Wednesday, December 23, 2009

Away.

Tidak akan ada dalam alam Blogmosphere untuk beberapa ketika.

Tidak akan tutup tapi perlu masa untuk yang sana.

Blogwalking pada yang mampu.

Maaf pada yang silap.

Aku manusia.











Buat Illi Hanani beri number phone kamu di facebook.

Buat Wanie-san, jika tiada fb, emailkan number phone kamu ke r_ihays007@yahoo.com

Janji makan sampai kenyang pada kamu berdua tidak ku lupa. Dua dua Shah Alam kan, sekali jalan boleh :)

Blogger lain, ada masa kita ketemu ;)






yelo . effa . fhad . ian . chenta . HBZ . yob . hazri

Kepada bloggers yang pergi gathering, nak gamba smart2 cun2 sila ke flickr blogger Shazruls. Link flickr ada kat entri dia. Cepat bertindak sebab after 31Dis dia nak watermark pics tu semua :)

Sunday, December 20, 2009

Update letih letih dari Genting


Ini first time aku jumpa mana mana blogger, gemuruh jiwa wa kata lu. 2 hari 1 malam, mmg letih, letih aku gelak. hahahaha. Semuanya smooth dan well planned, kunci patah itu atau sesat mesat itu bukan salah kamu berdua Fhad dan Ian, kami memahami. haha. Credit to both of them. Weh Fhad, tadi patut  mintak member aku snap gamba kita dalam ERL kan, takda kenangan pulak.


Si Kosong, Effa, 4 gadis sekawan (sufi, shak, suki, mint), HBZ, Hazri, CC, Lumut, Jen, Aleen

Dari gathering macam ni lah aku dapat kenal2 blogger yang aku tak pernah kunjung blog dia, atau jarang jarang. Dulu aku ingatkan HBZ itu adalah blogger klik2 nuffnang je, rupanya dia blogger betul2 blogger. Seorang lagi Hazri, aku pernah kunjung blog dia tapi tak pernah pulak baca betul2. Gathering ini barulah aku kenal jiwa masuk air mereka yg sungguh kacak. Auwwww! Ade orang bertanya macam mana mahu panggil dua2 Hazri ini dan ada yang menjawab, Hazri pendek dan dan Hazri panjang. Erk.

Hari Sabtu dimulakan dengan permainan outdoor dan seperti yang ku ramalkan dalam entri sebelum ini, hanya sempat bermain 3 mainan saja (tak termasuk kuda pusing pusing pilihan cik Hanem, hehe!). Diteruskan dengan aktiviti malam itu, polar bear conduct by Lumut yang interesting dan juga gift exchange.


kuda pusing: Hanem, HBZ, Hazri, EnulWanie, Kawan CikGula2, Shazrul, Mr.Chenta

 
spaceshot @ solero, sila lihat kaki kepit Jen, sangat maskulin :p


Tengah malam nya pulak aku tidak mengikut aktiviti makan sampai kenyang mereka di Old Town kerana telah mula sakit kepala, mungkin kerana hujan rintik rintik kepala bergelora. 2 katil yang dirapatkan dibaringi 4 jejaka. Nasib baik aku dan HBZ dikiriku tidak terlanjur malam itu. Sempat pulak Loki dikananku meluahkan kata2 ini kepadaku sebelum dia tido, "kita rapat rapat ni, kau jangan buat apa apa pulak kat aku". Gay sungguh. Kesejukan hingga ke tulang memaksa kami berpelukan antara satu sama lain. Oh itu tipu.


Mug dari Maira... cantik wo!
Maira aku masih tak jumpa blog kamu, kalau kau jumpa blog aku dulu helo helo ye.

Ahad pula kami packing dan balik.

Selain nama2 blogger yg dah terkeluar kat atas, gathering ini aku dapatlah berinteraksi secara live dengan Yelo, Oranglidi, Siv, Razman, Ah Fatt, Beskot, Jalak, Suzy, boyfren Suzy, dan sesiapa yang aku tertinggal nama memang aku terlupa weh. maaf!


Aleen, Hazri, dan yg blur tu tentulah Ah Fatt

Mereka semua memang best. I Lioke!

Kejap... Kejap... aku mmg tak ambik gambar banyak kerana rasa rendah diri mahu keluarkan handphone aku. Walaupun kamu di sana memegang DSLR mungkin kamu juga akan berkira kira menunjukkan skil kamu. Sila bayangkan. hehe.

Menyesal aku tak pakai wax tetapi guna moulding paste last minute sebelum pergi. Genting hujan dan keputusannya rambut aku berkilat kilat tanpa bentuk. Takpa, jiwa kental, harus redah aja. Harap2 rambut aku tidak kelihatan sangat teruk di dalam gamba. Harap harap. Kalau tak terpaksa turunkan harga pinangan.

p/s: aku belum dengar lagi lagu kesunyian kegilaan Oranglidi.

pssst, setelah berkira kira, secara rasminya aku letak fb badge kat dalam blog ni, blogger yang dah kenal2 boleh la add ye.

Friday, December 18, 2009

Entri ringan ringan

Ingat benda berkaitan dengan seks je ke ada ringan ringan, entri pun boleh.


Okeh sambil sambil aku cuci bulu ketiak aku dengan Febreze tadi dan mendengar lagu Rulitan Rusia, berjayalah aku menamatkan rondaan dekat semua blog blog yang comment di sini untuk entri lepas. Saja taknak upkan entri baru, rasa tak best pulak, orang baca blog aku, aku tak baca blog orang. Mungkin dah umur 80 tahun nanti, ala ala Tun Mahathir, aku lupakan kunjungan dekat blog korang semua. wahahhahahahah~ (harap harap umur aku panjang)


Sesiapa yang aku follow tapi aku tak kunjung blog korang tu ada sebab. Aku memang tak tengok langsung Reading List dekat Dashboard sekarang, serious takda masa. Aku busy sebab anak aku asik mintak aku ajar main bola tiba tiba lepas Malaysia menang semalam, tapi aku kaki bangku, so aku ajar anak aku duduk atas bangku je. huh. BTW, tahniah lah Pasukan Bola Malaysia, tak sangka pulak penantian korang dari tahun semasa aku lahir, 20 tahun wooo, tak beragak.


