rokok bajet..
bau die memang.. perghh..
semerbakk..

aku rase cikgu tu slalu lambat sbb rokok tu memang lambat nak habis bile isap..
tu sebab die datang lambat..
hahaha

Solehah said...

ucap terima ksaih gak kat cikgu othman sebab ajar kita..walaupun cuma sepatah ..hehe..tarbiah ni.

Liyana said...

ye..cokgu datang nak mengomen

haha..baru nak tegur bunyi tet tet yang u cakap macam haram..seb bek awal2 dah tukar style tulis..lawak2...tu experiment ticker timer lah

so, kesimpulannya, suka fizik x?

i'msosupernotcool said...

they r human too..
huhu..
my history teacher pon like dis..
bt he was more into politics..
he was the ketua pemuda of some party at dat time..
so??
scary?
shud i say?

Mr.Clive said...

barulah style.aku nak gak ar cikgu tu.boleh mintak 'vitamin' tu skali
hahahaha

ahleng ariKen said...

HIDOP GUDANG GARAM!!! hohoh

YobSumo said...

AmyLiana: haha. tak kisah camtu, tapi at least dia explain lah kenapa begitu dan begitu.


Zulfadly: haha. aku pun percaya je. siapa lagi yang kita nak percaya bukan.


ada_hairuni: haha sedihnya library takda buku tapi ada rak. dia suruh main hide and seek lah tu.


Arief Arf: haha ye ke lambat habis. oh aku tak tahu fakta itu. kau pernah try ek :p wink winks.

YobSumo said...

Solehah: will do kak. Thanks kerana mengingatkan :)


Liyana: oh ticker timer ke. I dapat ilham tulis entri ni pun sbb smalam u cakap u cikgu fizik. hahahha. Minat fizik? MASIH TIDAK. wahahahahhaha


i'msosupernotcool: yup u're right, they're human too. Aku suka dgr politik tapi BUKAN dari guru. Guru dan politik = NOT COOL


Mr Clive: haritu nak entertainment, harini nak vitamin. hahahhaha. lepasni Viagra ke beb? :P

YobSumo said...

ahleng ariken: hahaha, hang ketagih ka?

FirdHaikaL CHinta ilLahi said...

aku ada cikgu...dia ajar sains form 3...bau dia bau rokok masam....tengit...busuk gile...aku tak ambil tahu apa yang dia ajar...baik aku belajar sendiri...lagi cemerlang.....aku selalu kena denda dengan dia...tapi aku suka...hahaah

izzahfarhana said...

haha bosan ouh eksp troli tu.boring gile.haha kuat dangdut x tahan!

Noorlaila Mohamed Nor said...

cikgu fizik aku hensem2
tapi tatau pasaipa aku dapat b jugak
padahal dah cukup fokus masa belajar
haha

iniCIK yASmin said...

adik yob..hahaha

ckgu lelaki slalu cm 2..dlu slalu tyme skoalh rndh pas training netball or handball msti nmpk ckgu2 lelaki smoking kt blakg stor sukan..hehee

besi said...

yobsumo...cikgu pun orang gak........

heheehhe

Kuwe said...

part rokok2 ni taktau pulak aku.

ada gudang dalam garam ke ada garam dalam udang ke.gua takde bakat merokok.

YobSumo said...

Fird: haha, kau suka kena denda? kenapa dia suruh buat jalan itik ka?


izzahfarhana: haha asal dangdut je tak tahan? best apa :p


Noorlaila: cikgu kacak2 mana boleh fokus beb! lebih2 org mcm lu ni... hahahaha! jangan tipo laaa.


iniCik Yasmin: hisap rokok takda hal punya. tapi sendiri berpada padalah kn.


besi: mmg org beb. takkan alien :)

YobSumo said...

kuwe: gudang dalam garam tu mcm mana wei? confuse lah :p

joegrimjow said...

bese cg kena jd lebey pndai r
baru btol

sI tEDI said...

pandailah ko cakap cikgu ko g dangdut! dengo dia kecik ati!

Wanie-san said...

xperiment troli gelongsong pas2 die letak kertas yg ade bijik2 kat belakang 2 kew??perghhhh..suke bangat sama i2 experiment!

awat hang xpanggil aku jew jdi cikgu hang!sure hang fail!lalalala

pila/san:cikgu othman 2 ensem x??ada bini?anak berape org?perot buncit x?hahaha

Cik Dila said...

haha..kamu memang anak murik derhaka.Berani betul ngumpat cikgu lam blog.tau kat bekas cikgu cikgi ni mau kena luku kepala 3 4 kali..hehe!!Tapi takpe..kalau cikgu ko bace ni tentu bangga gile

kawie2020 said...

walau bagaimana pun cikgu, dia tetap guru... mengajar atau tak dia tetap guru.. tapi kita tak bleh memilih guru sepeti kt U. terpaksa terima cikgu seadanya...

