Sunday, June 14, 2009

ku sayang kepadamu

tersebut-lah kisah di Kg Pandan, kira-kira 19 thn dahulu, lahirlah seorang bayi lelaki yg cukup sifat hasil gabungan sperma Suhaimi b. Supardi dan ovum dari Zaliha bt Mohd Ghazali...

si lelaki itu dibesarkan dengan penuh kasih sayang, bukan saja oleh ibunya tetapi bapanya juga...
bapanya berjaga malam kerna memahami keadaan ibu di dalam pantang
bapanya membasuh, memerah dan menyidai kain-kain nafkin si lelaki
bapanya mendodoikan nya dikala ibunya keletihan
bapanya sentiasa memastikan susu telah tersedia di kala si lelaki kelaparan

si lelaki kian membesar, melalui alam tadika, rendah...
bapanya sibuk bekerja, mencari nafkah keluarga tetapi
bapanya masih menemankan si lelaki seharian pada hari pertamanya dia di sekolah
bapanya belikan patung Ultraman, Power Rangers, Batman untuknya

si lelaki membesar dan kian degil,
bapanya merotannya 13 kali kerna tidak manghafal 13 perkataan untuk spelling test pada esok hari
bapanya mengugut meninggalkannya di tepi jalan kerna bergaduh dgn adiknya di dlm motokar
bapanya juga menghalaunya keluar dari rumah kerna memilih lauk untuk dimakan
bapanya memaharahinya dgn keras ketika si lelaki menipu dalam solat
bapanya menamakan ini sebagai "learning process"

si lelaki makin besar, mengalami konflik emosi,
bapanya menyedarinya
bapanya menghadiahkn jam tgn "RADO" tiruan unt membuktikan kasih sayang kepada si lelaki
bapanya membenarkan si lelaki tidur di bilik ibubapanya ketika si lelaki kesunyian dan hilang arah
bapanya sentiasa ada di sisi ketika si lelaki memerlukannya

si lelaki makin membesar, alam menengah,
bapanya memberikan pendidikan yang cukup kepadanya
bapanya berbelanja beratus ratus ringgit setiap bulan agar si lelaki dpt pergi ke tuisyen
bapanya memberikan RM10 bg setiap 100% yg diperolehinya
bapanya membelikan apa sahaja makanan yg dimahukan sehingga si lelaki obesiti

si lelaki makin membesar, ke alam luar sekolah,
bapanya memberikan belanja yang sangat cukup kepadanya
bapanya mengambilnya pulang setiap minggu bagi si lelaki meluangkan masa di rumah
bapanya menurut kehendak si lelaki mengikut peredaran zaman
bapanya sanggup berletihan bagi menyelesaikan urusan si lelaki agar si lelaki berasa senang

bagaimana si lelaki membalas jasa baik seorang bapa?

si lelaki seringkali melawan kata bapanya
si lelaki sentiasa mahu kemahuannya dituruti

si lelaki mmg jahat...

si lelaki banyak berdosa...

si lelaki tidak sempurna...

si lelaki tahu akan dosanya...

bapanya masih dengan sikap keterbukaannya, masih lagi dgn lawaknya dan masih menyayangi si lelaki...

yang pasti si lelaki akan menjaga bapanya sehingga tua, jgn meragui perkara itu...
walaupun si lelaki tidak sehebat bapanya membesarkannya, tp si lelaki tetap akan membuat yg terbaik... itu janji si lelaki

si lelaki berdoa agar ibubapanya dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki

terimakasih bapa, dan selamat hari bapa...

khas untuk papa ku, Suhaimi b. Supardi
dr anakmu, Muhamad Syahir b. Suhaimi

gambar zaman si lelaki plg tembam

- entri plg serious pernah aku hasilkan -

9 comments:

irarwww said...

err ye ke tu gmba ko plg tembam?
bkn ade tembam lg? agagaga.

wehhh."lahirlah seorang bayi lelaki yg cukup sifat", bkn dlu ko ta ckp *tuttttt* ke? hahahha

nadiah m said...

aku pn penah duduk kg pandan. hahaha.dari tadika smpy darjah 6.
kau kau?

HazirahMahadzir said...

lebih kurang sama kisah kau dgn aku,cuma aku tak duduk kampung Pandan dan aku bukan lelaki..
T__T

YobSumO said...

irarwww: ko ni adek ape ni, abg sendiri pn x tau? sejak bila plak aku tak cukup, die cuma x turun, sbb tu la operate cik adik... takpe2 sbb time operation tu kamu tak lahir lagi, kamu dimaafkan... aku pn takda memori itu langsung :p

nadiah m: oh ye ke nadiah? aku duduk sane smp f3 seblum pndh putrajaya... kamu sekolah rendah ape? taman maluri? desa pandan?

HazirahMahadzir: kita lebih kurang je la ni, give me 5! tak dpt lakukan yg sempurna tapi still mencuba yg terbaik...

nadiah m said...

la. ye ke. aku sekolah dkt sk puteri pandan la. hee. taw x?
rumah aku btl2 depan kmpleks sukan kg pandan. tp da roboh da jd umah flat kot. huu

sol said...

awwwww sho shweet :D

ngeh2 tasambut father;s day :|

abuyusof said...

..ayah mana yang tak sayang anak..

PakciQue said...

Aku belum ada idea untuk entri hari bapa. hu-hu.

YobSumO said...

sol: so sweet ka? haha

abuyusof: ade yang dera n rogol anak sendiri... tp minoriti gila tu... btol2 kalau org tu normal, mne ade ayah yang tak syg anak...

PakciQue: bila lagi mahu buat...