Esok akan ketemu blogger di Genting. Serious shit aku berdebar debar pulak. HUH. Aku tak rasa aku akan mulakan conversation sebab aku pemalu, so tolong tegur aku. hehe. Sebenarnya ramai blogger yang aku pergi ni aku tak kenal sangat, yang aku selalu aku kunjung dan buat kunjungan balas, Enulwanie, Fhad, Shazrul, oranglidi. Hehe 4 dari 30 amacam? tetiba aura looser menyelubungi diri.


Tapi aku selalu jugak baca blog Cik Cumey, blogger femes si Lumut dan juga skandal Cik Cumey si Jen. Syok juga blog mereka ni. haha. Cuma lately ni aku lebih kerap ke blog Cik Cumey sebab dia makin femes luar biasa. hehehehhee. Tapi blog dia kelakar, i lioke! orangnya pun comel, macam made from China.


Blogger lain yang pergi ada jugaklah aku tegur2 sebelum ni kat blog mereka tapi belum habiskan kunjungan lagi tetiba rasa lapar. Rasa macam nak makan daging gajah salai pulak. huh. Kesimpulannya ini entri luahkan perasaan takut aku nak pergi blogger gathering esok. Aku tak pernah wei. Jumpa strangers ni bukan my expertise lah. Aku lagi suka jumpa microbes dalam lab. Takpun jumpa opah aku bergurau senda.


Doakan semua berjalan baik baik saja ye kawan kawan. Aku pasti outdoor tu dalam 3 mainan je sempat naik, sebab nak beratur main satu benda 3 jam, cuti sekolah kan. Aku harap Genting tak sejuk sangat esok, kalau sejuk aku akan makan tak beringat, the next day aku pakai baju, semua koyak bahagian perot dengan buntut. huh. I tak suka lucah lucah ni, kasi kasi free show. Nak tengok bayar lah, tapi mahal. hehe.



gamba random. fresh dari oven.

Tetiba aku rasa nak tetapkan syarat untuk calon isteri, mesti tinggi. huh. Dahlah aku tak memilih, aku tarik balik. Tapi bakal aku nnt kena masuk kelas berjalan sambil pakai heels 8 inch. hehe.
Tahniah kepada semua dalam gamba, mari kita score gila gila lagi next sem!

Wednesday, December 16, 2009

Berbuat baiklah anda selagi anda mampu.


Konsep "aku baik, kau baik" selalu dititik beratkan.

Konsep "hidup kau hidup kau, hidup aku hidup aku" juga sering diamalkan.

Kalau tak puas hati dalam kes marah marah, aku selalu diamkan aja, sebab kalau aku start sound dan terbenci orang itu, aku akan benci betul betul. Aku taknak terjadi begitu.

Kalau tak puas hati dalam kes menjengkelkan melihat perangai orang, aku selalu tak angkat pot (konsep ke-2). "Let him/her be lah whatever he/she want to" selalu dalam hati aku.
Hati aku speaking mat salleh wooo!

Tapi aku tak sempurna. Kadang2 tengumpat juga di belakang dengan teman rapat rapat. huh.


Baru baru ni aku join satu group dekat Facebook.

SKTM Alumni Batch 96-01



Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Maluri (SKTM) dari Darjah 1-3 yakni tahun 96-98 sebelum berpindah ke Sekolah Kebangsaan Desa Pandan (SKDP). Banyak memori yang aku sudah lupa, tapi yang pasti aku memang ada group rakan-rakan baik yang setiap kali rehat, akan main tembak tembak lah, kejar kejar lah, apalagi aku tak ingat.


MOTIF UTAMA entri aku adalah untuk menekankan bahawa,

Apabila kita berbuat baik dengan orang mungkin kita tidak akan mendapat balasan dan kepuasannya on the spot.

Tapi kebaikan yang kita pernah tinggalkan dahulu, boleh menyebabkan kita dikenang untuk suatu jangka masa yang lama.

Aku tak sangka ada orang kenang aku denagan cara mereka sendiri, aku bersyukur dengan itu.

 

 
 


Kawan kawan aku ada pesanan, jangan buat majal dekat orang, live life to the fullest, pasti tiada problem.

Sentiasa ada orang mahu jatuhkan, benji, jealous akan datang dalam setiap fasa hidup kita.

Pilih untuk tak angkat pot ATAU berbaik dengan orang yang penuh dengan kebencian itu.

Musuh tak penting.

Kawan itu penting.

Tapi pilih kawan yang boleh terima kita seadanya, dan bukan kita  perlu bertukar seperti Power Rangers untuk kepuasan mereka. Juga jangan berharap kawan itu berikan segalanya kepada kita seperti perhubungan Nobita looser dengan Doraemon. Kejujuran itu penting. Doa juga penting :)


erk.

p/s: pesanan daripada rakan kepada rakan yang itu, jangan pernah kecewa berbuat baik ya, ada ganjaran untuk kau suatu hari nanti. Tempuh ujian dulu, baru hidup menarik. Senyum sokmo wok!

Monday, December 14, 2009

RONGGENG ICE SKATING

Bila lama tak berkumpul dengan orang2 yang pernah terkurung 1 tahun lebih bersama sama, sekali dapat jumpa dengan semua, GUMBIRA betul rasanya. Setiap cuti semester IPTA memang kami akan berjumpa cuma lately ni selalu tak cukup 7 orang. But finally Sabtu haritu semua ada, Seronok wok!


Kami hanya perlu perot buncit dan janggut putih untuk lebih menjiwai Santa.
 