Akmar Anuar said...

aku pernah gak weh merase cikgu2 yang nak tak nak mengajar je..selalu cikgu lelaki la...selamat la lepas tu aku masuk sbp, so takde merase cikgu mcm tuh!

harap2 kualiti tenaga pengajar kat mesia ni improve weh..takut pulak cane dorang anak cucu kite nanti..isk..isk...

Mimie.Candy Cane said...

kenapa aku baru nampak ko punyer blog update ni? jauh sungguh ketinggalan aku ni..

aku tertarik dengan eksporimen kuar bunyi " tetek..tetek"

hahahahhahahahahahhahahahahahha!

Fatt Chin Choy said...

aku pun ada pengalaman cikgu bau rokok ni

♣ haNie ♣ said...

fizik??
time subjek ni aku amik port duduk paling blkg kelas smbil main game titik2 dlm buku math..

mcm gamps!

avid gunner said...

...dan gua paling menyampah dengan fizik. tak tau macam mana gua bole tersangkut kat engineering skang nih...hehe...

YobSumo said...

joegrimjoe: aku suka pendapat kau. benda yg simple macam tu dorang patut faham2 sendiri lah.


si Tedi: hahaha. dia tak dengar punya.


Wanie-san: dia bapak orang, ada isteri, ye perut dia buncit, anak dia kenet2 lagi. hehe. camna wani-san?


Cik Dila: aku tak paham kamu ni, mula2 nak menentang aku lepastu cakap bangga pulak. confuse2x. hahahaha.


kawie2020: ye betul, nak taknak kena terima dan cuba mengambil sebanyak ilmu yang boleh.

YobSumo said...

Akmar: aku suka saranan kau. ye, mesti improve. dah ok tapi masih boleh improve.


Mimie: haha kau muncul2 terus lucah kan. hahahhahahaha!


Fatt Chin Choy: rokok biasa boleh layan lagi tapi Gudang Garam, too strong lah Ah Fatt.


hanie: hahahha. gampang ke hang? klakar2. Nasib baik main titik kalau main ehem2 lg ssh.


avid gunner: aduh engineer yang agak sejarahwan lah kau ni. Tak kena tu beb. Kombinasi yang takda kimia.

anwaruddin said...

aku rase en, cikgu kau tu menyamar je kot, hahaha!

HonEyBuNNy said...

hheehhe..mcm2 la..nak gelak pown da bca.,..huuhu

ijau said...

eksperimen troli tu bosan..
kat matrik pun kena buat lg..
dahla kena tunggu lama.. =(

MOHD FIRDAUS WAHAB said...

hahak..
apeke lawak beno cite zaman skola ko..

xpe2..

sbnr nye..ckg othman lmbt msk klas..
sbb die bantai rokok dlu..

da la isap gudang garam..
mstla lmbt abes..

pas2 bg alsn mcm2..

padehal tlg bini msk kat umh..

hahak..

*p/s : tiade kene mengene yg hdp mahupun sebalknye..

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ said...

kim salam kat cikgu othman...
hehhee..

kuat pi dangdut?
leh ajak cikgu othman pi kelab dangdut la cenggini....

ek ah ek ah....hiks~

sedap gak kan kalau lepak kat taman warisan pertanian precint 16 makan nasi lemak...fuh!

IT'S Me N.a.N.a said...

betul2.cikgu sekarang mmg cenggitu. Kdg2 tue siap ada yang boleg bercinta pulak tue dengan anak murid. Pantang nampak comei sikit dah tergugat iman. Yang anak murid nie pulak mcm x boleh fikir..fUHHHHhh~

mein melon said...

hahaha! bley plak ko cter psal chegu Othman yg belt dea slalu t'bkk tu kt cni.. :))

farenova said...

Yob..akak pun tak tahan bau Gudang Garam..kalau kawan akak hisap roko tu, samapi ke esok pun tak hilang baunya(kalau dia tak mandilah)..

YobSumo said...

anwarudding: tang mana dia menyamar eh? perot?


Honeybunny: so nak gelak ke taknak ni? hehehe. kurang mengerti di situ.


ijau: serious! wow nasib baik lah hamba tak masuk fizikal. Gua hayat!


Firdaus: weh, bini dia buat catering ke? asal kau tahu aku tak tahu ni?! cit!

YobSumo said...

yanieputrajaya: best best! jom makan nasi lemak! alamak... aku dah nak belik shah alam la malam ni!


it's me Nana: oh itu dah serious, aku takda pengalaman tgk situasi begitu. Tapi pasti ada.


mein melon: hahahhahaha. mein itu bukan nama sebenar ;p lupalah aku nak mentioned pasal belt dia kat dalam entri. hehe takpa2 tak baik burukkan org. hahahahhahahaha!


Farenova: akan mintak drg isap rokok mahal2 sikit. Gudang garam tu murah sgt. hehe.

鯛魚燒Star said...

,徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社