Friday, October 16, 2009

Cerita Hantu 002

hoi hoi hoi bertemu kembali kita di dalam rancangan Uncle Seekers

haish sgt lah tak kool intro tu. ape barang seekers. hantu nyit nyot je ada. kena rasuk lebih2. ahhh toyol poyo betol la!

ok! so story entri kali ni, story baru, story hot. hot mcm aku.

ini kejadian yang paling barulah berlaku. lokasinya di rumahku syurgaku, Desa Pinggiran Putra, 43000 Kajang. tapi kalo korang pegi cari taman ni kat Kajang mmg korang takkan jumpa. tp kalo cari kat Putrajaya adalah wujud. highway antara Alamanda - PICC. kepada yg baru kawin, nak cari rumah, sini hot spot la sbb great location, dan org yang tinggal pun baik baik mcm aku.


ok kita kembali kepada cerita hantu.
(buat muka seram, standby cushion mahu tutup mata)


rumah ni mmg orait. aku dah pindah kat sini dr tahun 2005 lagi. tempat ni mmg sunyi. tapi aku mmg takda masalah dgn sunyi. sunyi itu tenang. dulu time duduk kat KL, serabut kepala otak setiap hari. tak kool la KL bukan ada salji pun.

sementelaah aiyo sastera gila...

start balik...

waktu mula mula msk rumah aku ni takdalah gangguan2 syaitan, hantu, jin, jembalang, lembaga hitam, toyol dan sebagainya. terasa aman dan damai. bunyi bunyian tu biasalah. bunyi cengkerik pun biasala, bikini bottom pun ada cengkerik kan?

tapi baru baru ini, sesuatu yang tak dijangka terjadi.

cik puan besar mmg selalu tido lambat. org baca newspaper pagi2 during breakfast, dia plak baca newspaper pagi2 sebelum tido (lewat malam lah tu). so selalunya, dah menjadi rutin, after dia habis membaca newspaper, dia akan ke washing machine di bahagian sisi rumah untuk drain air2 yang masih tertinggal dlm tu.

tiba tiba...

dia terdengar suara perempuan menjerit. mengilai ngilai. pada mulanya dia mahu selak langsir dan tgk apa yang berlaku tapi memandangkan sudah lewat malam dan jeritan itu lain macam ditambah pula dgn bulu2 romanya yang telah terangkat, dia mengambil keputusan bergegas ke bilik dan melelapkan mata.

..............


beberapa hari selepas itu, sedang cik puan besar syok2 gardening kat luar rumah, neighbour sebelah datang. igt nak bergosip, biasalah perempuan rupanya tidak. Cik Yati bertanyakan pada cik puan besar,


"akak malam td Syahir (aku @ YobSumo) ada mengaji ke dekat rumah?"

"Syahir takda kat rumah Yati, dia kat Shah Alam semalam"

"tulah pelik jugak, semalam Izad (anak cik Yati) kata dgr suara lelaki mengaji dkt luar rumah, igt kn syahirlah"

"pukul berapa tu Yati, kalau Ira (adik aku) selalulah mengaji lepas Maghrib"

"tak kak, Izad kata die terjaga pukul 4 pagi dengar org mengaji, itulah yg Yati pelik tu..."



haish... 2 perkara ganjil selang beberapa hari. tak pernah terjadi sebelum ni. so malam tu cik puan besar call aku, dia ceritalah benda2 ni semua. aku cuma gelak gelak je lah kn. aku anggap mereka semua berhalusinasi je...