Mereka ni semua gang 4th Floor Blok C1, Matrikulasi Melaka. Sekarang dorang dah belajar kat IPTA merata seluruh Malaysia. Aku sorang je tercampak pegi IPTS. So nak taknak, terpaksalah keluar time IPTA cuti. huh.

So kalini kami buat benda yang tak pernah buat.

ICE SKATING!

Alan dah pernah main sebenarnya, aku pulak waktu kecik darjah 3 kot time muka tgh inesen lagi.


Gadis yang memegang tanganku itu sepupu,Kak Shima. Skrng dah jd mak orang. Dia power woooo.
Sila tengok aksi menarik bulatan merah. Gelakkan ramai2!


So daripada kami bertujuh, 5 memang tahu main roller blade, so dengan agak cepat mereka dapat master ber Ice Skating. On the other hand, aku dengan Wazir totally ZERO, so kami lah pemegang setia dinding tempat Ice Skate itu. Pada mulanya sahaja ya. Jangan underestimate usaha kami! Semangat agogo ni.


Wazir - Alan - IM

Dan apabila aku sudah mula master, aku menunjukkan lagak skating dengan kawalan ekspresi muka supaya tidak kelihatan gelabah dan tanpa memegang apa2. Hasilnya GEDEBUNG 3X seperti nangka wangi. Tidak cukup dengan itu, aku merasa seperti mengalami gegaran bahagian bontot. Maka terpaksa mengambil keputusan berpuasa dangdut selama 1 bulan. Haish! Mungkin juga urat kentut aku telah putus kerna aku masih tidak kentut dari semalam. Adakah ini kecacatan selamanya?! oh tidak.


Yob buat peace bajet comel lebih - IM ambik kesempatan - Hakim sedang tolong ajar seimbangkan perot

Bukan aku sorang je jatuh bangun jatuh bangun. Yang lain juga. Purata jatuhan bagi setiap pemain adalah 2x setiap sorang. Siap darah darah lagi. Disertai package tolak menolak sesama sendiri, sesi melatah APACOT MAK KAU, sedikit carutan sini dan sana dan sebagainya. Fulamet betol! Tapi bak kata Alan, mana datangnya thrill main Ice Skating kalau tak jatuh ye tak? Sejuk dan lembab bontot aku, itulah "thrill" yang dimaksudkan.


Hakim - IM - Shawol - Yob - Zaini

Terima kasih kepada Nuffnang sekali lagi kerana Sunway Ice Skate ini juga adalah sebahagian Hadiah Project Alpha haritu. Bloggers lain, aku bukan taknak ajak kamu semua, mungkin lain kali. Mana tahu ada Project Beta pulak nnt, boleh aku cuba nasib. hehe. Tapi kalau korang menang apa2 jgn lupa ajak aku ya!  ;p


Biar ada gamba begini sehingga nnt + bini + anak + bini ke2 + bini ke3 + bini ke4 + skandal. 
Boleh rakan rakan? Kena beli frame besar pulak lepasni. huh.


kami semua single lagi. mahu petik yang mana? (soalan untuk para gadis sahaja)

Thursday, December 10, 2009

Apa yang patut di buat lepas SPM? ini saya, anda boleh ikut kalau mahu.

Aku ambik SPM tahun 2006. Dah habis je exam kira merdeka habislah. Guling guling dari dewan sampai pintu pagar sekolah. Berdarah darah jugaklah badan. Pak Guard tabik tengok kekentalan semangat aku. Oh cerita lebat sungguh.

Satu

Habis je SPM apalagi, standard lah berebut rebut nak dapatkan lesen L untuk Lembu. Macam macam halangan aku tempuhi untuk dapatkan lesen sampai P. Mana taknya bila bawak keta selalu terbayang Gadis menunjukkan peha sambil menahan nahan kereta, Motif ilusi? tiada motif.

Dengan perbelanjaan yang mak ai mahal gila, dengan 3 kelas memandu dan 3 cikgu yang berbeza. Huh seksa seksa. Aku dah banyak cerita pasal pengalaman memandu ni kat dalam entri SINI, SINI dan SINI. Bacalah korang sampai puas, 2 Maghrib belum tentu habis :p

Dua

Kelas memandu terpaksa diberhentikan buat suatu tempoh yang lama pada 30/11/2006. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan, aku terpaksa tangguhkan semua benda yang aku nak buat. Ini kerana, aku terpaksa memaksakan diri untuk mendaftar ke PLKN Siri 4 Kumpulan 1 Tahun 2007 di Kem Sri Perkasa, Mantin, Negeri Sembilan.


 Pedulikan bulat aku pedulikan hitam aku. Sila pandang aku sebagai HERO SEJATI.
Kalau nak gelak, angkat sebelah tangan, letak dekat mulut dan gelak  manja2 malu2.

Pengalaman kat PLKN macam macam. Dari berlari keliling kem sampai aku bernafas secara nazak, sehinggalah aku pandai menari poco poco siap masuk competition lagi dowh! Belum lagi cerita demam panas nak mampos disertai pegawai kesihatan kat kem macam haprak cucuk2 air tak boleh pastu give up. GAMPANG! Belum lagi cerita aku dapat 90/100 menembak guna M16 (ehcecece dah tercerita pulok). Belum lagi cerita berkhemah dalam hutan semua. Huh banyak sangat, nanti akan ku cerita lebih lanjut dalam entri lain.


Permata bernilai negara. Ke arang bernilai negara? 
sila jangan tergoda.

Tiga

Lepas 3 hari habis PLKN, result SPM keluar. Ambik result dengan kepala togel, muka penuh bintik bintik merah, kulit terbakar. Adalah ciri ciri kaum Zimbabwe sikit. Taknak cerita result SPM lebih lebih sebab tak power. So lepas dah dapat result SPM takdalah masa untuk aku berduka lara, aku masuk kelas guitar dekat Yamaha Musical School, Kajang.

