Aku ambik SPM tahun 2006. Dah habis je exam kira merdeka habislah. Guling guling dari dewan sampai pintu pagar sekolah. Berdarah darah jugaklah badan. Pak Guard tabik tengok kekentalan semangat aku. Oh cerita lebat sungguh.
Satu
Habis je SPM apalagi, standard lah berebut rebut nak dapatkan lesen L untuk Lembu. Macam macam halangan aku tempuhi untuk dapatkan lesen sampai P. Mana taknya bila bawak keta selalu terbayang Gadis menunjukkan peha sambil menahan nahan kereta, Motif ilusi? tiada motif.
Dengan perbelanjaan yang mak ai mahal gila, dengan 3 kelas memandu dan 3 cikgu yang berbeza. Huh seksa seksa. Aku dah banyak cerita pasal pengalaman memandu ni kat dalam entri
SINI, SINI dan
SINI. Bacalah korang sampai puas, 2 Maghrib belum tentu habis :p
Dua
Kelas memandu terpaksa diberhentikan buat suatu tempoh yang lama pada 30/11/2006. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan, aku terpaksa tangguhkan semua benda yang aku nak buat. Ini kerana, aku terpaksa memaksakan diri untuk mendaftar ke PLKN Siri 4 Kumpulan 1 Tahun 2007 di Kem Sri Perkasa, Mantin, Negeri Sembilan.
Pedulikan bulat aku pedulikan hitam aku. Sila pandang aku sebagai HERO SEJATI.
Kalau nak gelak, angkat sebelah tangan, letak dekat mulut dan gelak manja2 malu2.
Pengalaman kat PLKN macam macam. Dari berlari keliling kem sampai aku bernafas secara nazak, sehinggalah aku pandai menari poco poco siap masuk competition lagi dowh! Belum lagi cerita demam panas nak mampos disertai pegawai kesihatan kat kem macam haprak cucuk2 air tak boleh pastu give up. GAMPANG! Belum lagi cerita aku dapat 90/100 menembak guna M16 (ehcecece dah tercerita pulok). Belum lagi cerita berkhemah dalam hutan semua. Huh banyak sangat, nanti akan ku cerita lebih lanjut dalam entri lain.
Permata bernilai negara. Ke arang bernilai negara?
sila jangan tergoda.
Tiga
Lepas 3 hari habis PLKN, result SPM keluar. Ambik result dengan kepala togel, muka penuh bintik bintik merah, kulit terbakar. Adalah ciri ciri kaum Zimbabwe sikit. Taknak cerita result SPM lebih lebih sebab tak power. So lepas dah dapat result SPM takdalah masa untuk aku berduka lara, aku masuk kelas guitar dekat Yamaha Musical School, Kajang.
Aku masuk kelas intensive je, belajar main guitar. Boleh lah baca note2 sambil memetik guitar ala ala orang baru pulih dari Parkinson. Itu cerita 2 Tahun lepas, kalau kau mintak aku main sekarang aku totally ZERO. Percayalah. Aku dah lama meninggalkan kerjaya seni tu. hehe. Ada sesapa nak beli guitar classical aku tak? Aku nak beli acoustic pulak lah.
Kalau kau pernah hidup dengan aku, aku memang suka pakai kain pelekat, dalam free air. hehe.
Empat
Aku pergi kelas guitar lewat petang atau malam. Sebab pagi bawak ke petang aku turun KL dari Putrajaya. Bukan berdangdut ya, dosa dosa. Bukan juga ke Zouk sebab goyang gerudi aku belum cukup mantap ketika itu. Aku sebenarnya pergi belajar speaking mat saleh kat British Council (dalam Wisma Selangor Dredging, depan KLCC).
Ini pun aku rasa aku tak pernah cerita dalam blog ni, lain kali aku buat entri khas. Belajar kat sini memang syioook bangat. Cikgu dia orang putih, yang ajar aku ada 2 orang Charlie dari New Zealand ngan Nigel dari London. Student dalam kelas aku ada 3 orang je Malaysian yang lain foreigner. So nak taknak aku kena speaking Mat Salleh lah dengan mereka.
Sebahagian dari classmate
Satu benda yang korang mungkin tak tahu, orang Italy, Venezuela punya English pun takda lah bagus sgt. Malaysian lagi power kot! Siyes tak tipu... Aku belajar kat sini tak lama, so aku MEMANG TAK PRO LANGSUNG ENGLISH. Jangan salah faham, English aku cakap, aku sorang je paham. hehe.
So itulah serba sedikit aktiviti2 yang aku buat sebelum meneruskan pengajian dekat Kolej Matrikulasi Melaka, London Londang. Sebenarnya aku tak plan nak masuk Matrik ni, sebab tu semua aktiviti aku terbantut secara tiba tiba. Apa nak buat IPTA taknak terima aku T-T tapi aku rasa something-wrong-somewhere-lah tahun tu, member aku SPM 8A1 tak dapat IPTA, apa kes?
Adik adik yang dah habis SPM macam
adik aku, apa lagi, fikirkanlah benda yang berfaedah untuk diri sendiri. Jangan kerja kelab dangdut dah lah yer, takut terserempak pulak XD