Thursday, October 22, 2009

aku tergolang dalam kumpulan tua tua

tadi 1st time aku ambik report card adik aku. untuk exam percubaan SPM dia.

terasa macam bapak bapak.

selalunya kakak aku yang pikul tanggungjawab tu sebab bossumo tak buleh panjat tangga tinggi2. tapi hari ni dia tak free pulak.

aku tak berapa nak rela sebenarnya. sebabnya, dulu aku pun belajar kat situ gak. SMK Putrajaya 16(1). Memang muka aku ni famous amos la di kalangan guru guru dan pelajar pelajar lama.



apakan daya, tak rela pun kena pergi lah jugak.

langkah diatur dengan sopan.
control macho.
jalan tegak sikit bagi nampak gagah.
mendada... salah salah kena tunduk sikit, nnt ternampak pulak perut aku yg boroi.



sampai dalam kelas.... dush! no 19 giliran aku. skarang baru no 11? wth! sgt tak kool. lebih sejam aku tunggu...

pandang kiri pandang kanan, pakcik, makcik, atuk, nenek nak ambik report card anak/cucu mereka...

yang ibu ibu pakai baju kurung, yang bapak bapak pakai baju batik paling cekai pun kemeja. aku dgn t-shirt ngan seluar jeans.

sungguh ku rasa terasing seperti alien. sgt tak kool.

ingatkan adalah wireless, haram..... nasib baik handset ada game baik punya.



finally,masa untuk aku mengamuk depan guru kelas adik aku pun tiba...

kenapa nak mengamuk?
adik aku kata, lagi satu markah chemist dia nak dapat A tp cikgu tu taknak kasi.

konon konon nak lafazkan,
"Woi! aku bukan kaya, adik aku nak mintak scholar wei!"

tapi bila sampai,
ahh! tak jadi lah, cumel benar cikgu nye.

tapi tgk gaya macam dah kawin ni.
bukan hobi aku minat isteri orang. hobi aku kumpul setem.


.adik aku yg tengah.

kepada adik:
nasib baik ko dapat no2, kalau tak aku minta aiskrim tadi.
SPM score betul2 jgn jatuhkan reputasi aku.

pehal pulak reputasi aku? takda kena mengena.
adik, tak payah dengar nasihat aku. please.




p/s: aku tergolang dalam kumpulan budak skema + nerd time sekolah dulu. BORING...




tolong saya click/tekan/press/picit nuffnang Ad saya... please... saya tgh serious ni.

14 comments:

Akmar Anuar said...

kau dah layak jadi bapak budak ni weh..
cepat2 la grad..kah kah kah =p

♣haNie♣ said...

xpe...br la nmpk mcm brader2..XD


~~salam tuan blog :P ~~

Mimie.Candy Cane said...

chumel la adik ko weh..ko pun chumel jugak..wink2..

ok pe jadi geng2 nerd masa skolah.cikgu sayang taw.

chipsmore said...

ahahaha..congrate to ur sis

btw, i link u k ;)

.aliza. said...

ala weyh, nerd+skema pun kool ape.
eyh, sape ckgu adik kau tuh?
mesti ckgu baru kan.kalau tak mesti korang borak2 macam kawan lama.hihihih
Plus, bg extra marks kot.hahaha

Yern Ain said...

haha. nsb bek xde adek.

YobSumO said...

akmar: haha org ckp muka budak2 lagi, jambang je lebih. mcm mne tu?


hanie: w'salam. ye ke nampak brader2 camtu? wah senang jugak.


Mimie: hehe wink wink. aku cumel? tak kool. cikgu tak sayang la, bajet muka kena baling sipar jepun je lebih.


chipsmore: jari kelinking I cakap silalah.


aliza: kool ek? cikgu Aida kot nama dia, cikgu chemist. ha'ah cikgu baru. kalo Haianah, grenti main sep sep tom tom dah :p


yern ain: takpa takpa, tunggu ada anak nnt ;)

fadYGbaek said...

knp nama sekolah ko byk sgt nombor?
sampai Putrajaya 16 (1).
mmg ada nama sekolah dari 1 - 99 eh?

bgus.. bguss.. :)

Pais Chaos said...

hi adik.. ape kabar!!! heheh

░♥si lampu neon♥░ said...

ceh teruk gak ko nii lari niat ko nak marah cikgu hahaha

phikool thong said...

bole prctice jd papa nanti..hehe

YobSumO said...

fady: manada, kat Putrajaya sekolah menengah ada 5je. sekolah rendah banyak jugak la, tapi tak lebih 10 kot.


Pais: adik kata hai balik sambil mata dia terkelip kelip.


lampu neon: tulah kan. haish!


phikool: i nak jadi daddy la. lebih mat saleh. hehe.

mein melon said...

ala.. skema2 pun ko ade gak blur2 dlu.. :p~ aku pnah tengok ko t'tdo dlm class siap terliur lagi hahahhaha~ kesian ko penat kot mse tu.. blaja byk sgt..

YobSumO said...

melon: u make me malu malu ayam la adik manis.