Aku masuk kelas intensive je, belajar main guitar. Boleh lah baca note2 sambil memetik guitar ala ala orang baru pulih dari Parkinson. Itu cerita 2 Tahun lepas, kalau kau mintak aku main sekarang aku totally ZERO. Percayalah. Aku dah lama meninggalkan kerjaya seni tu. hehe. Ada sesapa nak beli guitar classical aku tak? Aku nak beli acoustic pulak lah.


Kalau kau pernah hidup dengan aku, aku memang suka pakai kain pelekat, dalam free air. hehe.

Empat

Aku pergi kelas guitar lewat petang atau malam. Sebab pagi bawak ke petang aku turun KL dari Putrajaya. Bukan berdangdut ya, dosa dosa. Bukan juga ke Zouk sebab goyang gerudi aku belum cukup mantap ketika itu. Aku sebenarnya pergi belajar speaking mat saleh kat British Council (dalam Wisma Selangor Dredging, depan KLCC).

Ini pun aku rasa aku tak pernah cerita dalam blog ni, lain kali aku buat entri khas. Belajar kat sini memang syioook bangat. Cikgu dia orang putih, yang ajar aku ada 2 orang Charlie dari New Zealand ngan Nigel dari London. Student dalam kelas aku ada 3 orang je Malaysian yang lain foreigner. So nak taknak aku kena speaking Mat Salleh lah dengan mereka.


Sebahagian dari classmate

Satu benda yang korang mungkin tak tahu, orang Italy, Venezuela punya English pun takda lah bagus sgt. Malaysian lagi power kot! Siyes tak tipu... Aku belajar kat sini tak lama, so aku MEMANG TAK PRO LANGSUNG ENGLISH. Jangan salah faham, English aku cakap, aku sorang je paham. hehe.


So itulah serba sedikit aktiviti2 yang aku buat sebelum meneruskan pengajian dekat Kolej Matrikulasi Melaka, London Londang. Sebenarnya aku tak plan nak masuk Matrik ni, sebab tu semua aktiviti aku terbantut secara tiba tiba. Apa nak buat IPTA taknak terima aku T-T tapi aku rasa something-wrong-somewhere-lah tahun tu, member aku SPM 8A1 tak dapat IPTA, apa kes?


Adik adik yang dah habis SPM macam adik aku, apa lagi, fikirkanlah benda yang berfaedah untuk diri sendiri. Jangan kerja kelab dangdut dah lah yer, takut terserempak pulak XD

All The Right Moves baybeh!

Do you think I'm special? Do you think I'm nice?
Am I bright enough to shine in your spaces?
Between the noise you hear, and the sounds you like
Are we just sinking the ocean of faces?

It don't matter what you see, I know I could never be
Someone that'll look like you.
It don't matter what you say, I know I could never fake
Someone that could sound like you.


Direct message but arranged in such a good way. Agree?

Sorry dude/chicks that still using the berokband, I'm getting addicted to the song.




Look at the variety of instruments that they used. Blended nicely hah.

It's the time for them to fly down, grab the mic, and let's Malaysians do the rest.

*********

Tak lama dulu, aku ada masuk kuiz berangkai anjuran blogger Solehah,
Dan semalam buka hadiah yang di poskan,



GEMPAK WOOO!
Terima Kasih Solehah!
Femes Amos tu boleh makan makan sambil kunjung blog korang pasni, takdalah aku mengantuk. hehe.

Tuesday, December 8, 2009

The Manhattan Fish Market

Waktu mula2 aku daftar dengan Nuffnang, kan dia ada tanya what do you blog about kan? Salah satu dari 3 yang aku tick adalah FOOD. Nampak sangat makanan dengan aku memang tak dapat dipisahkan ye tak. Kasih sayang yang terjalin antara kami melebihi hubungan manusia dengan manusia. Tacing sungguh

Tapi kalau korang baca blog ini, takdalah banyak sangat promosi/ kutuk pasal makanan kan. Nampaknya aku kena pergiatkan usaha aku mengatasi Maria Tunku Sabri. Salah satu halangan yang aku sangat perasan, aku selalu TERMAKAN makanan tu dulu sebelum sempat snap snap pictures. Haish! Nafsu... Nafsu...


So harini mahu share2 story makan dekat The Manhattan Fish Market, Alamanda Putrajaya. Aku satu family makan makan kat sana mahu celebrate Birthday Adikku, Ira (3rd December haritu).


Keluarga SUMO

The Manhattan Fish Market ni makanan dia mostly seafood lah. Sapa yang tak makan seafood, ini bukan tempat untuk kamu. Sebagai contoh, Cik Puan Besar hanya makan sikit nasi, udang dan secubit ikan sahaja, rugi kepada dia untung kepada kami yang lain lain. Wahahahahhahah!

Sebab ada promotion, kami order...


Ini promosi Christmas, tapi nanti New Year ada lagi kot promotion.

Memang banyak dan mengenyagkan gila. Se'eh dibuatnya... Jalan pun dah macam taknak jalan. Jalan je nak duduk. Tetiba rasa nak jalan itik, pastu lompat katak, pastu lompat bintang. Sampai umah buat tarian 1 Malaysia 5 round tapi makanan tak digest digest jugak. Ini akibatnya tak guna 3 jari dan kunyah 40 kali.

Tapi part yang paling menarik makan kat sini,


Aku terasa macam seronok pulak kalau boleh bakar2 sendiri macam Mamat tu.
Habis belajar apply kerja sini orait gak kan. Syioook!


Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
Pertunjukan API!

Aku 1st time order2 benda cam gini kat Manhattan sebab tu perak. SyidaDida start lah mengutuk melihatkan keterujaan dan keperakan aku. Mentang mentang lah ada orang selalu belanja kau kat situ. Haish!


Birthday Girl. Makanan sengaja tak difokuskan kerana sekali lagi TERMAKAN sebelum snap snap.


