Friday, October 30, 2009

Cerita Hantu 003

dalam Cerita Hantu 001, jiwatenanghatipunsenang (dia, dia, dia atau dia aku sendiri tak pasti) ada mengingatkan aku untuk bercerita tentang Imran (bukan nama sebenar).

jiwatenanghatipunsenang pastinya penduduk 4th floor di Kolej Matrikulasi Melaka 07/08. ini kerana tak ramai yang tahu tentang cerita hantu si Imran dan lebih lebih lagi menggunakan nama "Imran" sebagai nama samaran.



sedikit tentang Imran,

Imran adalah satu satunya roomate aku. dulu ada budak repeat, pastu india, pastu diva kat dalam bilik tu jugak tapi akhirnya semua berhijrah ke tempat lain atas sebab sebab tertentu. bilik aku cantik C1.4.3 (i love you) amacam?

Imran ni walaupun umur dia setahun lagi muda dari aku (budak lompat) tapi dia ni memang baik la. satu kepala, kelakar, gila belajar dan sangat pandai. tapi Imran ni juga ada kelebihan yang tak berapa aku suka. dia boleh nampak hantu.

Imran ni ada kembar. kembar seiras. dia pernah bagi tahu aku kembar dia pun boleh nampak hantu. setahu aku, kembar seiras ni memang selalunya ada kelebihan yang orang lain takda mcm ada kata hati sama, dan ada yang sampai tahap boleh berkomunikasi sesama sendiri dalam bahasa yang orang lain tak tahu.


******


Imran hobi dia bukan kumpul setem tapi stay up late and study, yang mana waktu tu aku telah mendugong tido sambil melayari mimpi mimpi basah yang indah.

yang tak syoknya, tengah tengah dia study tiba tiba dia menjerit. menjerit yang kuat sampai aku terjaga dari tidur. dan melompat dari mejanya ke arah katil aku. bila aku tanya, dia kata nampak hantu!

walaupun lampu terpasang, tapi tindakan dia sangat mengejutkan aku. sebenarnya takda banyak benda pun yang aku boleh buat untuk tolong dia. selalunya aku tenangkan dia sikit, suruh dia cuci muka, kaki dan teros tido sambil dgr MP3 ayat ayat Al-Quran.

kejadian jerit menjerit ni bukan sekali dua berlaku sepanjang aku belajar dekat kolej tu, tapi lebih kurang seminggu sekali sampailah satu tahap aku mula pertikaikan apa yang dia nampak.

kitorang (aku dan dia diatas) selalu gak bagi tahu si Imran ni jangan ikut emosi, jangan layan perasaan sangat, nampak benda pelik je teros sangkakan hantu. kadang2 aku rasa bersalah juga pertikaikan benda yang dia saja nampak, tapi bila benda macamtu menjadi rutin memang akan beri kesan dekat aku juga.

paling ketara, tidur dan emosi aku terganggu. dengan keadaan belajar di Matrik yang sgt rush kentut pun tak sempat aku memang tak pernah cukup tidur. ditambah pula dengan adegan bangun tido secara mengejut setiap kali Imran menjerit pukul 3 atau 4 pagi adalah sgt tak kool.

dari segi emosi, bayangkanlah kalau orang bagitahu kat kau dia nampak hantu dalam bilik yang kau tido jugak. hantu tu ada kepala je atau hantu tu berdiri sebelah almari kau, macam mana kau rasa? walaupun aku selalu buat macho seolah olah macam takda hantu, hakikatnya emosi aku sangat terganggu. aku pun takut jugak. ingat aku alien takda rasa takut?

paling teruk sekali yang pernah jadi, malam lebih kurang 3 pagi. aku dan Imran dah tidur, lampu tertutup. skali tiba tiba dia terjaga dan menjerit minta tolong. tapi kali ni dia bukan lari ke arah katil aku, tapi lari keluar dari bilik tinggalkan aku sorang. cis beger betul! kalau nak lari tinggalkan aku pun atleast bukak lah lampu dulu! aku pun dah rasa lain macam time tu.


