Friday, November 6, 2009

Cerita hening pagi... hening ke kening ke pening?



ha tengok ape aku makan ni. pagi tadi dua dua aku balon.
aku laparlah, hujan kan.
breakfast tadi semua orang ada kecuali adik aku, dia kat sekolah.

aku dengan kakak borak borak la pasal blog lah itulah inilah.
dap dip dup tetiba entah macam mana termasuk cerita kelas guitar.

Bossumo kata kat kami berdua "Korang ni dah ada guitar masing masing bertahun tahun tapi satu lagu pun papa tak penah dgr"

aku menjawab "sume akak punya pasal la, orang dah ada cikgu yang boleh datang rumah lagi ajar guitar tapi dia taknak masuk share, dia kata nak tengok dari jauh je, aie (aku) sorang je bayar"

kakak menyampuk, "baik orang guna duit tu beli baju ke heels ke"

Bossumo pun mencelah dengan yakin mahu kasi suggestion bernas,
"alah guitar tu belajar guna BOOKFACE pun boleh"

tersembur nasik lemak aku. tergelak gelak kami bertiga mendengar. air mata terkeluar. aku gelak sampai rasa kenyang pulak.

Cik Puan Besar dalam gelakan sempat lagi betulkan suaminya,
"FACEBOOK lah pa"

Bossumo tersengih sengih je "suka sangat lah korang kan"

dia sambung lagi... "alah bukan blajar guitar guna FACEBOOK, alah guna... alah..." (lama jugak dia berfikir)

aku tahu apa dia nak cakap, tapi saja je buat buat tak tahu.... nak tunggu apa yang keluar.

sekali kakak pula sebok, " apa, YOUTUBE?"

Bossumo, "ha! YOUTUBE! tu yang papa nak cakap tadi tu"


Bossumo, Bossumo....


aku takut lah kalau Bossumo atau Cik Puan Besar ada account Facebook.
dah la aku ngan member member di sana asik lawak lucah je. tak lucah mengarot. tak mengarot mencarot.
itu adalah sebab kuat aku bukak facebook untuk main game sahaja.


Makcik aku dah ada account Facebook! ramai yang veteran makin maju. aku tak buleh terima.

11 comments:

iniCIK yASmin said...

wow..sdp dpt breakfast nsi lemak daun pisang..

Mimie.Candy Cane said...

hahahhaha..tegang usus aku gelak tadi.skali bookface daaaaaa...

ko ajar la bossumo main fesbuk..mesti best.kalo ko nak best lagi,ko ajak dia blogging..haaaa...

best tak idea aku?

Akmar Anuar said...

JAP!
kalau ni facebook, aku nak pilih AKMAR ANUAR LIKES THIS.

hahahaha..ayah ko senget!!
tau jugak ayah ko kat facebook!!

ayah oh ayah...

p/s: ko pandai main gitar tak nih? nak gak dengar weh! :D

nadirah_nor said...

huhu...
aku nk ajr bossumo fbook
bair trbongkr sgale kgiatn kao..
(muke jahat..;p)

Noorlaila Mohamed Nor said...

aku lak semangat nak beli laptop kat ayah aku suh wat YM
senang nak mintak duit
haha

Arief Arf said...

bahaya gak kalau mak bapak makcik pakcik atuk nenek sume ade facebook.
tak pasal2 kena bersopan dan bertapis..
haha

saypOOL rafhtello said...

sekarang semua org dah maju..
bukan setakat makcik2,nenek2 pun dah ada.. ;p

arque said...

aku cuak kalau2 family aku google name aku.kompem kene sembelih punye. T.T

BuLaN iTu aKu said...

hehehehehhe
takot kantoi yee...
bookface..
hehehehehe...
tak baik la ko ni YOB.. gelakkan papa ko..

YobSumO said...

incik Yasmin: sedap2, skrg yg ada daun pisang ssh dpt.


Mimie: tak best. idea kena hantuk ni.


Akmar: haha nnt lah. man man. Yuna tu baru nak naik, aku taknak cantas sbb nama lagu aku Oh Matahari. hahahaha.


Nadirah_nor: pulau pulau!


Noorlaila: kau mmg nak duit je. $$$

YobSumO said...

Arief: tahu takpa.


sayPool: nenek sapa ada fb? bgtau sini. aku nak kasi kiss.


arque: aku buleh bayangkan kegiatan jahat kau :p


BulanItuAku: ha'ah tak baik, tapi buleh ke nak tahan? gelak jelah. wahahahhahah!