Overall evaluation,

Cleanliness: BAGUS.
Taste: SODAP jang.
Service: TANGKAS
Hospitality: KURANG SIKIT.

4 BINTANG!
pasti kunjung lagi kalau ada promotion, kalau takda KIRIM SALAM!

Satu benda yang aku pelik kat sini, Mamat bakar2 tu je yang layan kami dari masuk sampai keluar. Padahal ada lagi 5-6 orang pekerja relax relax kat kaunter. Aku rasa rasa Mamat ni baru kerjalah kena buli macam tu. Patut lah muka pasrah je. Kesian kesian...

Antara restoran lain yang pernah di promote:

click nuffnang!

Monday, December 7, 2009

Motif?

Aku memang tak reti bahagi masa antara blog dengan belajar. Buat masa ni belajar keutamaan aku, so kalau aku lama tak update, jarang jarang kunjung blog korang, faham2 ajelah okeh. Tapi aku suka kunjung blog korang, boleh gelak, boleh dapat ilmu, boleh dengar gosip baru Fasha Sendat, boleh tahu Malaysia kalah 3-1 dengan Vietnam, gaya goyangan dangdut baru, teknik membuat Origami, mengikat tali layang layang dengan betul dan macam macam lagi ;)

*******

Hari Khamis haritu aku ke Sunway Lagoon, menghabiskan hadiah2 Project Alpha haritu. 3 kelas aku ponteng nasib baik lecturer tak bagi penyepak maut dekat aku. Aku pergi dengan member matrik IM dan Z. Sabtu ni jumpa dorang lagi, jemu pulak weh.

Sebelum gerak tayar kereta dah meletop. Singgah workshop sekejap tukar tayar.

Motif?
Semua tak reti dan malas nak belajar tukar tayar kereta :p

Pomen mintak RM5, IM hulur RM10, Pomen kata "takda duit kecik, free je lah". Dengan laju Im berjalan ke kereta sebelum Pomen tukar fikiran.

What da heck betol.


Motif?

Aku rasa Im tengah buat pose Action Kamen tapi tak menjadi sebab kurang penghayatan.

Aku pulak, entah aku pun tak pasti apa ya. Menjiwai gaya Red Indian mungkin. 







Motif?


JeJaka Macho ler.


Cameraman?

Hancur sikit.



 

Motif muka minta kena baling tomato?

Aku dengan Z melompat atas jambatan gantung tu. Tapi gamba tak jadi. Percubaan kali kedua kami batalkan saja sebab tak mahu mati sebelum merasa malam pertama.








Jejaka Taman

Motif?

Takda Motif.


Kenapa... tak boleh ke?







Dah main dekat 5 Theme Park, tentulah rasa letih semacam. Perut pun dah start bunyi.

Motif snap gamba lepas makanan licin?

Menunjukkan kami pelahap.
Perut didahulukan, gamba kemudian.





 Mana eh gamba kitorang mandi manda?

Tak boleh nak tunjuk.

Motif?

Perut kitorang menggeletar. Dalam gambar pun masih nampak getaran lemak.

Hehe.


Sunway Lagoon makin gampak sekarang lah, last aku masuk time kecik kecik, sekarang ni, pergh manusia bermicro bikini merata rata dalam tu. Siap naik roller coaster lagii. Sajalah tu nak kasi tertanggal sendiri. Astaga.....

Free show depan mata bukan senang nak dapat ye tak?

Saturday, December 5, 2009

Kasih sayang keluarga.

Kadang kadang ada benda yang kita perlu berkongsi dengan orang lain.

Untuk menginsafi dan memperbetulkan silap dan salah selagi boleh.

Kasih Sayang dalam suatu keluarga takkan hilang begitu sahaja.

Air yang dicincang tidak akan putus.

Segan mahu mengaku, air mata aku menitik nitik tanpa henti sambil membaca.

Membayangkan jika aku berada di situasi dia.

Ya Allah, tempat kan lah orang yang kami sayangi di kalangan orang yang beriman.

Kepada semua kawan kawan Muslim, mari sedekahkan Al-Fatihah kepada yang telah pergi,

sila baca ENTRI MILLALARA untuk renungan bersama.

Friday, December 4, 2009

Jawapan untuk Teka Tekuk "Karya Agung Anuar"

Sebelum korang memaki hamun aku kerana mendiamkan diri selepas memberikan teka tekuk, akhirnya aku muncul semula dengan jawapan yang di nanti nantikan! Pada yang tidak baca lagi teka tekuk click SINI

Sebelum aku memberikan jawapan, aku ada pengakuan.

SUNGGUH AKU PUN TAK TAHU JAWAPAN DIA APA!

Ok bertenang2. Mmg aku modified cerita tu, tapi sebenarnya aku tak tahu pun jawapan dia apa. Sambil2 sedap aku mengarang karya Gurun Sahara tu tak datang datang pulak idea susur galur jawapan tu.

Tapi dalam dunia ni mesti lah ada orang yang bijakkan, jadi akhirnya aku telah meminta bantuan seorang blogger lain untuk menjelaskan jawapan teka tekuk tersebut kepada kamu semua.

Bukan calang calang orang baca blog aku weh (bangga ni bangga ni), salah satunya pemberi jawapan ni, Engineer beb, bukan kaunter pertanyaan (Aku rasa kau sound direct kat aku Khairi) hahahahahaa.

Jadi apalagi korang baca jawapan dia dekat blog Khairi di SINI

Rugi dowh tak baca, dia siap explain lukis lukis lagi, memang terbaiklah! Baik korang pegi jengah kejap.

Dia ada ingatkan aku masukkan watak Cik Epal sekali dalam drama aku yang seterusnya. Aku dah mula rasa Cik Epal ni memang ada Aura Selebriti lah. Khairi, kau dah ada bini, Cik Epal takkan kau sapu gak kot? Ohhhhh tengok2 kan untuk Absyar ya? hehe.