*****


bahana hantu Imran ni takdalah berlarutan. lepas setengah tahun kat Matrik rasanya adegan jerit menjerit tengah malam malam buta dah takda dah. dia dah pandai control emosi dia, kalau nampak pun dia kata dia buat buat tak tahu. alhamdulillah.

lagipun aras aku ada 12 bilik, bilik berpenghuni cuma 5. Imran dah pecah masuk satu bilik kosong untuk dijadikan bilik belajar dia malam malam buta. baik budak ni, dia tahu aku tido pukul 1, so aku boleh tutup lampu bila dia belajar tempat lain. akhirnya, aku tido sorang tanpa sebarang gangguan atau nyanyian Imran yang sumbang. hehe.

oh! Imran akan tidur sewaktu semua orang terjaga. dia memang pelik.


mana satu Imran (bukan nama sebenar) ?


Imran kau jangan marah kat aku, ini entri khas untuk kau sebagai tanda kasih sayang kita. gila ayat gay. ha, jiwatenanghatipunsenang jeles ke? wahahahha!

korang pernah kena atau berada dalam situasi macam aku?

cerita cerita lepas,
Cerita Hantu 001
Cerita Hantu 002


nuffnang, mcm biasa ya ;)

13 comments:

BuLaN iTu aKu said...

fuyooo
memang seram
meremang bulu roma aku
aku rasa imran tu dad dejevu
hehehe

Bintang Hati said...

hye..

kita pon ada kawan cm tuh..
p dia kuat smgt la..
dak sekolah presint 9..
hhehhe..
slalu gak dia cite..
mana satu imran?
sampaikan salam kita kt dia erk..
hehhehehhehe..

Akmar Anuar said...

kawan anda itu mmg menakutkan..
die pe cte sekarang ni weh?
jangan cakap die duk perdana lak...
haaa sudah aku pon kene mcm ko lak..hahha...

HAI IMRAN! <-- ayat jaga hati =p

♣haNie♣ said...

kt umah lama dl..mende alah tu salu lalu lalang dpn bilik..smbil bunyik2 loceng kaki..xpon pesen ketuk pintu, panggil nama pukul 3 pagi.

haihhh~~

nadirah_nor said...

huhu seram
tp aku rase die nmpak
wajah kao arr
bkn antoo
clap arr tuh
*manusia x lari dri ksilapn*

fitriah said...

takot ooo..

Noorlaila Mohamed Nor said...

kirim salam imran!

YobSumO said...

BulanituAku: bulu roma je meremang? sure?


Bintang Hati: Imran yang paling macho. cariklah. haha.


Akmar: wei dia duk Perdana! haha takdalah. tapi aku selalu je keluar dgn dia sbb dia kat UiTM Shah Alam.


Hanie: pergh pakai loceng kaki. geisha punya hantu ka? dia panggil nama kamu ke hanie?


nadirah_nor: kerek eh, kenakan aku sekarang. haha.


fitriah: lu takut2 baca betul betul ke tak ni?


Norlaila: Imran cakap mlm ni dia jawab dalam mimpi anda. tunggu...

Mimie.Candy Cane said...

aku ni confius tau.masa bace entry ni,kejap2 aku rasa seram.kejap2 aku tergelak.benci la...smpai aku skali ikut terganggu emosi.

*mimpi basah yang indah?? hahaha...takleh blah

Nabil Fizri said...

?!

aifaa said...

ckp kat dia,kalau jumpa hantu vampire mcm edward cullen,hbaq kat aifaa.haha

PeJuAnG HiDup said...

aq ada pengalaman ngn hantu. tgk post gunung angsi. huhuhu...

Anonymous said...

tahu tak cerite psal bilik 7 aras 2 setiap blok knp ditutup