.................


weekend minggu depan tu, Bossumo pun ambik aku dari Shah Alam untuk pulang ke rumahku.
aku mmg selalu tido lewat, tgk movie lah, online la, pixel rangers la, blue lah. ok yang last tu aku aku TAK tgk. i mean tak tgk mlm mlm :p

so mlm hari yang sama aku balik, lebih kurang 3.30 pagi mcm tu baru aku nak tido. seblom tido, aku keluar bilik dulu, minum air off internet. aku masuk je bilik, sumpah BULU ROMA aku TERNAIK. SUMPAH aku DENGAR org mengaji kat luar rumah.

jantung berdegup mmg laju lah.... peluh pun dah start keluar.... aku macam biasa, control muka macho dan teros tido. knapa kna buat muka macho? sbb kita tak buleh nampak lagi lemah dari mereka, itu yang aku tahu. lagipun muka aku mmg macho :p



tp atleast dia baca Al-Quran kan. Ha! lupa kasi tahu. kejadian ni semua bulan Ramadhan. yang aku tau syaitan kena ikat tapi jin tidak bukan? jadi aku rasa ini Jin Islam.

tp igt!
"sebaik baik jin adalah seburuk buruk manusia". jgn sesekali kita terperdaya dgn tipu helah jin.





p/s: bulu aku terangkat la time nak post entri ni. haiyoooo....

12 comments:

fhad said...

owhhh.. ko pun jumpe antu.. tapi seyes area pinggiran dan putrajaya mmg byk.. aku sendri penah nmpk.. kalo ko brani ko g presint 11 bawah trowong...

YobSumO said...

hah! aku tau cerita kat situ. punca dia dulu ada eksiden ke? budak skolah mati ke. aku pn tak sure. byk gak crita pasal terowong tu aku dgr sbb dlu adik aku skolah kat P11. huh semangat. wei aku betolni nak tgk hantu, jom! tak penah tgk lagi.

Mael said...

wuiyooohhh!

takut nye...

eh tapi kau tengok blue waktu siang? bulan Ramadhan? ko x puasa ke?

Hahahahahahahahahha

Banyak2 kau tulis, ni je yang aku serap. hehe... tak la. jgn risau. aku tak sekejam tu. tapi... eh, aku ada baca betul2 ke tadi? erm...ntah!

Yern Ain said...

erk. itu scary!
myb klu im in ur shoes, blk bilik psg org ngaji kt komp kuat2. huhu.

Ms.Independant said...

Isk. Xmo jejalan putrajaya mlm2 lagi lah.
Xpena tahu plak Putrajaya pon ade antu.
:P

YobSumO said...

mael: hah ko mmg aku dah kenal. 24/7 layan benda tu. takla, aku bukn crita aku tgk bulan puasa pun kn. aku cerita pasal jin mengaji.


Yern Ain: haha dah off sume dah tu. mata pun kuyu2 tak larat on laptop balik.


Ms Independent: ala relax la wei. mana2 ada hantu. putrajaya malam best ape. nyaman dan tenteram.

Pais Chaos said...

bulu terangkat angkat.. bahaye tu!!

mimie said...

biasa aku penkomen awl.tp kali ni terpaksa lambat sbb aku tunggu siang dulu baru bace entry ko.tp bulu roma aku still meremang. demm!!

aku rasa tu jin islam la kot.yer la.nasib baik dia mengaji.buatnye dia duk panggil..."syahirr......syahiiirrr...." , terus ilang macho ko malam tu kan?

YobSumO said...

Pais chaos: nasiba baik bulu je terangkat, kira terkawal lg lah tu :p


mimie: haha, penakut btol ko ni kan. ish kalo dia panggil mcm tu, bukan macho tp hancor.

pencacai najis kaya said...

oh fyi, mmber aku bole nmpk sume mnde2 ni. die kate, bulan pose pn ade ape. cume setan je kene gari, yg lain sume ok. unchained :D slmt mlm~

mein melon said...

uuh.. aku cm takut nk bce post antu ko ni.. tpi aku bce gak sje nk cari thrill keh keh..

oy! aku baru ingt nk g toilet lpas bce post ko.. x jadila!

Anonymous said...

Ada yg kata kat dlm terowong tu bkhbnampak bdk main basikal roda 3 mlm2