Siap ada lagi gambar extra dan bonus dari Khairi untuk watak watak lain dalam drama padang pasir aku sebelum ni. Seperti di bawah ini,


Kenapa FareNova takde Khairi?

Khairi... Khairi...

BTW, THANKS A LOT BRO!
kalau tak mampus aku nak pikir jawapan dia. hehe.

Wednesday, December 2, 2009

Teka Tekuk "Karya Agung Anuar"

Pada zaman dahulu, ada seorang pelukis bernama Anuar yang terkenal di seantero dunia. Lakarannya diukir di batu-batu, gua-gua, dan di pokok-pokok. Namun salah satu hasil kerjanya sempat diterjemahkan dalam bentuk ukiran di atas kertas.

Peneroka hasil purbakala bernama FareNova berjaya menjumpai lukisan pelukis Anuar itu di Gurun Sahara lalu memutuskan untuk menjual lukisan itu bagi menampung perbelanjaannya membeli "Gincu" baru keluaran syarikat Nona Roguy. Lantas, FareNova menggunakan blognya sebagai medium untuk menjual lukisan gempak tersebut dengan harga 30 Dinar Emas.

 
Satu satunya karya yang memunyai ladybird di badan haiwan dan manusia memakai songkok kristal yang transparent. Siapa boleh tunjuk karya yang lebih hebat dari ini sila buktikan.

3 sahabat blogger iaitu Arief, Clive dan Hans sangat kagum dengan hasil karya Anuar tersebut. Mereka hampir menitiskan air mata di saat cuba memahami maksud sebenar yang tersirat pada lukisan tersebut. Tanpa membuang masa, mereka berpakat untuk berkongsi wang dan membeli KARYA AGUNG tersebut untuk dipamerkan di Rumah Agam mereka di Papua New Guinea.

Masa yang di tunggu tunggu, mereka berjumpa dengan FareNova dan pembantunya Wanie di suatu lokasi rahsia yang telah dipersetujui bersama. Arief, Clive dan Hans masing masing mengeluarkan 10 Dinar bagi membiayai harga lukisan tersebut. Total hasil perkongsian itu sebanyak 30 Dinar, diserahkan kepada FareNova.

Setelah selesai segala urusan, mereka kembali ke kenderaan masing masing untuk pulang dengan hati yang senang. Tiba tiba, FareNova mendapat sms mengatakan "Gincu" yang ingin dibelinya sedang dalam harga promosi yakni 25 Dinar. Lantas FareNova mengarahkan pembantunya Wanie untuk memulangkan 5 Dinar kepada 3 sekawan tersebut.

Sedang Wanie berjalan ke arah kenderaan Arief, Clive dan Hans, dia terfikir bagaimana untuk membahagikan 5 Dinar kepada 3 orang jejaka tampan tersebut. Lalu dia memutuskan,

1 Dinar kepada Arief
1 Dinar kepada Clive
1 Dinar kepada Hans
2 Dinar, Wanie ambil sebagai bonus untuk diri dia sendiri.

Maka, selepas memulangkan duit tersebut, Arief, Clive dan Hans masing masing hanya membayar 9 Dinar Emas kepada FareNova betul? Manakala 2 Dinar dicilok oleh Wanie.

Maka, 9 x 3 = 27 Dinar
Wanie = 2 Dinar

27 + 2 = 29 Dinar...

Mana perginya lagi 1 Dinar?

Sila fikir dan jawab.
Kalau  tiada idea, merepek sambil makan kerepek digalakkan.

Tuesday, December 1, 2009

Contest 3 In 1 LIZARAZAK.COM

Blogger LizaRazak telah mengadakan contest 3 In 1 di blognya, dan saya memilih untuk mencuba nasib untuk contest yang kedua iaitu....

DRUM ROLLS..........

Pertandingan request topik artikel mengikut kehendak hati sanubari

Setelah menepuk nepuk dada dan bertanyakan pada sanubari sendiri, saya ingin request 5 topic seperti di bawah:
  1. Adakah berblog dengan meninggalkan kata kata akhir seperti "jangan lupa click nuffnang ad saya ye" (contoh: ayat akhir entri ini) boleh dianggap sebagai blogger yang tidak jujur?
  2. Mengapa wanita tidak gemar berbaju kurung/ kebaya/ kebarong ke mana mana sedangkan pemakaian itu mengujakan diri saya.
  3. Kenapa wanita lebih suka menggunakan perkataan "Lipstick" daripada "Gincu" dalam percakapan harian.
  4. Berikan pandangan anda terhadap lelaki dan wanita yang minat gila bermain futsal, dan meminati gila gila pasukan bolasepak itu dan ini, sedangkan dia adalah kaki bangku.
  5. Adakah wanita atau anda sendiri suka lelaki yang berbulu ketiak dan dada, atau mahu semuanya di shave clean and smooth? 
Request saya perlu diterima kerana.... Saya betol betol mahu membaca dan memahami pandangan orang lain tentang perkara perkara yang telah disebutkan di atas. Harap Mak Long. Pertama kali saya guna "Mak Long"... sungguh mengujakan. Di samping itu, saya juga telah meneran sanubari saya dengan bersungguh sungguh  untuk melahirkan topik topik di atas, usah sia siakan usaha saya ya. hehehehhehe.

Jika anda juga berminat untuk menyertai contest ini, sila click SINI.

Harap Mak Long.

Sila klik klik nuff ad saya. Harap Mak Long.

Monday, November 30, 2009

RAMBUT GERBANG

Semalam, setelah puas beraya, Yob pulanglah semula ke rumah sewanya di Taman Tadisma, Shah Alam bagi menuntut ilmu ilmu yang perlu dituntut...

Tengah syok2 Yob dan Naim online di Master Bedroom, muncul seorang manusia,

Memen: HOI semua!

Yob & Naim: HOI HOI!

Yob: Pergh, rambut makin gerbang!

