Thursday, October 8, 2009

Cerita Hantu 001

dari kecik aku dah dengar macam-macam cerita hantu. hantu kat Malaysia ni banyak. jahat jahat belaka plak tu. yang baik takda. yelah, benda benda baik selalunya orang tak ingat sangatkan, hantu pun nak femes.

kalo cerita hantu semua nye seram. ade tak cerita hantu yang kasi ko buah anggur ke, main teng teng ngan ko ke, mendatangkan mimpi malam ke. mana ada! kalo ade tunjuk lah bukti.

tak kisah la kulit putih, hitam, kuning, sawo matang ke, cerita cerita hantu ni mmg selalunya hot. mereka suka topik2 superstitious mcm ni. feveret ferever lah! kalo tak suka mmg tak rock.

aku pun suka gak. lebih lebih yang boleh naikkan bulu roma kat leher. tegang gak la. baru kick!


sebagai pembuka langsir tirai, aku nak share cerita hantu time kecik2 dulu. sepupu aku yang blajar kat UiTM Kelantan waktu tu selalu gak datang rumah aku. ada je plak cerita2 hantu baru yg dia nak story. paling aku ingat cerita siswi kena kejar dangan lembaga. huh semangat.

cerita die macamni, ada sorang siswi ni, dia memang suka dok menggatal la tiap malam. bukan gatal apa, dia suka gayut dangan mata air lama lama, ala perempuan punya hobi biasa lah. so, ada satu malam tu lepas die puas mengilai di telefon, die pergi la toilet mahu cuci cuci ape yang patut sebelum tido.

time tu lebih kurang 3 pagi. die sorang sorang je time tu (ini aku tak paham takkan la takda student stay up study?). so time die dalam toilet tu tiba tiba bulu roma die ternaik.

ternaik amat sangat. amat amat sangat.

die terbau benda wangi. die terasa angin bertiup sayu2 kat telinga dia.

die gagahkan lagi diri. dia gosok gigi sampai habis. sampailah die ternampak ada benda lalu kat belakang dia dari pantulan cermin.

die tekad dah time tu. dia tau ada sesuatu yang tak kena. dia keluar tinggalkan semua toiletries dia. die jalan laju laju. jantung die memang kencang lah.

dia pakai selipar jepun. kan selipar jepun kena air berbunyi kan. so waktu die jalan tu die dgr exactly bunyi selipar jepun basah gak kat belakang die. ikut je step die.

dia toleh. takda apa apa.

die berjalan lagi. bunyi itu masih ada. mengikut rentak sedetik selepas selipar jepun siswi tadi berbunyi.

siswi itu hilang arah. muka pucat lesu. jantung berdegup laju sampai tak boleh kawal dah. dia mula berlari. berlari selaju mungkin. semakin laju bunyi itu ikut mengejar.

siswi itu mula menjerit jerit meminta tolong.

penduduk asrama yang terjaga tgklah siswi tadi tu berlari. tanpa tujuan dan tanpa sesiapa mengejar. dorang memang hairan. dorang cuba sedaya upaya stopkan siswi tadi tu.

berjaya. tapi siswi itu mula meracau racau. seperti orang yang kena sawan. keadaan die ketika itu cukup menakutkan semua.

selah dipanggil ustaz dan ahli ahli agama lain, siswi itu dapat ditenangkan.

penangan "benda itu" tak berakhir. siswi itu mula hidup dalam keadaan murung dan tidak terurus sehingga terpaksa menangguhkan pelajarannya. lama juga dia berehat dan buat rawatan2 tradisional sampailah pulih. alhamdurillah.

korang pernah dgr cerita student kena kejar lembaga macam ni? aku teringat balik cerita ni sebab bulan Jun haritu ada sorang student UKM maut jatuh dari tingkat 4, Kolej Kediaman Pendeta Za'ba lebih kurang kul 4 pagi. student tu keluar dr bilik untuk pegi toilet tp tak balik2 bilik dah. desas desus kata die terjatuh time tengah lari kena kejar lembaga.

disini mayat ditemui oleh makcik cleaner pada jam 6am

kelibat lembaga tu memang banyak diperkatakan oleh student student kat kolej tu. aku tak tahulah nak percaya ke tak. tapi, kalo tak da angin masakan pokok bergoyang ye tak? lagipun mayat dia takda tanda2 dikasari. nak kata bunuh diri mcm agak ganjil lah. takkan lah takda pot lain yg lg thrill kan. hurm...

takpe yang penting pandai2 la kita handle benda2 mcm ni.


kalo korang rasa cerita hantu aku ni tak cukup hantu ke tak cukup seram ke tak payah nak kutuk lebih lebih plak. aku nak share je. peace no war. nak perang pegi indon!

6 comments:

mimie said...

menyesal aku bace citer ni..ingat nak tunggu esok je sbb aku tau aku ni pnakot nak mam*os.tp pegi bace juga.

skang baru 11.20 mlm.aku sorang2 kt opis.lagi satu jam 10 minit baru abes keje..kaki dah lembik.


saper nak jawab ni?

peAnut said...

fuhh..nsib bek ak da abes blaja kt ukm..nmpknye cite2 ak nk smbung stdy n kmfirm kna stay kt zaaba tpkse ditangguhkn...heeeee~

Yern Ain said...

nk perang pg indon!
hahaha..


ni baru cerita hantu first eh?
lots more to come i bet?
;)

YobSumO said...

mimie: takpa stakat ni aku tak penah lagi dgr crita hantu kat ofis. yup tak penah. nampak sgt ofis bkn tempat feveret ferever mereka. anda selamat!

peanut: igt tau blok C tingkat 4. hahahhaha.

yern ain: ha'ah lots more to come. dapat feeling hantu nnt kuar ar cita baru ;)

jiwatenanghatipunsenang said...

sahir tnye imran r
klau nk cite2 antoo..dy kan pkar..haha

Amirah Ayuni said...

Wow .. seram tu ad jgk .. sbb sy prnh dkt ngn budk2 kna histeria .. histeria bramai2 hri tu dkt tmpt bljr .. mmg "kuhh smangat" btollaa ..