Naim: Kau ingat kau chantek! (nada nada pondan)

Memen: Biasalah (sambil membabik dada), macam ORLANDO BLOOM kan.

Yob telah gelak gelak sambil berguling guling atas lantai.

Memen: Asal ko gelak, orang yang cakap macam Orlando, hero Latin tu!

Yob menyambung gelakan panahan NATES tanpa henti.

(baca: aku tak tahu sejak bila Orlando yang lahir dekat England jadi hero Latin) erk?
Okeh wanita jangan teruja tgk kulit Mr Bloom. Aku pun ada kulit.
Inilah satu satunya pic yang lebih kurang dengan Memen punya rambut. 
Tahniah Memen, memang Latin :p

Memen: Dapat line tak? (baca: internet)(baca: kami curik jiran punya :p)

Yob: Dapatlah, kau nampak kitorang tengah berdangdut goyang goyang bontot ke?

Memen: Hehehe, wei Naim semalam kakak kau tido dalam bilik ni dowh

Naim: Asal?

Memen: Dia nangis nangis kata kena kacau, aku layan kan ajalah.

Yob: Hahahahhahah tak habis habis dengan hantu dia.

Naim: Malam ni gerenti dia TAKNAK tido bilik ni sebab aku dah balik.

Memen: Habislah kau Yob, bilik kau jadi mangsa.

Yob: Gulp (-.-")

BACA: Kakak itu BUKAN WANITA tetapi NOK. Aku harap tak perlu jelaskan Nok itu apa.
Nok crush dekat Naim. Naim reject kerana Naim mahu berada di jalan lurus.

Seram bukan.

Baru2 ni, Nok telah memuji Yob yg makin kurus sikit2, dia berkata

"makin lama kau ni makin jambu kan."

erk.
saya tak sanggup.

tak tak tak saya tak jambu, saya tak hot, saya tak handsome jangan risau.

saya pendek, gemok, tak macam doktor pun.
sebab saya bukan doktor.
Naim kegilaan Nok downstairs. wink winks~

Pagi tadi, terima kasih bagi sesiapa yang mengejutkan saya dengan bau,
Seplastik Rambutan, 5 biji Baby Durian.

BILA KITA NAK MELANTAK?!!!!!!
terlupa pulak saya dah hampir hilang suara makan daging tak beragak. Durian? Balon Aja!

“I’m a Sherlock Holmes in the Making”




Two post in a day hah. Impressive! Ok this entry is specifically and purposely done to win myself a pair of invites to watch the Sherlock Holmes, the undoubted brilliant detective, on the big screen.



So,  I have to prove my wit by scattered a mystery Sherlock Holmes image (shown above) in 2 bloggers’ blogs at their sidebar. All I need to do is:
  1. Track them down and take a screenshot from their blogs (just from one particular blog is good enough) and post the picture in my blog with the title “I’m a Sherlock Holmes in the Making”.
  2. Send an email to sherlockholmes@nuffnang.com with my full name and blog URL
As I am highly trained super duper powerful detective, this task is quite easy for me. wahahahahhaa. Based on the clues below;
  1. The Land of Cheeser Dot Com (mix it a little to find the answer)
  2. KYCakap Dot Com (a little translation might help) 


      I'm able to find the Image! yuhooo!

      I need to be hurry to win:

      SHERLOCK HOLMES umbrella with Compass worth RM193
      SHERLOCK HOLMES Unisex Long Sleeve T-shirt worth RM173
      SHERLOCK HOLMES Leather Magnifying Piece worth RM118
      SHERLOCK HOLMES Post-it Notes worth RM95

      No double checking, so bye bye! ta ta! dangdut~

      Sunday, November 29, 2009

      Siapa Comel?


      Okeh entri ini sebenarnya khas untuk Contest Siapa Comel? yang dianjurkan oleh blogger Noorlaila. Alang2 dah scan gamba, aku nak buat entri guna gambar2 ini boleh kan Noorlaila?

      AMARAN! pembacaan di bawah mengandungi unsur unsur PELAT dan GEDIK tahap semut berjalan jalan di atas badan gajah. Kalau sakit mata, click nuffnang sebelum chow chin chow okeh!

      Caya Saya dilahirkan pada tanggal 22.11.1989. Pukul berapa saya tak ingat sebab Mama yang pegang surat beranak saya. Saya dilahirkan dekat Klinik Wanita Taman Tun dengan senyuman manis yang terukir di bibir. Dah lama dah saya draft post ini, sejak kecil lagi. Saya pun tak ingat siapa punya laptop saya pinjam 20 tahun lepas untuk mengarang entri ini.

      Seperti biasa, click pics untuk tumbesaran sempurna...


      Ini saat2 selepas tali pusat saya kena potong. Saya ada pusat tau, Kyle XY je takde.

      Waktu kecik kecik caya saya ada teddy bear. Biasalah saya pun nak rasa jugak peluk benda benda berbulu begini. Berbulu? otak saya suci lagi, jangan nak keruhkan. Jom lah layan gamba saya, penat Papa saya snap snap.



      Sebab saya anak kedua, Papa dengan Mama saya dah hasilkan kakak saya terlebih dahulu. Saya rasa bunting pelamin, tapi saya tak tanya pulak sebab saya pun tahu makna segan. hehe. Jadi mmg belambak lambak gamba saya dengan kakak. Saya rasa dia ni suka hang-out dgn saya dari tgk cerita Ninja Turtle atau bermain dengan Barbie.



      Bila dah lepak sama sama, biasalah mesti ada scene gaduh gaduh kan. Sebab saya ni baik dan inesen, saya agak agak kakak saya je yang buli saya, saya tak pernah. Buktinya takda gambar menunjukkan saya buli dia. Macam mana tu?


      mentang mentanglah aku ketot kau paksa aku main sep sep tom tom.
      bila aku gagal dalam usaha kau babab aku kakak. Sampai hati kau T-T

      Tapi bukan kakak saya je mendambakan untuk mengisi masa masa terluang bersama saya, semua sedara mara pun nak jadikan saya sebagai bahan mencari kegembiraan. Maklumlah, aura aura jejaka hot pada saya yang sangat kuat ketika bayi. Tak percaya? usha gamba bawah, itu baru sikit, tak muat pulak nak letak susur galur keluarga kat sini.
       

        Kak Waida - Aboi - Mak Long - Mak Ngah semua berebut rebut nak posing dengan saya.

      Dulu, waktu saya kecik kecik saya tak pandai jalan, jadi saya mengengsot ngengsot. Alah lebih kurang macam cerita hantu Indon tu lah, Suster Ngengsot. Jadi nak carik gamba saya berdiri dengan gagah, membabik dada memang takdalah, semuanya macam gamba bawah ni,

      Tapi saya agak kakak saya ni baik jugak, walaupun umur kami beza 4 tahun je, dan badan dia sekeping je, mampu jugak dia nak angkut saya pergi berjalan jalan, pergi disko, pergi dangdut, pergi pasar malam, pergi fun fair. Biasalah, kami kan muda mudi.


      kakak, aku harap gamba ni ikhlas, entah2 habis ambik gamba kau campak aku dalam kolam ikan.
      Haish, tak baik fikir buruk. Think positively Yob!

      Details
      Nama: Muhamad Syahir bin Suhaimi
      Tarikh/ Tempat Lahir: 22.11.89/ Kuala Lumpur
      Umur dalam gambar: Tak ingat tapi Mama saya kata belum 1 Tahun lagi (seperti syarat contest)
      Lokasi gambar: Rumah saya di Kg Pandan, KL dan juga rumah Atuk saya di Taman Maluri, KL.
      Model model tambahan: Kakak (SyidaDida), Makcik dan Sepupu.

      Janga lupa klik2 nuff, kanak kanak ribena ini ya!

      Saturday, November 28, 2009

      Movie Review : Ninja Assassin

      Mula mula saya nak jelaskan apa yang tak jelas.

      Dalam entri lepas, saya melawak je, saya BUKAN VEGAN. Kalau anda tidak menonton Twilight, mungkin kurang faham dengan apa yang saya tulis.

      Dan ada yang bertanya mengapa saya ditaja Nuffnang ke Ninja Assassin Premiere Screening. Saya adalah salah seorang pemenang untuk entri INI, sebab tu dijemput, bukan Nuffnang saja2 sukarela angkut saya.

      Dear Nuffnanger,
      You're cordially invited to the Premiere Screening of Ninja Assassin happening on;

      Date : 24th Nov 09 (Tue)
      Time : 9pm
      Venue : GSC Midvalley

      TWO (2) invites have been reserved under your name and email address. Kindly confirm your attendance by sending an email to ninja_assassin@nuffnang.com by 9am, 24 November. Failure to confirm your attendance in the stipulated time frame will result in your invites revoked and passed to other bloggers.

      *******


      Movie ni dah START TAYANG 26 November haritu.

      Jadi sebagai tanda penghargaan kepada Nuffnang, hari ini saya mahu tulis Ninja Assassin's Review.

      ERK. Di mana mahu start?

      Oleh kerana saya single, saya ke sana dengan roommate saya di Matrik dahulu merangkap pasangan *** sesuka hati saya bernama Im. Im ni mmg suka temankan saya sejak dia putus cinta, jadi kepada BUNGA sila take note, dia single dan available. Dia jugalah yang melayan saya berjiwang ketika concert Jason Mraz March lalu.

      Kenapa semua di atas ayatnya sungguh skema dan berbau hipokrit?
      Lupakan.

      Okeh, aku dengan Im collect2 ticket dulu pastu melantak. Biasalah, kalau kau kawan dengan aku, aku ni bersemangat ambik gamba time nak melantak je.


      Im makan claypot pabende tah, aku makan nasi goreng pebenda tah.

      Cerita ini basically tentang Raizo (Rain) (Im kata muka dia macam Faizal Tahir) yang nak balas dendam dekat Ozunu yang latih dia jadi Ninja Pembunuh dari kecik. Dia nak bunuh Ozunu sebab Ozunu ni bunuh 1st love dia yang try to escaped dari tempat training Ninja tu. 1st love dia ni gatal sebenarnya, ada ke dia suruh Raizo letak telinga dekat breast dia untuk dengar heart beat dia. Ish ish ish, Raizo pun apa lagi, feeling lebih lebih la :p

      Pastu dalam misi balas dendam dia, dia jumpa Mika (perempuan nigger) (Im kata muka dia macam Oprah Winfrey) (Aku setuju, anak dia barangkali) yang gayanya macam Police-Gempak-Gila yang rupa2 nya dia ni pegawai-forensik-je-yang-tak-ubah-seperti-librarian. Pistol pun takda. Mika ni nak kena bunuh dengan Ninja Assassin lain sbb dah banyak dia siasat dan tahu tentang pembunuhan rahsia ni.

      Cerita dia agak slow nak sampai climax tapi aku puas hati. Rain punya badan, dan skill Ninja yang dia tunjuk sangat convincing. Ninja dia muncul dari shadow, dan cara dia main dengan shadow tu sangat menarik bagi aku.


      aku punya badan dgn Rain pun lebih kurang je, tapi aku tak menunjuk.

      Kalau anda wanita ayu dan gojes, cerita ganas ganas cemas cemas darah darah begini mungkin tak sesuai ditonton seorang diri, kalau perlukan teman boleh calling2 aku :p

      Cerita ni kelakar gak, memang ada scene yang aku tergelak gelak, macam Mika menipu Raizo pasal size seluar dia. Hangpa tengok baru paham, pergilah ok! BEST!

      So aku kasi 4 Bintang!


      Terima Kasih Nuffnang, lepasni kasi ticket gi Disneyland Hong Kong pulak!


      Click Nuffnang ku ya!